Perkongsian ilmu dan amalan kerja dalam kalangan komuniti pemandu teksi di Lembah Klang, Malaysia
Kajian ini bertujuan bagi memahami perkongsian ilmu dan amalan kerja dalam kalangan “komuniti pengamalan” Community of Practice (CoP) pemandu teksi di Lembah Klang, Malaysia. CoP adalah sekumpulan manusia yang prihatin dan teruja untuk bekerja, belajar, bersosial dan bekerjasama secara sukarela, inf...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2012
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/33092/1/FPP%202012%2035R.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan bagi memahami perkongsian ilmu dan amalan kerja dalam kalangan “komuniti pengamalan” Community of Practice (CoP) pemandu teksi di Lembah Klang, Malaysia. CoP adalah sekumpulan manusia yang prihatin dan teruja untuk bekerja, belajar, bersosial dan bekerjasama secara sukarela, informal bagi memperoleh faedah, manfaat dan kepentingan bersama. CoP pemandu teksi adalah pelajar dewasa yang belajar dan membangun dengan arahan-kendiri. Model CoP ini digunakan sebagai asas bagi memahami
pengalaman (pembelajaran sosial) dalam kalangan komuniti pemandu teksi di Lembah Klang.
Pembangunan komuniti pemandu teksi di Lembah Klang merangkumi aspek amalan kerja, perkongsian ilmu selain pengetahuan, kemahiran dan sikap (tingkah laku) dalam menangani cabaran dan masalah yang dipertanggungjawabkan ke atas diri mereka.
Kajian ini dilaksanakan berpandukan kepada tiga persoalan kajian iaitu:1) Bagaimanakah pengalaman praktis menyumbang kepada amalan kerja pemandu teksi di Lembah Klang? 2) Bagaimanakah amalan terbaik „best practice’ dimanfaat dengan perkongsian ilmu? 3) Apakah faktor yang mempengaruhi pengamalan komuniti pemandu teksi?
Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif yang berunsurkan fenomenologi kerana berkaitan dengan penerokaan sebahagian fenomena kejadian dalam konteks kehidupan sosial manusia. Pengumpulan data dijalankan melalui temubual semi berstruktur ke atas sebilangan informan yang dipilih secara purposif. Pemerhatian juga dibuat di beberapa stesen dan
hentian teksi sekitar Kuala Lumpur selain menganalisis dokumen berkaitan.
Kesimpulan kajian ialah model CoP pemandu teksi melalui perkongsian ilmu dan amalan kerja menepati sumbangan praktis CoP dalam kalangan komuniti pemandu teksi di Lembah Klang. Struktur CoP pemandu teksi ini tertegak dengan tiga terma yang berhubung kait iaitu melalui: „penglibatan bersama‟„bertanggungjawab terhadap perusahaan‟ dan „tolak ansur repertoire’. Kajian mencadangkan agar dasar membngunan sumber manusia komuniti pemandu teksi khususnya di Lembah Klang digubal secara sistematik. |
---|