Keterlibatan pelajar luar bandar dalam salah laku seks

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mendalami keterlibatan pelajar perempuan luar bandar dalam salah laku seks. Dalam meneroka pengalaman dan keterlibatan mereka ini, antara aspek-aspek yang dikaji adalah keluarga, rakan sebaya, sekolah dan media massa. Pendekatan kualitatif berbentuk kajian kes di...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Shafie, Mashitoh
Format: Thesis
Language:English
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/32568/1/FPP%202011%2054R.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan utama kajian ini adalah untuk mendalami keterlibatan pelajar perempuan luar bandar dalam salah laku seks. Dalam meneroka pengalaman dan keterlibatan mereka ini, antara aspek-aspek yang dikaji adalah keluarga, rakan sebaya, sekolah dan media massa. Pendekatan kualitatif berbentuk kajian kes digunakan oleh pengkaji untuk menyempurnakan kajian ini. Teknik temubual mendalam separa berstruktur digunakan untuk mengumpulkan data dari enam orang pelajar perempuan yang dikenalpasti terlibat dalam masalah ini. Data ini kemudiannya dikategorikan berdasarkan tema yang dibina untuk menjawab persoalan kajian. Untuk tujuan triangulasi, kaedah yang digunakan adalah temubual bersama guru kelas, pemerhatian dan analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan bahawa gejala salah laku seks dalam kalangan pelajar perempuan di luar bandar berada pada tahap membimbangkan. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa aspek-aspek yang dikaji saling berkait dalam mempengaruhi keterlibatan pelajar perempuan luar bandar dalam salah laku seks. Namun begitu, rakan sebaya didapati memberi pengaruh yang sangat besar dalam keterlibatan ini. Pada akhirnya, kajian ini mencadangkan agar semua pihak; ibu bapa, sekolah dan masyarakat memainkan peranan masing-masing dalam usaha mengekang gejala ini daripada terus merebak.