Masyarakat sivil dan proses pendemokrasian di Malaysia

Tesis ini mengkaji fenomena protes masyarakat sivil di Malaysia dan impaknya ke atas proses pendemokrasian. Data primer tesis ini dikutip melalui temu bual mendalam dengan informan autoritatif, manakala data sekunder pula diperoleh melalui buku, jurnal,akhbar dan hasil kajian sarjana lepas. Bagi me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Md. Said, Md. Salleh
Format: Thesis
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/33330/1/FEM%202012%2024R.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tesis ini mengkaji fenomena protes masyarakat sivil di Malaysia dan impaknya ke atas proses pendemokrasian. Data primer tesis ini dikutip melalui temu bual mendalam dengan informan autoritatif, manakala data sekunder pula diperoleh melalui buku, jurnal,akhbar dan hasil kajian sarjana lepas. Bagi memandu tesis ini, kerangka konsepsual masyarakat sivil dan proses pendemokrasian digunakan. Hipotesis kajian ini ialah masyarakat sivil turut mendorong proses pendemokrasian di Malaysia. Hasil kajian mendapati empat hal. Pertama, protes masyarakat sivil berlaku sejak zaman penjajahan lagi, terutamanya ketika British memperkenalkan gagasan Malayan Union. Dapatan ini berbeza dengan kesimpulan sarjana lepas yang menyatakan protes masyarakat sivil mula berlaku semasa Dr. Mahathir berkuasa. Kedua, protes masyarakat sivil yang muncul pada zaman selepas kemerdekaan adalah disebabkan oleh isu-isu sejagat seperti rasa tidak puas hati rakyat akibat penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan, pencabulan kepada sistem kehakiman dan hak asasi rakyat dan sekatan ke atas kebebasan media. Dapatan ini berbeza dari kajian sebelum ini yang menghujah politik perkauman dan layanan tidak adil kepada kaum bukan Melayu adalah faktor utama berlakunya protes masyarakat sivil. Ketiga, kaedah yang dilakukan oleh kumpulan masyarakat sivil untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka adalah dengan dua cara, iaitu ‘protes politik luar ruangan’ dan ‘protes politik dalam ruangan.’ Kajian ini mendapati protes politik cara kedua jauh lebih berkesan berbanding kaedah pertama, khususnya pada saat berlakunya krisis kewangan tahun 1998 sehingga kini. Ini kerana berkembangnya media internet (ICT) yang dapat mengelakkan sekatan kerajaan ke atas media konvensional. Keempat, protes yang dilakukan tanpa kenal letih oleh masyarakat sivil dan parti pembangkang belum mencapai mana-mana tahap pendemokrasian Huntington, baik itu transformation, replacement mahupun transplacement. Ini kerana rejim berjaya mengawal ‘perut’ rakyat melalui pelbagai pendekatan seperti coercive administrative approach pada zaman Dr Mahathir, cultural re-orientation approach pada zaman Abdullah Badawi dan economic reorientation approach pada zaman Najib. Dengan penemuan tersebut, tesis ini menyumbang kepada khazanah ilmu politik dari satu aspek, iaitu proses pendemokrasian yang dilakukan oleh kumpulan masyarakat sivil di Malaysia adalah bersifat gradual dan tidak serta mertanya berjaya. Ini kerana terdapat hubungan tolak ansur antara negara dan masyarakat sivil; negara berusaha untuk mendominasi (juga menghegemoni) kumpulan masyarakat sivil, sebaliknya kumpulan tersebut cuba memaksa negara untuk melakukan kompromi dan menerima tuntutan mereka agar wujudnya demokrasi.