Kesan Pengajaran Pembelajaran (P&P) Inkuiri Berbantu Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Terhadap Pencapaian dalam Mata Pelajaran Sains (Biologi) bagi Pelajar Tingkatan 2 di SMKA

Statistik dari Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) menunjukkan hanya kurang dari 36% pelajar Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang mengambil kertas Sains (Biologi) berjaya menjawab soalan di bawah tajuk ‘Makanan dan Pencernaan’ dengan betul setiap tahun (LPM, 2000). Ini menjadi suatu tanda tanya meman...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Amri, Nita @ Siti Raudhah
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/405/1/549709_FSAS_2003_54.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-upm-ir.405
record_format uketd_dc
spelling my-upm-ir.4052013-05-27T06:48:08Z Kesan Pengajaran Pembelajaran (P&P) Inkuiri Berbantu Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Terhadap Pencapaian dalam Mata Pelajaran Sains (Biologi) bagi Pelajar Tingkatan 2 di SMKA 2003-12 Amri, Nita @ Siti Raudhah Statistik dari Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) menunjukkan hanya kurang dari 36% pelajar Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang mengambil kertas Sains (Biologi) berjaya menjawab soalan di bawah tajuk ‘Makanan dan Pencernaan’ dengan betul setiap tahun (LPM, 2000). Ini menjadi suatu tanda tanya memandangkan ia adalah tajuk yang menarik. Suatu kajian kualitatif dan kuantitatif telah dijalankan di dua buah sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) pada tahun 2001 untuk mengukur keberkesanan kaedah inkuiri berbantu ICT ke atas pencapaian pelajar dalam tajuk ‘Makanan dan Pencernaan’. Seramai 60 orang pelajar tingkatan dua dipilih secara rawak berlapis untuk diagihkan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan yang mengikuti P&P berbentuk tradisional (n=30) dan kumpulan yang mengikuti inkuiri berbantu ICT (n=30). Rancangan khas berasaskan gabungan konsep Goldman (1999), Papert (1990) dan Rodrigues (1997) digunakan oleh guru sepanjang kajian ini dijalankan. Pencapaian pelajar diukur melalui prestasi mereka dalam dua set ujian (Ujian 1 dan Ujian 2). Ujian 1 adalah ujian subtajuk bermasalah yang diambil dari koleksi soalan PMR (1993-1999) manakala Ujian 2 adalah set ujian yang belum pernah dilihat oleh pelajar. Ujian 2 diberikan untuk mengukur kefahaman terbina di kalangan pelajar memandangkan terdapat kebarangkalian soalan Ujian 1 telah pernah cuba dijawab oleh pelajar sebelum ini. Analisis pencapaian pelajar dalam Ujian 1 menunjukkan pencapaian pelajar terlibat ada hubungan bererti (p<0.05) antara sekolah dan subtajuk yang diajar. Kajian ini mendapati pencapaian pelajar berkait secara bererti dengan subtajuk yang disediakan dalam sukatan pelajaran. Daripada lima subtajuk yang disediakan, respons pelajar terhadap kaedah P&P berbeza hanya bagi subtajuk ‘Fungsi Organ’. Tambahan pula, markah pelajar kumpulan tradisional dalam tajuk ‘Fungsi Organ’ didapati lebih baik berbanding kumpulan ICT. Ini menunjukkan bahawa kaedah ICT tidak mempengaruhi pencapaian pelajar semasa menjawab soalan subtajuk bermasalah dan keberkesanan pedagogi bergantung kepada subtajuk yang diajar. Dalam Ujian 2 pula, pelajar kumpulan ICT menunjukkan pencapaian yang rendah berbanding pencapaian keseluruhan pelajar. Ini menunjukkan bahawa kaedah ICT tidak berkesan untuk menyediakan pelajar menjawab soalan yang memerlukan kefahaman. Dari segi kepuasan belajar pula, kedua-dua kumpulan mempunyai persepsi yang sama terhadap mata pelajaran sains dan kaedah P&P yang dijalankan kecuali dari aspek kebebasan meneroka dan keyakinan pengetahuan. Pelajar ICT menunjukkan kepuasan yang tinggi (p<0.05) dalam kebebasan meneroka maklumat. Manakala pelajar kumpulan tradisional menunjukkan keyakinan yang tinggi (p<0.05) terhadap maklumat yang diperoleh kerana datang dari sumber yang dipercayai. Keseluruhannya, hasil kajian ini menunjukkan bahawa kaedah inkuiri berbantu ICT, berpotensi digunakan dalam P&P sains (biologi). Walau bagaimanapun, jenis subtajuk, sekolah dan pelajar adalah faktor penting dalam menentukan impaknya ke atas pencapaian pelajar. Dalam kata lain, tidak semua sekolah, semua subtajuk dan semua pelajar dapat menginjak kejayaan apabila mempelajari sains (biologi) dengan berbantukan ICT. Competency-based education - Study and teaching - Malaysia Biology - Web-based instruction - Study and teaching - Malaysia 2003-12 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/405/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/405/1/549709_FSAS_2003_54.pdf application/pdf en public masters Universiti Putra Malaysia Competency-based education - Study and teaching - Malaysia Biology - Web-based instruction - Study and teaching - Malaysia Faculty of Environmental Studies Malay
institution Universiti Putra Malaysia
collection PSAS Institutional Repository
language English
Malay
topic Competency-based education - Study and teaching - Malaysia
Biology - Web-based instruction - Study and teaching - Malaysia

spellingShingle Competency-based education - Study and teaching - Malaysia
Biology - Web-based instruction - Study and teaching - Malaysia

Amri, Nita @ Siti Raudhah
Kesan Pengajaran Pembelajaran (P&P) Inkuiri Berbantu Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Terhadap Pencapaian dalam Mata Pelajaran Sains (Biologi) bagi Pelajar Tingkatan 2 di SMKA
description Statistik dari Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) menunjukkan hanya kurang dari 36% pelajar Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang mengambil kertas Sains (Biologi) berjaya menjawab soalan di bawah tajuk ‘Makanan dan Pencernaan’ dengan betul setiap tahun (LPM, 2000). Ini menjadi suatu tanda tanya memandangkan ia adalah tajuk yang menarik. Suatu kajian kualitatif dan kuantitatif telah dijalankan di dua buah sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) pada tahun 2001 untuk mengukur keberkesanan kaedah inkuiri berbantu ICT ke atas pencapaian pelajar dalam tajuk ‘Makanan dan Pencernaan’. Seramai 60 orang pelajar tingkatan dua dipilih secara rawak berlapis untuk diagihkan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan yang mengikuti P&P berbentuk tradisional (n=30) dan kumpulan yang mengikuti inkuiri berbantu ICT (n=30). Rancangan khas berasaskan gabungan konsep Goldman (1999), Papert (1990) dan Rodrigues (1997) digunakan oleh guru sepanjang kajian ini dijalankan. Pencapaian pelajar diukur melalui prestasi mereka dalam dua set ujian (Ujian 1 dan Ujian 2). Ujian 1 adalah ujian subtajuk bermasalah yang diambil dari koleksi soalan PMR (1993-1999) manakala Ujian 2 adalah set ujian yang belum pernah dilihat oleh pelajar. Ujian 2 diberikan untuk mengukur kefahaman terbina di kalangan pelajar memandangkan terdapat kebarangkalian soalan Ujian 1 telah pernah cuba dijawab oleh pelajar sebelum ini. Analisis pencapaian pelajar dalam Ujian 1 menunjukkan pencapaian pelajar terlibat ada hubungan bererti (p<0.05) antara sekolah dan subtajuk yang diajar. Kajian ini mendapati pencapaian pelajar berkait secara bererti dengan subtajuk yang disediakan dalam sukatan pelajaran. Daripada lima subtajuk yang disediakan, respons pelajar terhadap kaedah P&P berbeza hanya bagi subtajuk ‘Fungsi Organ’. Tambahan pula, markah pelajar kumpulan tradisional dalam tajuk ‘Fungsi Organ’ didapati lebih baik berbanding kumpulan ICT. Ini menunjukkan bahawa kaedah ICT tidak mempengaruhi pencapaian pelajar semasa menjawab soalan subtajuk bermasalah dan keberkesanan pedagogi bergantung kepada subtajuk yang diajar. Dalam Ujian 2 pula, pelajar kumpulan ICT menunjukkan pencapaian yang rendah berbanding pencapaian keseluruhan pelajar. Ini menunjukkan bahawa kaedah ICT tidak berkesan untuk menyediakan pelajar menjawab soalan yang memerlukan kefahaman. Dari segi kepuasan belajar pula, kedua-dua kumpulan mempunyai persepsi yang sama terhadap mata pelajaran sains dan kaedah P&P yang dijalankan kecuali dari aspek kebebasan meneroka dan keyakinan pengetahuan. Pelajar ICT menunjukkan kepuasan yang tinggi (p<0.05) dalam kebebasan meneroka maklumat. Manakala pelajar kumpulan tradisional menunjukkan keyakinan yang tinggi (p<0.05) terhadap maklumat yang diperoleh kerana datang dari sumber yang dipercayai. Keseluruhannya, hasil kajian ini menunjukkan bahawa kaedah inkuiri berbantu ICT, berpotensi digunakan dalam P&P sains (biologi). Walau bagaimanapun, jenis subtajuk, sekolah dan pelajar adalah faktor penting dalam menentukan impaknya ke atas pencapaian pelajar. Dalam kata lain, tidak semua sekolah, semua subtajuk dan semua pelajar dapat menginjak kejayaan apabila mempelajari sains (biologi) dengan berbantukan ICT.
format Thesis
qualification_level Master's degree
author Amri, Nita @ Siti Raudhah
author_facet Amri, Nita @ Siti Raudhah
author_sort Amri, Nita @ Siti Raudhah
title Kesan Pengajaran Pembelajaran (P&P) Inkuiri Berbantu Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Terhadap Pencapaian dalam Mata Pelajaran Sains (Biologi) bagi Pelajar Tingkatan 2 di SMKA
title_short Kesan Pengajaran Pembelajaran (P&P) Inkuiri Berbantu Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Terhadap Pencapaian dalam Mata Pelajaran Sains (Biologi) bagi Pelajar Tingkatan 2 di SMKA
title_full Kesan Pengajaran Pembelajaran (P&P) Inkuiri Berbantu Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Terhadap Pencapaian dalam Mata Pelajaran Sains (Biologi) bagi Pelajar Tingkatan 2 di SMKA
title_fullStr Kesan Pengajaran Pembelajaran (P&P) Inkuiri Berbantu Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Terhadap Pencapaian dalam Mata Pelajaran Sains (Biologi) bagi Pelajar Tingkatan 2 di SMKA
title_full_unstemmed Kesan Pengajaran Pembelajaran (P&P) Inkuiri Berbantu Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Terhadap Pencapaian dalam Mata Pelajaran Sains (Biologi) bagi Pelajar Tingkatan 2 di SMKA
title_sort kesan pengajaran pembelajaran (p&p) inkuiri berbantu teknologi maklumat dan komunikasi (ict) terhadap pencapaian dalam mata pelajaran sains (biologi) bagi pelajar tingkatan 2 di smka
granting_institution Universiti Putra Malaysia
granting_department Faculty of Environmental Studies
publishDate 2003
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/405/1/549709_FSAS_2003_54.pdf
_version_ 1747810214397083648