Penilaian esei-esei kritikan drama dalam Dewan Sastera tahun 2000-2010
Kajian terhadap bidang esei kritikan drama merupakan kajian yang agak terkemudian hadir dalam bidang kritikan di negara ini berikutan kelewatan kehadiran genre drama itu sendiri. Melihat kepada kajian-kajian terhadap bidang esei kritikan drama sebelum ini, kebanyakannya bertumpu kepada keberkesanan...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/56951/1/FBMK%202015%2012RR.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian terhadap bidang esei kritikan drama merupakan kajian yang agak terkemudian hadir dalam bidang kritikan di negara ini berikutan kelewatan kehadiran genre drama itu sendiri. Melihat kepada kajian-kajian terhadap bidang esei kritikan drama sebelum ini, kebanyakannya bertumpu kepada keberkesanan penulisan esei kritikan drama itu sendiri berdasarkan kepada aspek pendekatan. Keberkesanan di sini bermaksud cara penulisan esei kritikan drama tersebut dalam mendapatkan mutu penulisan kritikan yang baik. Walau bagaimanapun masih terdapat sedikit kelompangan terhadap kajiankajian yang dilakukan sebelum ini iaitu dalam mendapatkan penulisan esei kritikan drama yang berkesan, hanya aspek pendekatan sahaja yang dilihat. Tiada aspek lain yang diberi perhatian. Justeru, kajian ini dilakukan bagi mengisi kelompangan terhadap kajian-kajian terdahulu dengan melihat penilaian esei kritikan drama berdasarkan kerangka penilaian esei kritikan drama. Penilaian esei kritikan drama yang dinilai adalah berdasarkan aspek penggunaan pendekatan, pengolahan bahasa, penghujahan dan penganalisisan serta aspek isu atau polemik. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Untuk melaksanakannya, pengkaji menggunakan kaedah analisis dokumen iaitu majalah Dewan Sastera dari Januari 2000 hingga Disember 2010. Hasil kajian ini mendapati sebanyak empat buah esei kritikan drama sahaja yang mengikuti kesemua penilaian esei kritikan drama manakala yang selebihnya ada yang mengikuti aspek yang dinyatakan dan ada yang tidak. Ini memberi gambaran bahawa penilaian esei kritikan drama masih lagi perlu diperdalam dalam mendapatkan kritikan yang bernilai dan bermutu. |
---|