Peristiwa Bukit Kepong dalam Novel Bukit Kepong dan Filem Bukit Kepong Berdasarkan Pendekatan Historisme Baru

Kajian ini bertitik tolak daripada pertikaian Ismail Johari terhadap apa yang didakwa oleh beliau sebagai ketidaktepatan fakta tentang peristiwa Bukit Kepong dalam filem “Bukit Kepong”. Pertikaian ini yang mendorong Ismail Johari menulis novel Bukit Kepong yang didasarkan kepada matlamat-matlamat pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ab. Raof, Mohd Pauzi
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/19424/1/FBMK_2011_9.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertitik tolak daripada pertikaian Ismail Johari terhadap apa yang didakwa oleh beliau sebagai ketidaktepatan fakta tentang peristiwa Bukit Kepong dalam filem “Bukit Kepong”. Pertikaian ini yang mendorong Ismail Johari menulis novel Bukit Kepong yang didasarkan kepada matlamat-matlamat penulisannya. Matlamat ini berlegar sekitar hasratnya untuk memperbetulkan fakta-fakta tentang peristiwa Bukit Kepong dalam filem tersebut. Ini menimbulkan persoalan tentang sejauh manakah Ismail Johari berhasil merealisasikan matlamat-matlamat penulisan yang digariskannya itu. Dengan latar belakang dan persoalan ini, kajian ini disasarkan untuk mencapai 3 objektif, iaitu menganalisis fakta-fakta tentang peristiwa Bukit Kepong dalam novel Bukit Kepong karya Ismail Johari, membandingkan fakta-fakta tentang peristiwa Bukit Kepong dalam novel Bukit Kepong, filem “Bukit Kepong” dan sumber-sumber sejarah, dan seterusnya, menilai ketepatan penghasilan novel Bukit Kepong berdasarkan matlamat penulisan Ismail Johari. Dalam usaha mencapai objektif-objektif ini, kajian ini memanfaatkan Historisisme Baru sebagai pendekatan kajian. Untuk itu, prinsip penting Historisisme Baru digunapakai, iaitu prinsip “sejarah terdedah kepada pentafsiran semula”. Dengan memanfaatkan prinsip ini, kajian ini berhasil memperolehi beberapa penemuan penting. Pertama, novel didapati menonjolkan peranan dan sumbangan semua anggota polis yang terlibat dalam peristiwa serangan terhadap Balai Polis Bukit Kepong, tanpa memperagakan watak-watak tertentu sebagai wira tunggal. Kedua, novel didapati meletakkan watak SJN 3493 Jamil b. Mohd. Shah sebagai seorang ketua balai polis yang berkaliber, bijak mengatur strategi serta pandai memanfaatkan kelebihan yang ada pada pasukannya untuk mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong, dan maruah pasukan polis secara keseluruhannya. Ketiga, novel didapati mengiktiraf sumbangan anggota polis bantuan (AP) serta penduduk kampung di bawah pimpinan Penghulu Ali, yang membantu anggota polis untuk menafikan kemenangan mudah pihak komunis. Dan keempat, novel didapati menonjolkan keberanian dan pengorbanan kaum keluarga anggota polis yang terlibat dalam peristiwa serangan itu. Berdasarkan penemuan-penemuan di atas juga, kajian ini mendapati bahawa Ismail Johari dapat merealisasikan matlamat-matlamat penulisan yang digariskannya dalam penulisan novel Bukit Kepong.