Faktor yang mempengaruhi penghayatan akhlak Islam dalam kalangan belia di sebuah institusi pengajian tinggi awam Malaysia

Pendidikan masyarakat sangat penting dalam sesebuah negara khususnya dalam membangunkan belia. Kajian ini bertujuan menentukan faktor pendidikan keagamaan oleh ibu bapa, pertautan ibu bapa dan pertautan rakan sebaya dalam mempengaruhi penghayatan akhlak Islam dalam kalangan belia di sebuah institus...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Tan, Rohana
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39992/1/FPP%202013%2026R.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pendidikan masyarakat sangat penting dalam sesebuah negara khususnya dalam membangunkan belia. Kajian ini bertujuan menentukan faktor pendidikan keagamaan oleh ibu bapa, pertautan ibu bapa dan pertautan rakan sebaya dalam mempengaruhi penghayatan akhlak Islam dalam kalangan belia di sebuah institusi pengajian tinggi awam. Fokus kajian ini turut menentukan tahap pendidikan keagamaan oleh ibu bapa, tahap pertautan ibu bapa, tahap pertautan rakan sebaya dan tahap penghayatan akhlak Islam. Seterusnya kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti hubungan pendidikan keagamaan oleh ibu bapa, pertautan ibu bapa dan pertautan rakan sebaya dengan penghayatan akhlak Islam. Kajian ini dijalankan secara kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada 403 orang belia yang beragama Islam di sebuah universiti awam. Pemilihan sampel dilakukan secara rawak berstarta. Analisis data dilakukan secara deskriptif (min, frekuensi dan peratusan) dan inferensi (Korelasi Pearson dan analisis Regresi Berganda). Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap pendidikan keagamaan oleh ibu bapa, pertautan ibu bapa, pertautan rakan sebaya dan penghayatan akhlak Islam berada pada tahap yang tinggi. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pendidikan keagamaan oleh ibu bapa, pertautan ibu bapa dan pertautan rakan sebaya dengan penghayatan akhlak Islam. Di samping itu, dapatan kajian ini telah menunjukkan sumbangan pendidikan keagamaan oleh ibu bapa adalah paling tinggi diikuti oleh pertautan ibu bapa dan pertautan rakan sebaya terhadap penghayatan akhlak Islam. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini dapat menjelaskan bahawa pendidikan keagamaan oleh ibu bapa,pertautan ibu bapa dan pertautan rakan sebaya merupakan faktor yang mempengaruhi penghayatan akhlak Islam dalam kalangan belia yang dikaji.