Kesan Program E-Komuniti Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang Terhadap Peserta Pusat Latihan Multimedia

Program e-komuniti Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) merupakan projek teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang diwujudkan untuk mendidik penduduk negeri Pulau Pinang menguasai pengetahuan dan kemahiran komputer dan Internet serta membantu mengurangkan jurang digital. Program e-komuni...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Cheah, Fee Lian
Format: Thesis
Language:English
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20365/1/FBMK_2011_32_ir.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Program e-komuniti Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) merupakan projek teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang diwujudkan untuk mendidik penduduk negeri Pulau Pinang menguasai pengetahuan dan kemahiran komputer dan Internet serta membantu mengurangkan jurang digital. Program e-komuniti PERDA mendorong peningkatan bilangan penduduk Pulau Pinang khususnya penduduk desa dalam menggunakan komputer dan Internet. Namun, masih kurang kajian dijalankan mengenai kesan program tersebut terhadap peserta. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti ciri-ciri demografi peserta PLM, mengenalpasti tahap pengetahuan, penggunaan dan kemahiran peserta PLM tentang penggunaan komputer dan Internet, mengenalpasti kesan penggunaan komputer dan Internet terhadap peserta daripada segi perbezaan pengetahuan sebelum dan selepas mereka menyertai program e-komuniti PERDA, mengenalpasti kesan penggunaan komputer dan Internet terhadap peserta daripada segi perbezaan kemahiran sebelum dan selepas mereka menyertai program e-komuniti PERDA, mengenalpasti kesan-kesan lain penggunaan komputer dan Internet (kognitif, ekonomi, sosiobudaya, dan pendidikan) terhadap peserta selepas menyertai program e-komuniti PERDA, mengenalpasti perbezaan tahap pengetahuan dan kemahiran peserta mengenai komputer dan Internet selepas mereka menyertai program e-komuniti PERDA mengikut jantina, dan akhirnya mengenalpasti perbezaan tahap pengetahuan dan kemahiran peserta mengenai komputer dan Internet selepas mereka menyertai program e-komuniti PERDA mengikut peserta yang pernah memperolehi kursus/latihan formal mengenai komputer dan Internet dengan mereka yang tidak pernah menerima. Seramai 300 orang responden yang terdiri daripada peserta dari empat buah Pusat Latihan Multimedia (PLM) telah dilibatkan bagi mewakili keseluruhan PLM di Pulau Pinang. Kaedah kuasi eksperimen merupakan metodologi kajian ini dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen utama. Data yang telah dikutip dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif (kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai) dan juga statistik inferensi (ujian-t). Secara umum, responden mengakui bahawa mereka memperolehi pengetahuan dan kemahiran komputer serta Internet selepas menyertai program e-komuniti PERDA. Kajian ini mendapati bahawa tahap pengetahuan responden terhadap perkakasan komputer dan Internet berada pada tahap yang baik. Tahap kemahiran responden menggunakan komputer dan Internet pula berada pada tahap yang sederhana. Hasil kajian ini mendapati bahawa penglibatan peserta dalam program e-komuniti PERDA membawa kesan positif terhadap kognitif, sosiobudaya dan ekonomi responden melalui penggunaan komputer dan Internet. Dapat disimpulkan bahawa kebanyakan responden mempunyai peningkatan pengetahuan dan kemahiran komputer dan Internet. Kajian ini menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan mengenai tahap pengetahuan dan kemahiran komputer dan Internet selepas menyertai program e-komuniti PERDA mengikut jantina. Ini bermakna responden lelaki dan perempuan mempunyai pengetahuan dan kemahiran komputer dan Internet yang sama. Namun demikian, terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap pengetahuan dan kemahiran komputer dan Internet selepas menyertai program e-komuniti PERDA mengikut responden yang pernah dan tidak pernah mengikuti latihan formal. Bagi mereka yang pernah menyertai latihan memiliki pengetahuan dan kemahiran yang lebih baik berbanding mereka yang tidak pernah menyertai. Dapat disimpulkan bahawa hasil kajian ini disokong oleh teori jurang pengetahuan. Jurang pengetahuan wujud disebabkan oleh perbezaan faktor demografi, motivasi, dan media komunikasi. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kemahiran komputer dan Internet responden jelas dipengaruhi oleh faktor demografi responden, iaitu jantina responden serta mereka pernah dan tidak pernah menyertai kursus/latihan formal komputer dan Internet sebelum menyertai program e-komuniti PERDA. Selain itu, faktor motivasi (keperluan menggunakan komputer dan Internet) serta media komunikasi (jiran) juga memainkan peranan penting dalam kajian ini.