Transliterasi dan Kajian Pustaka Melayu dalam Bustan Al-Salatin
Tesis ini bertujuan untuk mengkaji Transliterasi dan Kajian Pustaka Melayu dalam Bustan al-Salatin. Penyelidikan ini dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan filologi dan analisis kandungan. Objektif kajian ini dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu : mentransliterasikan se...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2006
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/509/1/600367_fbmk_2006_13_abstrak_je__dh_pdf_.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tesis ini bertujuan untuk mengkaji Transliterasi dan Kajian Pustaka Melayu dalam Bustan al-Salatin. Penyelidikan ini dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan filologi dan analisis kandungan. Objektif kajian ini dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu : mentransliterasikan secara keseluruhan naskhah Bustan al-Salatin :Bab Tujuh yang bertulisan Jawi ke dalam tulisan Rumi bagi mempermudahkan proses pemahaman serta dapat mengetengahkan naskhah ini kepada khalayak. Selain itu, pengkaji juga mengenal pasti versi-versi naskhah Bustan al-Salatin : Bab Tujuh yang ada untuk menghasilkan suatu naskhah yang paling hampir kepada naskhah asal dan membincangkan ilmu pustaka Melayu iaitu ilmu firasat, perubatan dan perkahwinan.
Pada peringkat awal, perbincangan tesis ini didasarkan kepada penyelidikan yang telah dilakukan melalui beberapa sorotan literatur yang lepas oleh tokoh-tokoh tradisional sama ada di luar atau dalam negara serta pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi mengenai bahan kajian iaitu Bustan al-salatin dan penerapan ilmu filologi dalam kajian mereka.
Selanjutnya, tesis ini menganalisis tentang deskripsi teks dan sistem transliterasi yang merangkumi latar belakang naskhah seperti keadaan teks, bentuk tulisan dan penyalin yang telah menyalin naskhah Bustan al-Salatin: Bab Tujuh. Selain itu, turut dibincangkan dalam topik ini ialah naskhah-naskhah yang digunakan, teknik penulisan, aspek bahasa, sistem ejaan dan pengaruh bahasa asing seperi pengaruh Arab, Parsi, Hindu dan Tamil.
Penyelidikan ini juga menghuraikan tentang himpunan pustaka Melayu yang terdapat dalam naskhah kajian. Hasilnya, pengkaji telah menemukan tiga cabang ilmu yang paling dominan dan dianggap penting dalam masyarakat silam. Ilmu-ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu perubatan, ilmu firasat dan ilmu perkahwinan. Ilmu-ilmu tersebut adalah lambang kepada kemajuan intelektual bangsa Melayu dahulu kala. Ia bukan sahaja berkisar mengenai dunia sastera, tetapi sekaligus menyentuh bidang perubatan, anatomi manusia dan hal kekeluargaan yang pasti memberikan banyak manfaat jika diterapkan dalam kehidupan seharian. Oleh demikian, diharapkan usaha ini akan dapat memartabatkan dokumen warisan agung Melayu di era globalisasi ini dan dapat diguna pakai oleh ilmuan dari bidang yang berlainan.
|
---|