Hubungan antara situasi publik dan tingkah laku komunikasi melalui Whatsapp dalam kalangan pekerja universiti

Kajian ini mengaplikasikan Teori Situasi Publik (STP) adalah untuk mengenal pasti persepsi situasi dan tingkah laku komunikasi yang terbentuk dalam kalangan pekerja Universiti Putra Malaysia (UPM). Objektif spesifik kajian ini adalah untuk mengenal pasti persepsi dan tingkah laku komunikasi pekerja...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Shafie, Siti Azura
Format: Thesis
Language:English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/114191/1/114191.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini mengaplikasikan Teori Situasi Publik (STP) adalah untuk mengenal pasti persepsi situasi dan tingkah laku komunikasi yang terbentuk dalam kalangan pekerja Universiti Putra Malaysia (UPM). Objektif spesifik kajian ini adalah untuk mengenal pasti persepsi dan tingkah laku komunikasi pekerja dalam masalah situasi apabila majikan memberi arahan kerja di luar waktu bekerja melalui WhatsApp. Maklumat ini dapat mempengaruhi cara individu dalam aktiviti pencarian, pemilihan, dan pemprosesan maklumat sebagai langkah kepada proses penyelesaian masalah dari sudut komunikasi WhatsApp di UPM. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat hubungan antara persepsi situasi dan tingkah laku komunikasi melalui WhatsApp dalam kalangan pekerja UPM. Borang soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada 364 orang pekerja UPM yang telah memberi maklum balas. Hasil analisis kajian mendapati skor min paling tinggi bagi pemboleh ubah situasi masalah iaitu pengenalpastian masalah dengan 5.78, pengenalpastian kekangan 5.06, dan pengenalpastian penglibatan 5.45. Bagi pemboleh ubah tingkah laku komunikasi pula iaitu pencarian maklumat dengan skor min 4.51 dan pemprosesan maklumat 4.66. Analisis kolerasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan positif yang kuat antara persepsi situasi dan tingkah laku komunikasi. Analisis regrasi pelbagai pula menunjukkan bahawa secara signifikannya pengenalpastian kekangan dalam kalangan pekerja UPM merupakan pemboleh ubah peramal paling utama dalam melakukan tindakan penyelesaian masalah iaitu (ß= .109, p<.05) dan memberi sumbangan varians sebanyak 34%. Pengenalpastian penglibatan pula merupakan peramal kedua utama yang menyumbang dalam tingkah laku komunikasi iaitu (β = .30, p<.05) dengan sumbangan varians sebanyak 33%. Seterusnya pengenalpastian masalah iaitu (β= .32, p<.05) dengan sumbangan varians sebanyak 26% merupakan peramal yang kurang menyumbang kepada tingkah laku komunikasi. Dapatlah disimpulkan bahawa kebanyakkan pekerja UPM mempunyai hubungan signifikan antara persepsi situasi dan tingkah laku komunikasi melalui WhatsApp. Oleh itu, dengan mengambil kira dari sudut komunikasi, kajian ini telah memberi implikasi secara teoritikalnya iaitu pihak universiti dapat mengenal pasti pekerja UPM yang mengenali situasi apabila majikan memberi arahan kerja di luar waktu bekerja melalui WhatsApp.