Pengaruh pengantara pelibatan guru dalam hubungan antara pelaksanaan pelan strategik organisasi dan kepemimpinan strategik pengetua dengan pencapaian akademik sekolah menengah di Selangor, Malaysia
Pencapaian akademik sekolah merupakan indikator penting kepada kejayaan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Walaupun pencapaian akademik sekolah diakui penting namun, analisis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melaporkan pencapaian akademik di Selangor adalah malar sejak...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/113957/1/113957.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pencapaian akademik sekolah merupakan indikator penting kepada kejayaan matlamat
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Walaupun pencapaian
akademik sekolah diakui penting namun, analisis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
melaporkan pencapaian akademik di Selangor adalah malar sejak tahun 2016. Berikutan
fenomena tersebut, pelan strategik organisasi perlu dibentuk secara strategik oleh
pengetua dan dilaksanakan bersama guru bagi memulih dan meningkatkan pencapaian
akademik sekolah. Namun begitu, kajian yang menilai hubungan antara pelan strategik
organisasi dan kepemimpinan strategik pengetua dengan pelibatan guru dan pencapaian
akademik sekolah masih kurang mendapat perhatian. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk
mengkaji faktor pelaksanaan pelan strategik organisasi, kepemimpinan strategik
pengetua dan pelibatan guru dalam mempengaruhi pencapaian akademik sekolah.
Sejumlah 39 buah sekolah menengah kebangsaan harian biasa di Selangor dilibatkan
yang ditentukan secara persampelan strata berkadaran dengan 420 orang Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan (PPP) telah menerima jemputan bagi menyertai kajian.
Perisian IBM SPSS versi 25 dan Analysis of Moment Structures (AMOS) versi 24
digunakan bagi menganalisis data secara pengujian deskriptif dan Permodelan
Persamaan Berstruktur. Analisis deskriptif menunjukkan tahap pencapaian akademik
sekolah adalah memuaskan (M=5.15, SP=0.90) manakala, tahap pelaksanaan pelan
strategik organisasi (M=4.75, SP=0.48) adalah agak tinggi dan kepemimpinan strategik
pengetua (M=5.80, SP=0.90) adalah pada tahap tinggi. Analisis juga menunjukkan tahap
pelibatan guru (M=6.36, SP=0.63) adalah sangat tinggi. Analisis model pengukuran dan
model persamaan berstruktur menunjukkan keseluruhan nilai indeks kesepadanan
mencapai nilai kebolehterimaan dan mengesahkan model berstruktur adalah fit. Hasil
ujian SEM menunjukkan hubungan antara pelaksanaan pelan strategik organisasi dengan
pelibatan guru (β=0.224, p<0.001) dan pencapaian akademik sekolah (β=0.140, p<0.05);
kepemimpinan strategik pengetua dengan pelibatan guru (β=0.500, p<0.001) dan
pencapaian akademik sekolah (β=0.116, p<0.05); dan pelibatan guru dengan pencapaian
akademik sekolah (β=0.159, p<0.05) adalah positif dan signifikan. Ujian bootstrapping
mendapati pelibatan guru berperanan sebagai pengantara separa dalam hubungan antara
pelaksanaan pelan strategik organisasi dan kepemimpinan strategik pengetua dengan
pencapaian akademik sekolah.
Kajian memberi sumbangan kepada bidang ilmu dengan membangunkan satu model
kajian yang menghubungkan keempat-empat pemboleh ubah berasaskan kajian
empirikal dan disokong dengan teori dan model. Dalam masa sama, instrumen kajian
juga memberi sumbangan kepada bidang penyelidikan yang boleh digunakan dalam
kajian akan datang. Selain itu, kajian ini memberi pemahaman yang jelas mengenai
hubungan antara pelaksanaan pelan strategik organisasi, kepemimpinan strategik
pengetua dan pelibatan guru dengan pencapaian akademik sekolah. Secara keseluruhan,
kajian merumuskan pelaksanaan pelan strategik organisasi, kepemimpinan strategik
pengetua dan pelibatan guru menyumbang terhadap pencapaian akademik sekolah.
Walau bagaimanapun, tindakan pengetua di peringkat melaksana pelan strategik
organisasi perlu ditambah baik selain menyusun semula mata pelajaran yang diajar guru
mengikut opsyen pengajaran bagi mencapai tahap pencapaian akademik sekolah yang
lebih baik. Oleh itu, latihan dan kursus secara berterusan perlu diberi bagi meningkatkan
kemahiran dan kualiti pengurusan strategik pengetua. |
---|