Penggunaan teknik dan intervensi kaunseling dalam menangani pelajar berisiko di sekolah menengah

Kajian deskriptif tinjauan ini bertujuan untuk mengenalpasti penggunaan teknik dan intervensi kaunseling yang digunakan oleh guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani pelajar berisiko di sekolah menengah dengan memberi fokus pada dua aspek iaitu teknik berasaskan teori kaunseling dan kaedah int...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ahmad Kamil, Munirah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/59708/1/FPP%202013%2079IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian deskriptif tinjauan ini bertujuan untuk mengenalpasti penggunaan teknik dan intervensi kaunseling yang digunakan oleh guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani pelajar berisiko di sekolah menengah dengan memberi fokus pada dua aspek iaitu teknik berasaskan teori kaunseling dan kaedah intervensi bagi pelajar berisiko. Seramai 140 orang guru bimbingan dan kaunseling di sekolah menengah di Selangor terlibat dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan ialah Inventori Penggunaan Teknik dan Intervensi Kaunseling (IPTIK) yang dibina sendiri oleh pengkaji selari dengan tujuan kajian. Inventori ini mempunyai nilai kesahan kandungan di antara .79 hingga .88 manakala nilai kebolehpercayaan keseluruhan ialah .969. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian telah memberikan bukti empirikal tentang penggunaan secara sangat kerap bagi teknik mendengar secara aktif (66.4%) dan tahap penggunaan yang tinggi bagi pendekatan kognitif (min=3.56,sp=.760). Di samping itu, dapatan kajian turut membuktikan penggunaan secara sangat kerap bagi kaedah bimbingan individu (60.7%) dan tahap penggunaan yang tinggi bagi kaedah intervensi secara individu (min=4.18, sp=.655) dalam intervensi kaunseling yang dijalankan oleh guru bimbingan dan kaunseling kepada pelajar berisiko. Dapatan kajian juga telah mengenalpasti lima masalah disiplin yang paling banyak pernah ditangani oleh guru bimbingan dan kaunseling dengan masing-masing mencatatkan 99.3% iaitu menghisap rokok,mengganggu pengajaran dan pembelajaran, tidak menghormati guru, bermain dalam kelas dan ponteng sekolah. Kesimpulannya, intervensi kaunseling bagi pelajar berisiko telah dilakukan secara komprehensif demi membantu perkembangan kendiri dan mengubah tingkah laku mereka sekaligus dapat mengurangkan masalah disiplin di sekolah dengan mengaplikasikan teknik berasaskan teori kaunseling dan kaedah intervensi yang tertentu. Hal tersebut adalah selari dengan Teori Pembelajaran Sosial yang mengambil kira peranan kognitif dalam pembentukan tingkah laku seseorang remaja selain menjelaskan bahawa tingkah laku manusia ialah akibat daripada pengaruh interaksi antara kognitif, persekitaran dan perlakuan manusia lain. Justeru, dapatan kajian ini telah memberikan input kepada pelbagai pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam intervensi kaunseling bagi pelajar berisiko di sekolah menengah.