Mengaplikasi Teori Erikson, Piaget Dan Super Dalam Pembinaan Modul Kesedaran Kerjaya Untuk Pelajar Sekolah Menengah Rendah Di Malaysia
Kajian ini bertujuan untuk membina Modul Kesedaran Kerjaya (MKK) yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Di samping itu pengkaji akan melihat kesan penggunaan MKK ke atas tahap kesedaran kerjaya pelajar di sekolah menengah di Negeri Sembilan. MKK yang dibina oleh pengkaji adalah...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
2010
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/12422/1/FPP_2010_8A.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk membina Modul Kesedaran Kerjaya (MKK) yang
mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Di samping itu
pengkaji akan melihat kesan penggunaan MKK ke atas tahap kesedaran
kerjaya pelajar di sekolah menengah di Negeri Sembilan. MKK yang dibina
oleh pengkaji adalah sebuah modul motivasi berbantukan fasilitator untuk
memudahkan guru bimbingan dan kaunseling sekolah melaksanakan
program khusus bagi menilai dan melihat tahap kesedaran kerjaya pelajar di
peringkat awal sekolah menengah. MKK terdiri daripada empat unit topik
utama dan mengandungi 12 aktiviti yang perlu dilaksanakan ke atas pelajar.
Kombinasi reka bentuk kajian deskriptif dan kajian eksperimen telah
digunakan. Kajian deskriptif bertujuan untuk menguji kesahan kandungan
MKK dengan bantuan penilaian lima orang pakar modul berserta enam orang guru bimbingan dan kaunseling yang bertauliah. Kajian ini juga ingin
menentukan kebolehpercayaan MKK. Untuk tujuan itu seramai 150 pelajar
tingkatan dua daripada lima buah sekolah menengah di Negeri Sembilan
telah dilibatkan.
Kajian eksperimen pula bertujuan untuk menentukan keberkesanan MKK ke
atas tahap kesedaran kerjaya pelajar dengan menggunakan Inventori
Kesedaran Kerjaya (IKK) yang dibangunkan oleh Fadale (1974) dan telah
diubahsuai oleh Rohany Nasir dan Dasimah Jalun (1986). Subjek kajian terdiri
daripada 300 orang pelajar tingkatan 2 daripada lima buah sekolah bawah
pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah di Negeri Sembilan yang dipilih secara
kombinasi persampelan rawak kelompok dan rawak mudah. Mereka
kemudiannya dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan
eksperimen (150 orang) dan kumpulan kawalan (150 orang). Kumpulan
eksperimen telah menerima rawatan menggunakan MKK sementara
kumpulan kawalan tidak diberikan apa-apa rawatan. Analisis statistik
inferensi menggunakan ujian-t bersandar dan ujian-t tidak bersandar dengan
aras signifikan ditetapkan pada aras .01.
Keputusan kajian deskriptif menunjukkan bahawa Modul Kesedaran Kerjaya
yang dibina mempunyai kesahan kandungan yang tinggi iaitu .93. Nilai
pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach ialah .81. Kumpulan eksperimen
menunjukkan peningkatan tahap kesedaran kerjaya berbanding kumpulan kawalan yang tidak menunjukkan peningkatan tahap kesedaran kerjaya.
Keputusan analisis inferensi menunjukkan: (i) terdapat peningkatan tahap
kesedaran kerjaya yang signifikan antara nilai min ujian-pasca berbanding
nilai min ujian-pra bagi kumpulan eksperimen, (ii) tidak terdapat
peningkatan tahap kesedaran kerjaya yang signifikan antara nilai min ujianpasca
berbanding nilai min ujian-pra bagi kumpulan kawalan, dan (iii)
terdapat perbezaan yang signifikan nilai min ujian-pasca antara kumpulan
eksperimen dengan kumpulan kawalan bagi pembolehubah tahap kesedaran
kerjaya. Sebagai rumusan, boleh disimpulkan bahawa Modul Kesedaran
Kerjaya (MKK) yang telah dibina, berkesan dan sesuai digunakan bagi
meningkatkan tahap kesedaran kerjaya pelajar di sekolah menengah. |
---|