Hubungan antara kepuasan kerja dan keseimbangan kerja kehidupan terhadap komitmen guru Pendidikan Teknikal dan Vokasional
Perubahan drastik sistem pendidikan negara adalah disebabkan oleh beberapa desakan daripada pelbagai dasar kerajaan yang lain antaranya Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) dan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0). Oleh itu, komitmen guru menjadi kayu pengukur kepada kejayaan pelaksanaan dasar yang...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2023
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/113958/1/113958.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Perubahan drastik sistem pendidikan negara adalah disebabkan oleh beberapa
desakan daripada pelbagai dasar kerajaan yang lain antaranya Rancangan
Malaysia ke-11 (RMK-11) dan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0). Oleh itu,
komitmen guru menjadi kayu pengukur kepada kejayaan pelaksanaan dasar
yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015
yang kini berada dalam gelombang ke-3 (2021-2025). Kajian ini dijalankan
bertujuan untuk mengenal pasti tahap kepuasan kerja, keseimbangan kerjakehidupan
dan komitmen guru serta hubungan antara ketiga-tiga pemboleh
ubah tersebut dalam kalangan guru Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV)
peringkat menengah rendah. Selain itu, kajian ini mengenal pasti faktor
(dimensi) khusus bagi keseimbangan kerja-kehidupan. Kajian berbentuk
tinjauan keratan rentas (cross-sectional survey study) menggunakan instrumen
Skala Komitmen Guru daripada Thien et al. (2014), Job Satisfaction Survey
(JSS) daripada Spector (1994) dan gabungan beberapa instrumen daripada
Sorensen dan McKim, (2014), Carlson et al. (2009) dan Brough et al. (2014)
untuk keseimbangan kerja kehidupan.
Pemilihan responden adalah menggunakan teknik pensampelan rawak strata
berkadaran yang meliputi guru mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi
peringkat menengah rendah yang berkhidmat di Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur dan Putrajaya. Instrumen kajian ini adalah satu set borang soal selidik
yang mengandungi empat bahagian dan diurus tadbir secara atas talian
menggunakan aplikasi Google Form. Proses pengedaran menggunakan kaedah
Tailored Design Method yang dicadang oleh Dillman et al. (2009). Kadar
pulangan borang soal selidik adalah 77.98%, melibatkan 131 orang guru.
Dapatan kajian dianalisis secara deskriptif (min, sisihan piawaian, frekuensi, dan
peratusan) dan secara inferensi (ujian-t, ujian ANOVA sehala, korelasi Pearson,
dan Regresi Pelbagai) dengan menggunakan perisian SPSS versi 26.
Dapatan kajian mendapati tahap kepuasan kerja guru adalah sederhana
(M=3.16, SP=.42), manakala tahap keseimbangan kerja-kehidupan (M=3.67,
SP=.51) dan komitmen guru (M=3.69, SP=.28) adalah tinggi. Analisis ujian-t
mendapati tidak terdapat perbezaan tahap komitmen guru yang signifikan
berdasarkan jantina, t(128)=.44, p=.965. Ujian ANOVA sehala pula mendapati
tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap komitmen guru berdasarkan
status perkahwinan, F (2,130), =2.925, p=.57, tahap pendidikan, F(2,130),
=.191, p=.826, dan ikhtisas guru, F(4,130), =.575, p=.681. Melalui analisis
korelasi Pearson, terdapat hubungan positif tahap sederhana yang signifikan
antara kepuasan kerja (r=.334, p=.000), keseimbangan kerja-kehidupan (r=.312,
p=.000) dengan komitmen guru. Bagi hubungan faktor demografi dan komitmen
guru pula dianalisis dengan Ujian Khi Kuasa Dua mendapati tiada hubungan
yang signifikan antara faktor demografi dengan komitmen guru PTV kecuali
ikhtisas guru Х2 (84, N=130) = 107.91, p < 0.05. Kedua-dua pemboleh ubah
bebas merupakan faktor yang mempengaruhi komitmen guru PTV dengan nilai
R2 bersamaan .224 (22.4%), F (2,127) = 18.353, p=.000. Merujuk kepada nilai
pekali regresi bagi kepuasan kerja (β=3.57, p=.000) adalah lebih tinggi
berbanding nilai pekali regresi keseimbangan kerja-kehidupan (β= 3.37,
p=.000). Hal ini membuktikan, kepuasan kerja adalah faktor dominan dalam
mempengaruhi komitmen guru dalam kajian ini. Hasil daripada analisis
eksploratori faktor, kajian telah berjaya mengenalpasti dua faktor (dimensi)
mewakili keseimbangan kerja-kehidupan dengan jumlah varians yang
diterangkan 61.163%.
Dapatan keseluruhan kajian ini telah mendedahkan keperluan mengambil berat
hal ehwal kebajikan guru-guru selaku pelaksana hasrat KPM. Walaupun guru
menunjukkan tahap keseimbangan kerja-kehidupan dan komitmen guru yang
tinggi, tahap kepuasan kerja adalah pada tahap sederhana. Hal ini menunjukkan
guru sentiasa komited dalam menjalankan tugas walaupun kurang berpuas hati
dengan kerja mereka. Kajian turut meninggalkan jurang kajian untuk kajian
lanjutan berkaitan komitmen guru PTV. Hal ini kerana sumbangan kedua-dua
pemboleh ubah bebas kajian ini adalah sebanyak 21.1% sahaja. |
---|