Aplikasi sistem maklumat geografi dalam pengurusan institusi wakaf di Selangor

Penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji potensi bagi mengaplikasikan perisian berteknologi tinggi Sistem Maklumat Geografi (GIS) ke dalam pengurusan dan pentadbiran institusi wakaf yang kini diuruskan berdasarkan undang-undang Islam. Kajian dijalankan menerusi rekabentuk kualitatif yang merupakan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: W Mohd Sidik, Nik Mohd Saiful
Format: Thesis
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/58241/1/FEM%202015%2027%20D.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji potensi bagi mengaplikasikan perisian berteknologi tinggi Sistem Maklumat Geografi (GIS) ke dalam pengurusan dan pentadbiran institusi wakaf yang kini diuruskan berdasarkan undang-undang Islam. Kajian dijalankan menerusi rekabentuk kualitatif yang merupakan kajian bukan eksperimental yang menjurus kepada kajian kes yang dijalankan di negeri Selangor. Data dikumpul dengan menggunakan kaedah analisis kandungan (content analysis) dan temu bual terhadap pegawaipegawai di Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Penganalisisan data adalah dengan menggunakan aplikasi GIS (Geographical Information System) iaitu ArcGIS versi 9.3. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) adalah pemegang amanah yang bertanggungjawab menguruskan urusan harta wakaf di Selangor. Di Selangor, terdapat 832 lot tanah yang direkod sebagai tanah yang diwariskan oleh MAIS. Dari 832 lot tanah tersebut, 517 diletakkan di bawah kategori wakaf am dan selebihnya di bawah kategori wakaf khas. Tanah ini digunakan sebagai tapak pembinaan untuk masjid, rumah anak-anak yatim dan sekolah. Data harta wakaf perlu dikemaskini dengan cara yang sistematik kerana ia boleh memudahkan pengurusan dan perancangan. Penggunaan perisian GIS dapat membantu untuk mencapai pengurusan harta wakaf yang lancar. Tanah wakaf boleh dipindahkan kepada bentuk peta dan dikategorikan mengikut potensi kegunaannya dengan menggunakan perisian ini. Setelah dikategorikan, tanah-tanah ini boleh dianalisis dan digunakan untuk pembangunan perancangan yang boleh memberikan manfaat kepada komuniti. Sistem ini boleh dipercayai dan patut dikomersialisasikan untuk penggunaan seluruh negara. Hasil dapatan, pengkaji telah mengenal pasti potensi aplikasi GIS di dalam pengurusan Institusi Wakaf di Negeri Selangor. Kedudukan (positioning) dan penjenisan institusi wakaf semasa di Selangor dapat dikenal pasti melalui pemetaan. Potensi pembangunan institusi wakaf juga dikenal pasti dengan merujuk kepada masalah-masalah tanah wakaf di Selangor. Kajian ini dapat memberi input terhadap potensi pembangunan institusi wakaf yang berperanan untuk memberi akses kepada pembangunan umat Islam. Dengan ini juga, keperluan dan pembangunan institusi wakaf dapat dilaksanakan secara efektif dan tersusun yang akhirnya menyumbang kepada kemajuan negara.