Hubungan antara kepuasan kerja dan keseimbangan kerja kehidupan terhadap komitmen guru Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Perubahan drastik sistem pendidikan negara adalah disebabkan oleh beberapa desakan daripada pelbagai dasar kerajaan yang lain antaranya Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) dan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0). Oleh itu, komitmen guru menjadi kayu pengukur kepada kejayaan pelaksanaan dasar yang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ahmad, Putri Asnorsalbiah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2023
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/113958/1/113958.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-upm-ir.113958
record_format uketd_dc
institution Universiti Putra Malaysia
collection PSAS Institutional Repository
language English
advisor Ismail, Normala
topic Vocational teachers - Job satisfaction - Malaysia
Work-life balance

spellingShingle Vocational teachers - Job satisfaction - Malaysia
Work-life balance

Ahmad, Putri Asnorsalbiah
Hubungan antara kepuasan kerja dan keseimbangan kerja kehidupan terhadap komitmen guru Pendidikan Teknikal dan Vokasional
description Perubahan drastik sistem pendidikan negara adalah disebabkan oleh beberapa desakan daripada pelbagai dasar kerajaan yang lain antaranya Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) dan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0). Oleh itu, komitmen guru menjadi kayu pengukur kepada kejayaan pelaksanaan dasar yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 yang kini berada dalam gelombang ke-3 (2021-2025). Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap kepuasan kerja, keseimbangan kerjakehidupan dan komitmen guru serta hubungan antara ketiga-tiga pemboleh ubah tersebut dalam kalangan guru Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV) peringkat menengah rendah. Selain itu, kajian ini mengenal pasti faktor (dimensi) khusus bagi keseimbangan kerja-kehidupan. Kajian berbentuk tinjauan keratan rentas (cross-sectional survey study) menggunakan instrumen Skala Komitmen Guru daripada Thien et al. (2014), Job Satisfaction Survey (JSS) daripada Spector (1994) dan gabungan beberapa instrumen daripada Sorensen dan McKim, (2014), Carlson et al. (2009) dan Brough et al. (2014) untuk keseimbangan kerja kehidupan. Pemilihan responden adalah menggunakan teknik pensampelan rawak strata berkadaran yang meliputi guru mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi peringkat menengah rendah yang berkhidmat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Instrumen kajian ini adalah satu set borang soal selidik yang mengandungi empat bahagian dan diurus tadbir secara atas talian menggunakan aplikasi Google Form. Proses pengedaran menggunakan kaedah Tailored Design Method yang dicadang oleh Dillman et al. (2009). Kadar pulangan borang soal selidik adalah 77.98%, melibatkan 131 orang guru. Dapatan kajian dianalisis secara deskriptif (min, sisihan piawaian, frekuensi, dan peratusan) dan secara inferensi (ujian-t, ujian ANOVA sehala, korelasi Pearson, dan Regresi Pelbagai) dengan menggunakan perisian SPSS versi 26. Dapatan kajian mendapati tahap kepuasan kerja guru adalah sederhana (M=3.16, SP=.42), manakala tahap keseimbangan kerja-kehidupan (M=3.67, SP=.51) dan komitmen guru (M=3.69, SP=.28) adalah tinggi. Analisis ujian-t mendapati tidak terdapat perbezaan tahap komitmen guru yang signifikan berdasarkan jantina, t(128)=.44, p=.965. Ujian ANOVA sehala pula mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap komitmen guru berdasarkan status perkahwinan, F (2,130), =2.925, p=.57, tahap pendidikan, F(2,130), =.191, p=.826, dan ikhtisas guru, F(4,130), =.575, p=.681. Melalui analisis korelasi Pearson, terdapat hubungan positif tahap sederhana yang signifikan antara kepuasan kerja (r=.334, p=.000), keseimbangan kerja-kehidupan (r=.312, p=.000) dengan komitmen guru. Bagi hubungan faktor demografi dan komitmen guru pula dianalisis dengan Ujian Khi Kuasa Dua mendapati tiada hubungan yang signifikan antara faktor demografi dengan komitmen guru PTV kecuali ikhtisas guru Х2 (84, N=130) = 107.91, p < 0.05. Kedua-dua pemboleh ubah bebas merupakan faktor yang mempengaruhi komitmen guru PTV dengan nilai R2 bersamaan .224 (22.4%), F (2,127) = 18.353, p=.000. Merujuk kepada nilai pekali regresi bagi kepuasan kerja (β=3.57, p=.000) adalah lebih tinggi berbanding nilai pekali regresi keseimbangan kerja-kehidupan (β= 3.37, p=.000). Hal ini membuktikan, kepuasan kerja adalah faktor dominan dalam mempengaruhi komitmen guru dalam kajian ini. Hasil daripada analisis eksploratori faktor, kajian telah berjaya mengenalpasti dua faktor (dimensi) mewakili keseimbangan kerja-kehidupan dengan jumlah varians yang diterangkan 61.163%. Dapatan keseluruhan kajian ini telah mendedahkan keperluan mengambil berat hal ehwal kebajikan guru-guru selaku pelaksana hasrat KPM. Walaupun guru menunjukkan tahap keseimbangan kerja-kehidupan dan komitmen guru yang tinggi, tahap kepuasan kerja adalah pada tahap sederhana. Hal ini menunjukkan guru sentiasa komited dalam menjalankan tugas walaupun kurang berpuas hati dengan kerja mereka. Kajian turut meninggalkan jurang kajian untuk kajian lanjutan berkaitan komitmen guru PTV. Hal ini kerana sumbangan kedua-dua pemboleh ubah bebas kajian ini adalah sebanyak 21.1% sahaja.
format Thesis
qualification_level Master's degree
author Ahmad, Putri Asnorsalbiah
author_facet Ahmad, Putri Asnorsalbiah
author_sort Ahmad, Putri Asnorsalbiah
title Hubungan antara kepuasan kerja dan keseimbangan kerja kehidupan terhadap komitmen guru Pendidikan Teknikal dan Vokasional
title_short Hubungan antara kepuasan kerja dan keseimbangan kerja kehidupan terhadap komitmen guru Pendidikan Teknikal dan Vokasional
title_full Hubungan antara kepuasan kerja dan keseimbangan kerja kehidupan terhadap komitmen guru Pendidikan Teknikal dan Vokasional
title_fullStr Hubungan antara kepuasan kerja dan keseimbangan kerja kehidupan terhadap komitmen guru Pendidikan Teknikal dan Vokasional
title_full_unstemmed Hubungan antara kepuasan kerja dan keseimbangan kerja kehidupan terhadap komitmen guru Pendidikan Teknikal dan Vokasional
title_sort hubungan antara kepuasan kerja dan keseimbangan kerja kehidupan terhadap komitmen guru pendidikan teknikal dan vokasional
granting_institution Universiti Putra Malaysia
publishDate 2023
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/113958/1/113958.pdf
_version_ 1818586169977339904
spelling my-upm-ir.1139582024-11-28T06:35:33Z Hubungan antara kepuasan kerja dan keseimbangan kerja kehidupan terhadap komitmen guru Pendidikan Teknikal dan Vokasional 2023-01 Ahmad, Putri Asnorsalbiah Perubahan drastik sistem pendidikan negara adalah disebabkan oleh beberapa desakan daripada pelbagai dasar kerajaan yang lain antaranya Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) dan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0). Oleh itu, komitmen guru menjadi kayu pengukur kepada kejayaan pelaksanaan dasar yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 yang kini berada dalam gelombang ke-3 (2021-2025). Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap kepuasan kerja, keseimbangan kerjakehidupan dan komitmen guru serta hubungan antara ketiga-tiga pemboleh ubah tersebut dalam kalangan guru Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV) peringkat menengah rendah. Selain itu, kajian ini mengenal pasti faktor (dimensi) khusus bagi keseimbangan kerja-kehidupan. Kajian berbentuk tinjauan keratan rentas (cross-sectional survey study) menggunakan instrumen Skala Komitmen Guru daripada Thien et al. (2014), Job Satisfaction Survey (JSS) daripada Spector (1994) dan gabungan beberapa instrumen daripada Sorensen dan McKim, (2014), Carlson et al. (2009) dan Brough et al. (2014) untuk keseimbangan kerja kehidupan. Pemilihan responden adalah menggunakan teknik pensampelan rawak strata berkadaran yang meliputi guru mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi peringkat menengah rendah yang berkhidmat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Instrumen kajian ini adalah satu set borang soal selidik yang mengandungi empat bahagian dan diurus tadbir secara atas talian menggunakan aplikasi Google Form. Proses pengedaran menggunakan kaedah Tailored Design Method yang dicadang oleh Dillman et al. (2009). Kadar pulangan borang soal selidik adalah 77.98%, melibatkan 131 orang guru. Dapatan kajian dianalisis secara deskriptif (min, sisihan piawaian, frekuensi, dan peratusan) dan secara inferensi (ujian-t, ujian ANOVA sehala, korelasi Pearson, dan Regresi Pelbagai) dengan menggunakan perisian SPSS versi 26. Dapatan kajian mendapati tahap kepuasan kerja guru adalah sederhana (M=3.16, SP=.42), manakala tahap keseimbangan kerja-kehidupan (M=3.67, SP=.51) dan komitmen guru (M=3.69, SP=.28) adalah tinggi. Analisis ujian-t mendapati tidak terdapat perbezaan tahap komitmen guru yang signifikan berdasarkan jantina, t(128)=.44, p=.965. Ujian ANOVA sehala pula mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap komitmen guru berdasarkan status perkahwinan, F (2,130), =2.925, p=.57, tahap pendidikan, F(2,130), =.191, p=.826, dan ikhtisas guru, F(4,130), =.575, p=.681. Melalui analisis korelasi Pearson, terdapat hubungan positif tahap sederhana yang signifikan antara kepuasan kerja (r=.334, p=.000), keseimbangan kerja-kehidupan (r=.312, p=.000) dengan komitmen guru. Bagi hubungan faktor demografi dan komitmen guru pula dianalisis dengan Ujian Khi Kuasa Dua mendapati tiada hubungan yang signifikan antara faktor demografi dengan komitmen guru PTV kecuali ikhtisas guru Х2 (84, N=130) = 107.91, p < 0.05. Kedua-dua pemboleh ubah bebas merupakan faktor yang mempengaruhi komitmen guru PTV dengan nilai R2 bersamaan .224 (22.4%), F (2,127) = 18.353, p=.000. Merujuk kepada nilai pekali regresi bagi kepuasan kerja (β=3.57, p=.000) adalah lebih tinggi berbanding nilai pekali regresi keseimbangan kerja-kehidupan (β= 3.37, p=.000). Hal ini membuktikan, kepuasan kerja adalah faktor dominan dalam mempengaruhi komitmen guru dalam kajian ini. Hasil daripada analisis eksploratori faktor, kajian telah berjaya mengenalpasti dua faktor (dimensi) mewakili keseimbangan kerja-kehidupan dengan jumlah varians yang diterangkan 61.163%. Dapatan keseluruhan kajian ini telah mendedahkan keperluan mengambil berat hal ehwal kebajikan guru-guru selaku pelaksana hasrat KPM. Walaupun guru menunjukkan tahap keseimbangan kerja-kehidupan dan komitmen guru yang tinggi, tahap kepuasan kerja adalah pada tahap sederhana. Hal ini menunjukkan guru sentiasa komited dalam menjalankan tugas walaupun kurang berpuas hati dengan kerja mereka. Kajian turut meninggalkan jurang kajian untuk kajian lanjutan berkaitan komitmen guru PTV. Hal ini kerana sumbangan kedua-dua pemboleh ubah bebas kajian ini adalah sebanyak 21.1% sahaja. Vocational teachers - Job satisfaction - Malaysia Work-life balance 2023-01 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/113958/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/113958/1/113958.pdf text en public masters Universiti Putra Malaysia Vocational teachers - Job satisfaction - Malaysia Work-life balance Ismail, Normala