Bentuk interaksi sosial, faktor kebimbangan, keprihatinan dan gaya komunikasi mengikut perubahan konteks budaya dalam komunikasi silang budaya

Masyarakat antarabangsa daripada negara budaya konteks rendah yang datang ke Malaysia mempunyai gaya komunikasi yang berbeza dengan masyarakat tempatan. Gaya komunikasi budaya konteks rendah mereka boleh kekal atau berubah kepada budaya konteks tinggi semasa berada di Malaysia. Justeru, kajian ini b...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ali Haidzir, Norliana
Format: Thesis
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/32258/1/FBMK%202012%206R.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Masyarakat antarabangsa daripada negara budaya konteks rendah yang datang ke Malaysia mempunyai gaya komunikasi yang berbeza dengan masyarakat tempatan. Gaya komunikasi budaya konteks rendah mereka boleh kekal atau berubah kepada budaya konteks tinggi semasa berada di Malaysia. Justeru, kajian ini bertujuan meneroka perubahan gaya komunikasi individu daripada budaya konteks rendah kepada gaya komunikasi budaya konteks tinggi dan perbandingan bentuk interaksi sosial dan faktor-faktor yang dihadapi oleh mereka selepas berada 6 bulan di Malaysia. Kaedah tinjauan telah dijalankan menerusi pengedaran borang soal selidik kepada responden di sekitar Lembah Klang. Sejumlah 122 orang responden telah terlibat dalam kajian ini. Responden kajian ini adalah individu daripada negara yang mengamalkan budaya konteks rendah yang datang ke Malaysia dengan tujuan bekerja ataupun belajar. Pemilihan responden ini menggunakan teknik persampelan bukan kebarangkalian. Dalam kajian ini, tiga pemboleh ubah utama diukur iaitu gaya komunikasi mengikut konteks budaya, bentuk interaksi sosial dan faktor-faktor yang dihadapi. Selepas enam bulan berada di Malaysia, didapati gaya komunikasi sesetengah individu daripada negara budaya konteks rendah telah mengalami perubahan kepada gaya komunikasi budaya konteks tinggi. Ujian Paired Sample T-Test menunjukkan ada perbezaan yang signifikan untuk bentuk kerjasama, bentuk persaingan, bentuk penyesuaian hubungan dan faktor keprihatinan dalam perubahan gaya komunikasi individu yang berbudaya konteks rendah. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan signifikan aspek faktor kebimbangan/kerisauan dan faktor keprihatinan sebelum dan selepas 6 bulan berada di Malaysia. Kajian ini dapat menyumbang pengetahuan baru dari aspek perubahan gaya komunikasi masyarakat luar bila berada di negara ini. Ini memberi implikasi kepada pengetahuan bidang komunikasi antarabudaya, dan sebagai panduan amalan dalam kalangan masyarakat luar atau negara ini.