Hubungan Antara Motivasi Integratif Dengan Pencapaian Bahasa Melayu Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Persendirian Cina

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pemboleh ubah yang terlibat dalam usaha seseorang pelajar Cina menguasai Bahasa Melayu dan menentukan hubungannya dengan prestasi pencapaian Bahasa Melayu. Kajian ini memberi tumpuan terhadap hubungan motivasi integratif dengan pencapaian Bahasa Mel...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Teoh, Hee Chong
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2005
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6441/1/FPP_2005_10.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pemboleh ubah yang terlibat dalam usaha seseorang pelajar Cina menguasai Bahasa Melayu dan menentukan hubungannya dengan prestasi pencapaian Bahasa Melayu. Kajian ini memberi tumpuan terhadap hubungan motivasi integratif dengan pencapaian Bahasa Melayu di Sekolah Persendirian Cina, Malaysia. Kajian ini juga menyiasat hubungan pencapaian Bahasa Melayu dengan empat pemboleh ubah sikap/motivasi dalam model sosiopendidikan Gardner: sikap terhadap situasi pembelajaran, motivasi, orientasi integratif, dan orientasi instrumental. Model sosiopendidikan pemerolehan bahasa kedua menyarankan bahawa pembelajaran bahasa merupakan satu proses yang dinamik iaitu pemboleh ubah yang berkesan akan mempengaruhi pencapaian bahasa. Kajian ini mengubahsuai Attitude/Motivation Test Battery yang dimajukan oleh Gardner (1985). PMR (Penilaian Menengah Rendah), peperiksaan UEC ( United Examination Certificate), dan penilaian diri digunakan sebagai ukuran terhadap pencapaian Bahasa Melayu. Sampel kajian terdiri daripada 318 orang pelajar tingkatan empat (senior one) dalam bilik dajah yang formal di Sekolah Persendirian Cina, Kuala Lumpur. Dapatan kajian jelas menunjukkan korelasi antara pencapaian dengan motivasi adalah lebih tinggi (nilai Cramer's V = 0.195) berbanding pencapaian dengan motivasi integratif, sikap terhadap situasi pembelajaran, orientasi integratif, atau orientasi instrumental. Bagaimanapun, dapatan keseluruhan menunjukkan hubungan antara pencapaian dengan pemboleh ubah terlibat adalah lemah. Hanya motivasi integratif dan motivasi menunjukkan korelasi yang signifikan dengan pencapaian Bahasa Melayu. Hasil kajian menjelaskan bahawa pelajar perempuan lebih bermotivasi berbanding pelajar lelaki. Hasil kajian juga menjelaskan pelajar di Sekolah Persendirian Cina lebih cenderung kepada orientasi integratif berbanding orientasi instrumental. Walau bagaimanapun, perbezaan orientasi ini tidak wujud dari segi perbezaan jantina. Akhir sekali, kebanyakan pelajar Cina mempunyai sikap yang positif (71.4%) terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Berdasarkan kajian, boleh dirumuskan bahawa dapatan penyelidikan ini pada dasarnya mengesahkan model sosiopendidikan Gardner. Satu-satunya perbezaan ialah konsep motif integratif tidak menunjukkan korelasi yang tinggi seperti yang dijangkakan. Adalah dicadangkan bahawa guru hams mempelbagaikan alat pengukuran untuk menguji pencapaian pelajar dalam pembelajaran bahasa, meninggikan kemahiran metakognitif pelajar, strategi pembelajaran, meninggikan motivasi mereka, dan memberi kepastian terhadap orientasi integratif mereka.