Pelaksanaan mata pelajaran vokasional dan kesannya terhadap kemahiran kebolehpasaran pelajar

Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti sama ada pelaksanaan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), mampu menyediakan tenaga kerja sebagaimana yang dihasratkan program berkenaan. Objektif utama kajian yang dijalankan adalah untuk mengetahui status semasa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Apparao, Prakas Rao
Format: Thesis
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/52078/1/FPP%202014%2024RR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-upm-ir.52078
record_format uketd_dc
spelling my-upm-ir.520782017-05-03T05:55:57Z Pelaksanaan mata pelajaran vokasional dan kesannya terhadap kemahiran kebolehpasaran pelajar 2014-04 Apparao, Prakas Rao Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti sama ada pelaksanaan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), mampu menyediakan tenaga kerja sebagaimana yang dihasratkan program berkenaan. Objektif utama kajian yang dijalankan adalah untuk mengetahui status semasa para graduan aliran MPV iaitu,adakah mereka sedang bekerja, berniaga atau menyambung pelajaran,mengikut bidang MPV yang telah dipelajari atau sebaliknya. Faktor-faktor yang mempengaruhi status semasa para graduan aliran MPV turut dikaji. Selain itu, kajian ini juga mengenal pasti tahap kemahiran employabiliti para graduan aliran MPV. Kaedah tinjauan digunakan dalam kajian ini. Data kajian dikumpulkan melalui soal selidik dan temu bual. Responden kajian terdiri daripada 103 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2010, yang telah mengikut aliran MPV dari lapan buah sekolah menengah di daerah Kinta Utara, Perak. Kaedah persampelan rawak mudah digunakan untuk memilih responden bagi menjawab soal selidik dan persampelan bertujuan digunakan untuk temu bual. Hasil kajian menunjukkan hanya 29% para graduan aliran MPV yang dikaji sedang bekerja, berniaga atau menyambung pelajaran mengikut bidang yang telah dipelajari. Lebih daripada separuh, iaitu 62% graduan aliran MPV yang dikaji, didapati sedang bekerja, berniaga atau menyambung pelajaran tanpa mengikut bidang MPV yang telah dipelajari. Selebihnya, sejumlah 9% graduan aliran MPV yang dikaji pula, didapati sedang menganggur. Faktor utama yang dikenal pasti menjadi punca permasalahan ialah, faktor pemilihan pelajar yang tidak sesuai dengan sesuatu aliran MPV. Selain itu,faktor ketidaktentuan kerjaya dalam kalangan pelajar pada peringkat awal tingkatan empat, turut menyumbang kepada permasalahan ini. Faktor kekurangan maklumat dan pendedahan awal mengenai peluang-peluang pekerjaan, perniagaan dan menyambung pelajaran, turut menyebabkan para graduan aliran MPV memilih bidang-bidang yang berlainan daripada bidang yang telah dipelajari. Berdasarkan kajian, tahap kemahiran employabiliti para graduan aliran MPV didapati berada pada tahap yang tinggi. Tiada perbezaan signifikan diperoleh untuk tahap kemahiran employabiliti secara keseluruhan berdasarkan jantina dan bidang pengajian para graduan aliran MPV. Dapatan kajian turut menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara status semasa dengan tahap kemahiran employabiliti para graduan aliran MPV. Hasil daripada kajian ini, adalah dicadangkan supaya satu mekanisma pemilihan pelajar yang lebih efisien dan sistematik untuk mengikut sesuatu program berbentuk Teknikal dan Vokasional (PTV) perlu dikenal pasti dan dilaksanakan. Para pelajar perlu didedahkan dengan pelbagai ujian minat,kebolehan dan kecenderungan, supaya mereka dapat mengetahui minat,potensi dan keupayaan diri sendiri yang sebenar. Sesi kaunseling kerjaya yang lebih mapan dan berkesan perlu dilaksanakan pada peringkat awal,iaitu sebelum pelajar memilih program PTV yang ingin diikuti. Hasil kajian ini turut menunjukkan, guru-guru PTV turut memainkan peranan penting dalam membuka minda pelajar mengenai peluang-peluang pekerjaan, perniagaan dan menyambung pelajaran dalam sesuatu bidang yang telah dipelajari. Vocational education - Malaysia Employability - Malaysia Students - Employment - Malaysia 2014-04 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/52078/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/52078/1/FPP%202014%2024RR.pdf application/pdf en public masters Universiti Putra Malaysia Vocational education - Malaysia Employability - Malaysia Students - Employment - Malaysia
institution Universiti Putra Malaysia
collection PSAS Institutional Repository
language English
topic Vocational education - Malaysia
Employability - Malaysia
Students - Employment - Malaysia
spellingShingle Vocational education - Malaysia
Employability - Malaysia
Students - Employment - Malaysia
Apparao, Prakas Rao
Pelaksanaan mata pelajaran vokasional dan kesannya terhadap kemahiran kebolehpasaran pelajar
description Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti sama ada pelaksanaan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), mampu menyediakan tenaga kerja sebagaimana yang dihasratkan program berkenaan. Objektif utama kajian yang dijalankan adalah untuk mengetahui status semasa para graduan aliran MPV iaitu,adakah mereka sedang bekerja, berniaga atau menyambung pelajaran,mengikut bidang MPV yang telah dipelajari atau sebaliknya. Faktor-faktor yang mempengaruhi status semasa para graduan aliran MPV turut dikaji. Selain itu, kajian ini juga mengenal pasti tahap kemahiran employabiliti para graduan aliran MPV. Kaedah tinjauan digunakan dalam kajian ini. Data kajian dikumpulkan melalui soal selidik dan temu bual. Responden kajian terdiri daripada 103 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2010, yang telah mengikut aliran MPV dari lapan buah sekolah menengah di daerah Kinta Utara, Perak. Kaedah persampelan rawak mudah digunakan untuk memilih responden bagi menjawab soal selidik dan persampelan bertujuan digunakan untuk temu bual. Hasil kajian menunjukkan hanya 29% para graduan aliran MPV yang dikaji sedang bekerja, berniaga atau menyambung pelajaran mengikut bidang yang telah dipelajari. Lebih daripada separuh, iaitu 62% graduan aliran MPV yang dikaji, didapati sedang bekerja, berniaga atau menyambung pelajaran tanpa mengikut bidang MPV yang telah dipelajari. Selebihnya, sejumlah 9% graduan aliran MPV yang dikaji pula, didapati sedang menganggur. Faktor utama yang dikenal pasti menjadi punca permasalahan ialah, faktor pemilihan pelajar yang tidak sesuai dengan sesuatu aliran MPV. Selain itu,faktor ketidaktentuan kerjaya dalam kalangan pelajar pada peringkat awal tingkatan empat, turut menyumbang kepada permasalahan ini. Faktor kekurangan maklumat dan pendedahan awal mengenai peluang-peluang pekerjaan, perniagaan dan menyambung pelajaran, turut menyebabkan para graduan aliran MPV memilih bidang-bidang yang berlainan daripada bidang yang telah dipelajari. Berdasarkan kajian, tahap kemahiran employabiliti para graduan aliran MPV didapati berada pada tahap yang tinggi. Tiada perbezaan signifikan diperoleh untuk tahap kemahiran employabiliti secara keseluruhan berdasarkan jantina dan bidang pengajian para graduan aliran MPV. Dapatan kajian turut menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara status semasa dengan tahap kemahiran employabiliti para graduan aliran MPV. Hasil daripada kajian ini, adalah dicadangkan supaya satu mekanisma pemilihan pelajar yang lebih efisien dan sistematik untuk mengikut sesuatu program berbentuk Teknikal dan Vokasional (PTV) perlu dikenal pasti dan dilaksanakan. Para pelajar perlu didedahkan dengan pelbagai ujian minat,kebolehan dan kecenderungan, supaya mereka dapat mengetahui minat,potensi dan keupayaan diri sendiri yang sebenar. Sesi kaunseling kerjaya yang lebih mapan dan berkesan perlu dilaksanakan pada peringkat awal,iaitu sebelum pelajar memilih program PTV yang ingin diikuti. Hasil kajian ini turut menunjukkan, guru-guru PTV turut memainkan peranan penting dalam membuka minda pelajar mengenai peluang-peluang pekerjaan, perniagaan dan menyambung pelajaran dalam sesuatu bidang yang telah dipelajari.
format Thesis
qualification_level Master's degree
author Apparao, Prakas Rao
author_facet Apparao, Prakas Rao
author_sort Apparao, Prakas Rao
title Pelaksanaan mata pelajaran vokasional dan kesannya terhadap kemahiran kebolehpasaran pelajar
title_short Pelaksanaan mata pelajaran vokasional dan kesannya terhadap kemahiran kebolehpasaran pelajar
title_full Pelaksanaan mata pelajaran vokasional dan kesannya terhadap kemahiran kebolehpasaran pelajar
title_fullStr Pelaksanaan mata pelajaran vokasional dan kesannya terhadap kemahiran kebolehpasaran pelajar
title_full_unstemmed Pelaksanaan mata pelajaran vokasional dan kesannya terhadap kemahiran kebolehpasaran pelajar
title_sort pelaksanaan mata pelajaran vokasional dan kesannya terhadap kemahiran kebolehpasaran pelajar
granting_institution Universiti Putra Malaysia
publishDate 2014
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/52078/1/FPP%202014%2024RR.pdf
_version_ 1747812088034623488