Hubungan minat dan penglibatan pelajar dalam kerja amali dengan pencapaian mata pelajaran pengeluaran tanaman

Minat dan penglibatan pelajar dalam kerja amali pertanian memainkan peranan yang penting dalam Mata Pelajaran Aliran Vokasional Pengeluaran Tanaman di Sekolah Menengah Teknik Pertanian dalam menentukan pencapaian mereka kerana proses penilaian dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Salleh, Aniesah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39709/1/FPP%202010%2031R.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Minat dan penglibatan pelajar dalam kerja amali pertanian memainkan peranan yang penting dalam Mata Pelajaran Aliran Vokasional Pengeluaran Tanaman di Sekolah Menengah Teknik Pertanian dalam menentukan pencapaian mereka kerana proses penilaian dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dilaksanakan berasaskan kerja amali pertanian, ini berbeza dengan proses penilaian pendidikan sewaktu mereka di sekolah akademik harian. Data daripada kajian korelasi deskriptif ini dikumpul melalui soal selidik yang dibina berdasarkan literatur. Ujian pencapaian pula dibina sendiri oleh penyelidik. Dengan menggunakan formula pengiraan saiz sampel Crochran pada paras keyakinan 95% (Crochran, 1977), bilangan sampel (n) yang digunakan adalah seramai 210 orang pelajar dengan menggunakan kaedah persampelan rawak berlapis. Stastistik deskriptif yang digunakan dalam menganalisa data dengan menggunakan frekuensi, min, sisihan piawai, ujian-t dan ANOVA. Analisis stastistik inferens yang digunakan ialah Pekali Pearson,Ujian-t dan ANOVA. Dapatan kajian menunjukkan min bagi tahap minat pelajar dan tahap penglibatan pelajar yang diperolehi dalam kerja amali Pengeluaran Tanaman adalah sederhana tinggi. Dalam kajian ini didapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara minat dan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pengeluaran Tanaman, juga tidak terdapat hubungan yang signifikan antara penglibatan pelajar dalam kerja amali dengan pencapaian dalam mata pelajaran Pengeluaran Tanaman. Bagaimanapun terdapat hubungan positif yang sederhana dan signifikan antara minat dan penglibatan pelajar dalam kerja amali Pengeluaran Tanaman. Tahap pencapaian pelajar dalam ujian pencapaian adalah rendah dimana bilangan pelajar yang mendapat cemerlang adalah 0.5 % dari bilangan pelajar dan 60% pelajar cuma berada pada tahapyang lulus. Hasil kajian mendapati faktor Sekolah Menengah Pertanian adalah signifikan dan mempunyai hubungan sederhana dengan ujian pencapaian MPAV Pengeluaran Tanaman. Faktor demografi lain tidak signifikan dengan minat, penglibatan dan pencapaian.