Penguasaan kata kerja bahasa Arab dalam kalangan pelajar kelas aliran agama
Kajian ini adalah bertujuan mengenal pasti tahap penguasaan pelajar terhadap kata kerja bahasa Arab, iaitu kata kerja māḍi, muḍāriʻ dan amr dalam kalangan pelajar Kelas Aliran Agama (KAA), di samping menghuraikan faktor-faktor kesilapan dalam menguasai kata kerja bahasa Arab. Data kajian berkaitan k...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
2011
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/27359/1/FBMK%202011%2058R.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini adalah bertujuan mengenal pasti tahap penguasaan pelajar terhadap kata kerja bahasa Arab, iaitu kata kerja māḍi, muḍāriʻ dan amr dalam kalangan pelajar Kelas Aliran Agama (KAA), di samping menghuraikan faktor-faktor kesilapan dalam menguasai kata kerja bahasa Arab. Data kajian berkaitan kesilapan kata kerja diperolehi dari ujian bertulis dan soal selidik pelajar serta guru dari dua buah sekolah KAA di daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Dua buah sekolah tersebut ialah SMK Sungai Acheh (SMKSA) dan SMK Tun Syed Sheh Barakbah (SMKTSSB). Jumlah responden adalah seramai 40 orang, iaitu 22 orang responden dari SMKTSSB dan 18 orang responden dari SMKSA. Kajian ini, berbentuk kuantitatif dengan menganalisis instrumen menggunakan microsoft office 2007. Dapatan kajian bagi ketiga-tiga kata kerja bahasa Arab, mendapati bilangan pelajar yang mendapat gred A hanyalah 2 orang pelajar (5%), gred B ialah 14 orang pelajar (35%), gred C ialah 10 orang pelajar (25%), gred D pula 10 orang pelajar (25%) dan gred E, merupakan gred yang gagal, iaitu seramai 4 orang pelajar (10%). Ramai pelajar mendapat gred B, C dan D dan ini menunjukkan tahap penguasaan pelajar terhadap kata kerja bahasa Arab berada di tahap sederhana. Antara faktor yang menyumbang kepada kesilapan pelajar dalam penguasaan kata kerja bahasa Arab adalah faktor kurang minat mata pelajaran bahasa Arab dan tidak faham konsep kata kerja. Dalam kajian ini juga, guru telah membuat beberapa saranan dan cadangan bagi mengatasi kesilapan dan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar khususnya dalam menguasai kata kerja bahasa Arab. |
---|