Persepsi pelajar dan guru terhadap program rancangan integrasi murid untuk perpaduan di sekolah menengah, Kuala Lumpur

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesan program RIMUP terhadap integrasi kaum dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Kajian meninjau persepsi pelajar seramai 356 orang yang telah mengikuti aktiviti program RIMUP selama tiga tahun. Persepsi guru seramai 162 orang juga dikaji kerana mereka me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ariffin, Rahayu
Format: Thesis
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/59914/1/FPP%202015%2067IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-upm-ir.59914
record_format uketd_dc
institution Universiti Putra Malaysia
collection PSAS Institutional Repository
language English
topic Social integration
Nationalism and education

spellingShingle Social integration
Nationalism and education

Ariffin, Rahayu
Persepsi pelajar dan guru terhadap program rancangan integrasi murid untuk perpaduan di sekolah menengah, Kuala Lumpur
description Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesan program RIMUP terhadap integrasi kaum dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Kajian meninjau persepsi pelajar seramai 356 orang yang telah mengikuti aktiviti program RIMUP selama tiga tahun. Persepsi guru seramai 162 orang juga dikaji kerana mereka merupakan pelaksana aktiviti program RIMUP. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif dan menggunakan reka bentuk ex pos facto, serta kaedah pengumpulan data secara tinjauan. Alat kajian adalah borang soal selidik yang mengukur integrasi kaum dalam kalangan pelajar dalam lima dimensi integrasi program RIMUP: Integrasi Umum (IU); Integrasi Belajar (IB); Integrasi Budaya dan Adat Resam (IBDAR); Integrasi Bina Negara dan Patriotisme (IBNDP); dan Integrasi Masyarakat Prihatin (IMP). Dapatan kajian menunjukkan pelajar berpersepsi bahawa wujudnya peningkatan integrasi kaum yang ketara dalam kelima-lima dimensi integrasi yang terdapat di dalam aktiviti program RIMUP. Secara keseluruhannya, Integrasi Belajar (IB) menunjukkan peningkatan tahap integrasi yang paling tinggi dan ini diikuti dengan Integrasi Umum (IU), Integrasi Budaya dan Adat Resam (IBDAR), Integrasi Bina Negara dan Patriotisme (IBNDP) dan integrasi Integrasi Masyarakat Prihatin (IMP). Dalam kajian ini instrumen Ramli et al ( 2010 ) telah digunakan dan diubahsuai mengikut kesesuaian kajian iaitu dari aspek kategori sekolah. Ujian inferensi yang digunakan ialah analisis ujian t berpasangan, ujian t bebas dan Anova Sehala. Dapatan kajian menunjukkan tahap integrasi kaum berdasarkan jantina secara keseluruhannya menunjukkan tahap integrasi pelajar perempuan adalah lebih tinggi dari pelajar lelaki sebelum mengikuti aktiviti RIMUP. Tahap integrasi ini meningkat selepas mengikuti aktiviti RIMUP dan pada masa yang sama tahap integrasi pelajar perempuan masih lebih tinggi berbanding pelajar lelaki selepas mengikuti aktiviti RIMUP. Selain itu, terdapat perbezaan yang signifikan tentang tahap integrasi berdasarkan aspek etnik sebelum pelajar mengikuti aktiviti RIMUP. Selepas pelajar mengikuti aktiviti tersebut tidak terdapat perbezaan yang signifikan, walaubagaimanapun terdapat peningkatan dalam tahap integrasi kaum selepas pelajar mengikuti aktiviti program RIMUP. Dapatan kajian juga menunjukkan tahap integrasi pelajar Melayu adalah lebih tinggi berbanding dengan pelajar Cina dan India di dalam dimensi Integrasi Budaya dan Adat Resam (IBDAR); Integrasi Bina Negara dan Patriotisme (IBNDP); dan Integrasi Masyarakat Prihatin (IMP). Di samping itu juga, terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap integrasi dengan aspek pencapaian akademik pelajar sebelum pelajar mengikuti aktiviti program RIMUP. Namun begitu, tiada perbezaan yang signifikan selepas pelajar mengikuti aktiviti tersebut. Ini menunjukkan bahawa jurang integrasi yang wujud berdasarkan etnik dan pencapaian akademik sebelum pelajar mengikuti aktiviti RIMUP telah dapat diatasi selepas mereka mengikuti aktiviti program. Guru berpersepsi bahawa tahap integrasi pelajar pelbagai kaum yang terlibat dengan program RIMUP dalam keseluruhan dimensi adalah pada tahap yang tinggi. Semasa pelaksanaan program RIMUP, terdapat halangan-halangan atau masalah yang dihadapi oleh guru seperti kekurangan sumber kewangan, kekurangan masa, kekurangan peralatan dan kurang mendapat maklumat mengenai Program RIMUP. Terdapat implikasi praktikal dan teoritikal di dalam kajian ini. Di antara implikasi praktikal ialah pihak sekolah bekerjasama dengan pihak PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) untuk memperluaskan lagi penyertaan pelajar pelbagai kaum di dalam aktiviti program RIMUP. Selain itu, implikasi teorikal di dalam kajian ini mendapati bahawa dapatan kajian adalah selaras dengan teori integrasi iaitu Teori Perhubungan Sosial. Kajian juga mencadangkan supaya program RIMUP diperkasakan melalui penglibatan pelbagai pihak berkepentingan seperti pihak media massa, badan-badan bukan kerajaan (NGO), swasta dan koporat. Ini adalah penting kerana semua pihak perlu berganding bahu untuk mempertingkatkan lagi pelaksanaan aktiviti program RIMUP di sekolah.
format Thesis
qualification_level Master's degree
author Ariffin, Rahayu
author_facet Ariffin, Rahayu
author_sort Ariffin, Rahayu
title Persepsi pelajar dan guru terhadap program rancangan integrasi murid untuk perpaduan di sekolah menengah, Kuala Lumpur
title_short Persepsi pelajar dan guru terhadap program rancangan integrasi murid untuk perpaduan di sekolah menengah, Kuala Lumpur
title_full Persepsi pelajar dan guru terhadap program rancangan integrasi murid untuk perpaduan di sekolah menengah, Kuala Lumpur
title_fullStr Persepsi pelajar dan guru terhadap program rancangan integrasi murid untuk perpaduan di sekolah menengah, Kuala Lumpur
title_full_unstemmed Persepsi pelajar dan guru terhadap program rancangan integrasi murid untuk perpaduan di sekolah menengah, Kuala Lumpur
title_sort persepsi pelajar dan guru terhadap program rancangan integrasi murid untuk perpaduan di sekolah menengah, kuala lumpur
granting_institution Universiti Putra Malaysia
granting_department Faculty of Educational Studies
publishDate 2014
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/59914/1/FPP%202015%2067IR.pdf
_version_ 1747812255946244096
spelling my-upm-ir.599142018-03-30T01:31:42Z Persepsi pelajar dan guru terhadap program rancangan integrasi murid untuk perpaduan di sekolah menengah, Kuala Lumpur 2014-09 Ariffin, Rahayu Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesan program RIMUP terhadap integrasi kaum dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Kajian meninjau persepsi pelajar seramai 356 orang yang telah mengikuti aktiviti program RIMUP selama tiga tahun. Persepsi guru seramai 162 orang juga dikaji kerana mereka merupakan pelaksana aktiviti program RIMUP. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif dan menggunakan reka bentuk ex pos facto, serta kaedah pengumpulan data secara tinjauan. Alat kajian adalah borang soal selidik yang mengukur integrasi kaum dalam kalangan pelajar dalam lima dimensi integrasi program RIMUP: Integrasi Umum (IU); Integrasi Belajar (IB); Integrasi Budaya dan Adat Resam (IBDAR); Integrasi Bina Negara dan Patriotisme (IBNDP); dan Integrasi Masyarakat Prihatin (IMP). Dapatan kajian menunjukkan pelajar berpersepsi bahawa wujudnya peningkatan integrasi kaum yang ketara dalam kelima-lima dimensi integrasi yang terdapat di dalam aktiviti program RIMUP. Secara keseluruhannya, Integrasi Belajar (IB) menunjukkan peningkatan tahap integrasi yang paling tinggi dan ini diikuti dengan Integrasi Umum (IU), Integrasi Budaya dan Adat Resam (IBDAR), Integrasi Bina Negara dan Patriotisme (IBNDP) dan integrasi Integrasi Masyarakat Prihatin (IMP). Dalam kajian ini instrumen Ramli et al ( 2010 ) telah digunakan dan diubahsuai mengikut kesesuaian kajian iaitu dari aspek kategori sekolah. Ujian inferensi yang digunakan ialah analisis ujian t berpasangan, ujian t bebas dan Anova Sehala. Dapatan kajian menunjukkan tahap integrasi kaum berdasarkan jantina secara keseluruhannya menunjukkan tahap integrasi pelajar perempuan adalah lebih tinggi dari pelajar lelaki sebelum mengikuti aktiviti RIMUP. Tahap integrasi ini meningkat selepas mengikuti aktiviti RIMUP dan pada masa yang sama tahap integrasi pelajar perempuan masih lebih tinggi berbanding pelajar lelaki selepas mengikuti aktiviti RIMUP. Selain itu, terdapat perbezaan yang signifikan tentang tahap integrasi berdasarkan aspek etnik sebelum pelajar mengikuti aktiviti RIMUP. Selepas pelajar mengikuti aktiviti tersebut tidak terdapat perbezaan yang signifikan, walaubagaimanapun terdapat peningkatan dalam tahap integrasi kaum selepas pelajar mengikuti aktiviti program RIMUP. Dapatan kajian juga menunjukkan tahap integrasi pelajar Melayu adalah lebih tinggi berbanding dengan pelajar Cina dan India di dalam dimensi Integrasi Budaya dan Adat Resam (IBDAR); Integrasi Bina Negara dan Patriotisme (IBNDP); dan Integrasi Masyarakat Prihatin (IMP). Di samping itu juga, terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap integrasi dengan aspek pencapaian akademik pelajar sebelum pelajar mengikuti aktiviti program RIMUP. Namun begitu, tiada perbezaan yang signifikan selepas pelajar mengikuti aktiviti tersebut. Ini menunjukkan bahawa jurang integrasi yang wujud berdasarkan etnik dan pencapaian akademik sebelum pelajar mengikuti aktiviti RIMUP telah dapat diatasi selepas mereka mengikuti aktiviti program. Guru berpersepsi bahawa tahap integrasi pelajar pelbagai kaum yang terlibat dengan program RIMUP dalam keseluruhan dimensi adalah pada tahap yang tinggi. Semasa pelaksanaan program RIMUP, terdapat halangan-halangan atau masalah yang dihadapi oleh guru seperti kekurangan sumber kewangan, kekurangan masa, kekurangan peralatan dan kurang mendapat maklumat mengenai Program RIMUP. Terdapat implikasi praktikal dan teoritikal di dalam kajian ini. Di antara implikasi praktikal ialah pihak sekolah bekerjasama dengan pihak PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) untuk memperluaskan lagi penyertaan pelajar pelbagai kaum di dalam aktiviti program RIMUP. Selain itu, implikasi teorikal di dalam kajian ini mendapati bahawa dapatan kajian adalah selaras dengan teori integrasi iaitu Teori Perhubungan Sosial. Kajian juga mencadangkan supaya program RIMUP diperkasakan melalui penglibatan pelbagai pihak berkepentingan seperti pihak media massa, badan-badan bukan kerajaan (NGO), swasta dan koporat. Ini adalah penting kerana semua pihak perlu berganding bahu untuk mempertingkatkan lagi pelaksanaan aktiviti program RIMUP di sekolah. Social integration Nationalism and education 2014-09 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/59914/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/59914/1/FPP%202015%2067IR.pdf text en public masters Universiti Putra Malaysia Social integration Nationalism and education Faculty of Educational Studies