Pemikiran dalam Cerpen Uthaya Sankar SB dari Aspek Interteksualiti

Uthaya Sankar SB merupakan penulis generasi baru yang gemar menghasilkan cerpen-cerpen yang bercorak eksperimental. Cerpencerpen penulis generasi baru sering dikatakan sukar difahami, abstrak serta memerlukan daya taakulan yang kritis.Justeru, 66 buah cerpen Uthaya Sankar SB daripada Kumpulan ce...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Seetha Raman, Raja Rajeshwari
Format: Thesis
Language:English
Published: 2005
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/5879/1/FBMK_2005_18%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Uthaya Sankar SB merupakan penulis generasi baru yang gemar menghasilkan cerpen-cerpen yang bercorak eksperimental. Cerpencerpen penulis generasi baru sering dikatakan sukar difahami, abstrak serta memerlukan daya taakulan yang kritis.Justeru, 66 buah cerpen Uthaya Sankar SB daripada Kumpulan cerpen Orang Dimensi, Sim Kambam, Surat dari Madras, Sasterawan Pulau Cinta serta cerpen-cerpen eceran yang tersiar dalam media cetak perdana sehingga tahun 2000 dikaji untuk menentukan corak pemikiran, teknik penceritaan yang dominan serta pengaruh intertekstualiti yang ketara dalam cerpen-cerpen tersebut. Melalui penerapan teori intertekstualiti dapat diketahui bagaimana proses intertekstualiti mempengaruhi penciptaan sesebuah cerpen, prinsip-prinsip yang dominan serta pengaruh unsur-unsur luaran dalam menentukan corak pemikiran serta teknik penceritaan yang pelbagai dalam karya. Hasil analisis juga mernbuktikan bahawa karya adalah cerrninan diri pengarang kerana unsur-unsur luaran dalam teori intertekstualiti seperti unsur tradisi, sosial, budaya, sejarah, falsafah, pembacaan, pengalaman dan ideologi tetap berdialog dengan unsur-unsur dalarn diri pengarang ketika proses penciptaan. Cerpen-cerpen Uthaya Sankar SB yang sating melengkapi bagai jaringan web dapat difahami melalui penerapan teori intertekstualiti.