Hubungan kepuasan kerja dengan kecerdasan emosi dalam kalangan warga Polis Diraja Malaysia di Ibu Pejabat Polis Daerah, Selangor, Malaysia

Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) merupakan badan penguatkuasa utama negara (Mohamed Subri, 2011; Navaretnam, 2011). Tugas sebagai seorang anggota Polis menuntut kesiapsiagaan sepanjang masa dalam menghadapi sebarang kemungkinan luar jangka (Aslie, 2004). Menyedari hakikat tugas dan tangg...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Che Yusoff, Erny Yusnida
Format: Thesis
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66768/1/FEM%202016%2032%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) merupakan badan penguatkuasa utama negara (Mohamed Subri, 2011; Navaretnam, 2011). Tugas sebagai seorang anggota Polis menuntut kesiapsiagaan sepanjang masa dalam menghadapi sebarang kemungkinan luar jangka (Aslie, 2004). Menyedari hakikat tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan, keupayaan mengurus kecerdasan emosi menghadapi cabaran berkhidmat dalam sebuah organisasi yang berteraskan disiplin adalah amat penting.Fokus utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti hubungan di antara tahap kepuasan kerja dengan tahap kecerdasan emosi dalam kalangan anggota Polis DiRaja Malaysia. Responden kajian terdiri daripada 400 orang anggota Polis pelbagai pangkat (Konstable hingga Deputy Superintenden Police) yang sedang berkhidmat di IPPD Subang Jaya, Selangor. Data kajian dianalisis menggunakan SPSS versi 22, sementara Ujian keesahan dan kebolehpercayaan, analisis deskriptif, analisis kolerasi Pearson, analisis ANOVA dan Post Hoc, Ujian T dan analisis Regresi Berganda digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap kepuasan kerja dengan tahap kecerdasan emosi, manakala perbezaan tahap kecerdasan emosi berdasarkan faktor demografi mendapati faktor gaji dan cawangan berkhidmat tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan sementara dimensi rakan sekerja faktor penggerak pula dikenalpasti sebagai penyumbang utama terhadap kecerdasan emosi responden. Kesimpulannya, dapatan kajian membuktikan Teori Dua Faktor Herzberg sesuai untuk menerangkan konteks dalam organisasi PDRM dan dapatan kajian ini sesuai dijadikan rujukan dalam merangka intervensi menyeluruh program pembangunan modal insan ke arah pemantapan kecerdasan emosi bagi mengurangkan statistik salah laku dalam kalangan warganya memandangkan kedua-dua elemen ini adalah faktor peramal penting dalam menjaga keharmonian organisasi PDRM.