Pengetahuan, amalan dan cabaran kepimpinan tertinggi Majlis Belia Malaysia menerajui Pembangunan Belia Positif dalam Dasar Belia Malaysia 2015-2035

Kajian ini dijalankan bagi meneroka pengalaman dan amalan kepimpinan tertinggi Majlis Belia Malaysia (MBM) menerajui Pembangunan Belia Positif (PYD) yang merupakan teras utama Dasar Belia Malaysia (DBM) 2015-2035. Salah satu fungsi utama MBM ialah merealisasikan dasar, melaksanakan aktiviti, bakt...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Joha, Jufitri
Format: Thesis
Language:English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/114160/1/114160.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bagi meneroka pengalaman dan amalan kepimpinan tertinggi Majlis Belia Malaysia (MBM) menerajui Pembangunan Belia Positif (PYD) yang merupakan teras utama Dasar Belia Malaysia (DBM) 2015-2035. Salah satu fungsi utama MBM ialah merealisasikan dasar, melaksanakan aktiviti, bakti dan advokasi yang berpandukan DBM. Menjadi tugasan dan tanggungjawab MBM sebagai pemegang taruh utama pembangunan belia memahami dan menjadikan DBM yang berteraskan PYD sebagai rujukan dalam setiap perencanaan dan perancangan aktiviti dan programnya bagi menghasilkan Matlamat 8C PYD. Namun begitu, sejauh mana kepimpinan tertinggi MBM memahami dan menghayati prinsip dan gagasan PYD yang menjadi teras DBM dalam pelaksanaan program dan aktiviti pembangunan belia. Kajian ini meneroka beberapa persoalan seperti berikut: (i) Apakah pendekatan PYD yang menjadi teras DBM menurut perspektif kepimpinan tertinggi MBM? (ii) Sejauh mana pencapaian kepimpinan tertinggi MBM dalam melaksanakan aktiviti bermatlamat PYD? dan (iii) Apakah cabaran dan bagaimanakah kepimpinan tertinggi MBM berjaya menterjemahkan apa yang digarapkan dalam dasar kepada praktis pembangunan belia? Pendekatan kajian kes kualitatif telah digunakan dan sejumlah 17 orang informan terlibat dalam kajian ini melibatkan kepimpinan tertinggi MBM terdiri daripada Exco MBM, pimpinan badan gabungan MBM yang menganggotai Dewan Tertinggi dan mantan pimpinan MBM. Empat teknik pengumpulan data telah dipilih dan digunakan bagi mengumpul data yang kaya iaitu, perbincangan kumpulan berfokus (PKB), temu bual separa berstruktur dan disokong dengan maklumat berkaitan daripada pemerhatian turut serta dan penganalisisan dokumen. Data yang diperoleh diberikan kod, kategori dan subtema bagi membangunkan tema utama untuk menjawab setiap persoalan kajian. Berdasarkan data kajian, pemahaman dan pendekatan kepimpinan tertinggi MBM terhadap DBM yang berteraskan PYD tertumpu kepada empat konsep iaitu: (i) Pemimpin nasional bernuansa global, (ii) Nilai unggul yang berpaksikan Perlembagaan dan Rukun Negara, (iii) Kontemporari dan futuristik yang manusiawi dan (iv) Kolaborasi pintar triple helix. Kajian ini mendapati segala usaha yang dilakukan oleh kepimpinan tertinggi MBM untuk memahami DBM dan menterjemahkannya kepada praktis hanya mampu membentuk 5C (Penyayang, Cekap, Keyakinan, Kerjasama dan Kompetitif) dalam diri belia yang mereka pimpin, mereka masih berusaha untuk membentuk 3C lagi (Sumbangan, Bertimbang Rasa dan Perwatakan) dan ia tidak mustahil untuk dicapai jika ada pembaharuan dalam corak dan gaya kepimpinan dan pengurusan kepimpinan tertinggi MBM dengan benar-benar menghayati PYD dan mengadaptasi Model Perencanaan Program Interaktif Caffarella. Kepimpinan tertinggi MBM juga telah pun melaksanakan PYD melalui program dan aktivitinya, namun tidak secara sistematik, strategik dan mendalam. Pelaksanaan aktiviti dan program bagi mewujudkan PYD oleh kepimpinan tertinggi MBM telah berhadapan dengan lima cabaran utama: (i) Kesediaan dan kematangan pemimpin belia, (ii) Kelemahan pentadbiran pemegang taruh utama, (iii) Peluang terhad dalam pembuatan keputusan dan polisi, (iv) Kekurangan pendedahan di pentas nasional dan global, dan (v) Sokongan rentas kementerian yang lemah. Secara ringkasnya, kajian ini berjaya meneroka pengalaman, amalan dan cabaran kepimpinan tertinggi MBM menerajui PYD yang merupakan teras utama DBM 2015- 2035. Kajian ini mencadangkan agar dalam setiap perencanaan dan perlaksanaan program dan aktiviti MBM, maka kepimpinan tertinggi MBM wajar menjadikan DBM yang berteraskan PYD sebagai input manakala Model Perencanaan Program Interaktif Caffarella sebagai proses bagi menghasilkan output dan outcome Matlamat 8C. Secara keseluruhan, kajian ini menyumbang kepada pengetahuan sedia ada dalam bidang pembangunan belia dengan mengaitkan sumbangan MBM sebagai pemegang taruh pembangunan belia.