Analisis Temporal Aksi Servis Sila dan Servis Kuda dalam Sepak Takraw

Servis kuda ialah teknik servis yang baru dalam sukan sepak takraw. Teknik servis ini diperkenalkan di peringkat antarabangsa oleh pasukan Thailand pada tahun 1995. Servis kuda dilakukan dengan aksi plantar fleksi kaki dan bahagian kekura kaki ketika fasa kontek bola-kaki. Bahagian anatomi kaki t...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdullah, Borhannudin
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2004
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/312/1/549546_T_FPP_2004_31.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Servis kuda ialah teknik servis yang baru dalam sukan sepak takraw. Teknik servis ini diperkenalkan di peringkat antarabangsa oleh pasukan Thailand pada tahun 1995. Servis kuda dilakukan dengan aksi plantar fleksi kaki dan bahagian kekura kaki ketika fasa kontek bola-kaki. Bahagian anatomi kaki tersebut memberi permukaan kontek yang lebih luas berbanding permukaan kontek servis sila tradisi kepada sukan sepak takraw. Secara teknikal, mekanik servis kuda memberi kelebihan respon dalam aspek-aspek kestabilan kontek bola-kaki dan halaju bola pascakontek. Kajian ini bertujuan membandingkan ciri-ciri kinematik servis kuda dengan servis sila melalui analisis video fasa-fasa temporal berikut; (i) fasa prakontek, (ii) fasa kontek dan (iii) fasa pascakontek. Fasa prakontek melibatkan aksi pengumpan memegang bola dalam keadaan statik serta aksi tekong dalam keadaan sedia untuk menerima umpanan bola. Fasa kontek bermula sebaik sahaja bola dilepaskan daripada tangan pengumpan sehingga berlaku kontek bola-kaki oleh pemain tekong. Fasa pascakontek pula merangkumi pergerakan bola melepasi kaki tekong sehingga ke pemain penerima pasukan lawan. Parameter respon yang utama dalam fasa ini adalah halaju bola yang diservis oleh tekong. Selain tujuan yang disebutkan, kajian ini turut meninjau ciri-ciri temporal servis ace dan servis laju bagi kedua-dua teknik servis kuda dan servis sila. Data kinematik bagi kajian ini diproses daripada rakaman video pertandingan sepak takraw semasa temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2001. Daripada data tersebut, analisis temporal dua-dimensi dilakukan dengan bantuan perisian ADOBE PREMIERE. Fokus utama analisis temporal adalah terhadap masa pergerakan bagi setiap aksi utama berdasarkan fasa-fasa temporal yang telah ditetapkan.Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa perbezaan signifikan ciri-ciri temporal servis kuda dan servis sila adalah semasa perlakuan fasa prakontek [F (1,18) = 4.946; p < .05] dan fasa kontek [F (1,18) = 73.042; p < .05].Perbandingan ciri-ciri temporal bagi fasa pascakontek untuk kedua-dua teknik servis tersebut tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan.Perbandingan ciri temporal antara servis laju dan servis ace bagi kedua-dua servis kuda dan servis sila juga tidak menunjukkan perbezaan signifikan untuk fasa-fasa prakontek, kontek dan pascakontek. Kesimpulannya, perbezaan temporal yang wujud antara teknik servis kuda dan servis sila adalah terbatas kepada mekanik persiapan servis sahaja.Dalam aspek servis ace dan servis laju bagi kedua-dua teknik servis tersebut, perbezaan hasil aksi didapati disebabkan oleh ciri-ciri temporal servis. Variable prestasi yang berpotensi menyebabkan perbezaan antara servis kuda dan servis sila ialah kekangan persepsi. Bagi menguji andaian tersebut, beberapa cadangan bagi mempertingkatkan tahap penyelidikan dalam bidang ini turut dibincangkan.