Faktor-faktor yang mempengaruhi potensi agro- pelancongan dalam kalangan komuniti nelayan di desa wawasan nelayan

Pada tahun 2007, Lembaga Kemajuan Perikanan Malaysia (LKIM) telah memperkenalkan satu produk pelancongan baharu berasaskan kepada konsep agro-pelancongan di Desa Wawasan Nelayan (DWN) dengan matlamat utamanya adalah untuk membangunkan komuniti nelayan serta memperkasakan ekonomi komuniti pesisir pan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhammad, Mahazan
Format: Thesis
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/56829/1/IPSS%202015%201RR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pada tahun 2007, Lembaga Kemajuan Perikanan Malaysia (LKIM) telah memperkenalkan satu produk pelancongan baharu berasaskan kepada konsep agro-pelancongan di Desa Wawasan Nelayan (DWN) dengan matlamat utamanya adalah untuk membangunkan komuniti nelayan serta memperkasakan ekonomi komuniti pesisir pantai khususnya komunti nelayan. Kebanyakan kajian lepas telah membuat kesimpulan bahawa agropelancongan membawa potensi positif terhadap pembangunan ekonomi. Namun begitu, kebanyakan subjek kajian lebih tertumpu kepada komuniti petani dan kurangnya kajian terhadap komuniti nelayan telah mewujudkan jurang dalam penyelidikan ini. Sehubungan dengan itu, kajian ini cuba merapatkan jurang yang wujud ini dengan menjalankan kajian potensi agropelancongan dalam konteks komuniti nelayan. Secara khususnya, kajian ini dijalankan untuk:1) mengenal pasti tahap potensi agro-pelancongan; 2) mengenal pasti tahap penglibatan, pemerkasaan dan pengetahuan komuniti nelayan terhadap agro-pelancongan; 3) menentukan perkaitan di antara penglibatan, pemerkasaan dan pengetahuan terhadap potensi agro-pelancongan; dan 4) untuk mengenal pasti faktor-faktor peramal yang mempengaruhi potensi agro-pelancongan. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif melalui kaedah tinjauan menggunakan borang soal selidik menggunakan teknik persampelan secara rawak berlapis. Sebanyak 282 orang responden yang mewakili 10 buah kampung DWN di semenanjung Malaysia telah menjadi responden kajian. Data kajian yang telah dikumpulkan telah dianalisis menggunakan perisian SPSS dan AMOS untuk analisis statistik deskriptif dan inferensi. Hasil kajian menunjukkan responden dalam kalangan komuniti nelayan berpandangan bahawa agro-pelancongan di tempat mereka mempunyai potensi pada tahap yang tinggi khususnya dalam pembangunan ekonomi,manakala dari faktor pembolehubah bebas pula penglibatan mencatatkan pada tahap rendah, manakala bagi pemerkasaan dan pengetahuan pada tahap tinggi. Keputusan analisis ujian korelasi menunjukkan bahawa pekali korelasi antara ketiga-tiga pasang pembolehubah bebas (penglibatan, pemerkasaan dan pengetahuan) menunjukkan terdapatnya perkaitan yang signifikan terhadap pembolehubah bersandar iaitu potensi agro-pelancongan. Begitu juga bagi analisis regresi di mana ketiga-tiga pembolehubah bebas merupakan faktor peramal yang signifikan bagi pembolehubah bersandar. Ini bererti potensi agro-pelancongan dipengaruhi oleh penglibatan, pemerkasaan dan pengetahuan. Hasil kajian ini juga tidak bercanggah dengan teori pertukaran sosial yang menunjukkan bahawa seseorang yang menerima kesan baik pelancongan akan bertindak balas dengan bersama-sama mengambil bahagian ataupun akan menyokong pembangunan pelancongan untuk manfaat di masa depan komuniti mereka. Kajian ini mendapati bahawa agro-pelancongan berpotensi untuk membangunkan komuniti nelayan terutamanya dari sudut pembangunan ekonomi, namun begitu beberapa penambahbaikan perlu dibuat supaya kesan positif dari potensi agro-pelancongan ini betul-betul dapat dinikmati secara maksimum oleh komuniti tempatan. Antara penambahbaikan yang mungkin boleh dilakukan adalah dengan meningkatkan lagi penglibatan komuniti tempatan secara aktif dalam proses perancangan pembangunan dan penglibatan dalam aktiviti yang boleh menjana ekonomi mereka; memberi latihan kemahiran dan pengetahuan berkaitan pelancongan; menjalankan promosi dan memberi kesedaran kepada penduduk setempat untuk merebut peluang dan menggalakkan pengunjung untuk melawat perkampungan nelayan; memperkasakan komuniti nelayan dalam pembangunan agropelancongan;dan menjalankan proses penilaian program agro-pelancongan secara berkala. Dengan usaha penambahbaikan tersebut, diharap dapat menjadikan aktiviti dan program agro-pelancongan DWN akan menjadi lebih mampan dan mencapai sasaran utamanya iaitu meningkatkan taraf sosioekonomi keluarga nelayan.