Kesan program permainan terhadap kemahiran motor kasar kanak-kanak prasekolah di Negeri Sembilan, Malaysia

Kajian ini menumpukan kepada bidang perkembangan motor kasar dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Perkembangan kemahiran motor kasar yang selari dengan umur kronologi melalui aktiviti fizikal menjadikan kanak-kanak menguasai kemahiran lokomotor dan kemahiran kawalan objek. Kajian ini bertujuan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: K. Saundarajan, Kavitha
Format: Thesis
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66920/1/FPP%202016%2037%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini menumpukan kepada bidang perkembangan motor kasar dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Perkembangan kemahiran motor kasar yang selari dengan umur kronologi melalui aktiviti fizikal menjadikan kanak-kanak menguasai kemahiran lokomotor dan kemahiran kawalan objek. Kajian ini bertujuan untuk menentukan kesan program permainan ke atas skor kesetaraan umur lokomotor, skor kesetaraan umur kawalan objek dan skor kemahiran motor kasar. Kajian adalah berbentuk kuasi eksperimen yang melibatkan kanak-kanak yang berumur enam tahun di sebuah sekolah prasekolah di Bandar Seremban yang mengikuti pengajaran Fizikal dan Estetika melalui Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Saiz sampel kajian terdiri daripada 50 kanak-kanak prasekolah ( L=32, P=18) kaedah persampelan berlapis dan persampelan mudah. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah inventori Test Of Gross Motor Development-2 (TGMD-2) yang dibangunkan oleh Ulrich (2000). Data yang diperolehi melalui ujian keupayaan motor merangkumi enam ujian lokomotor dan enam ujian kawalan objek. Analisis MANOVA dan MANCOVA digunakan untuk menentukan kesan program intervensi dengan mengawal ujian pra. Dapatan : Dapatan daripada ujian pra menunjukkan bahawa pemboleh ubah bersandar GMDQ menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan iaitu GMDQ [F( 1,48)=2.035; p>0.05, eta squared =.041]. Ujian Pasca pula menunjukkan terdapat kesan program permainan yang signifikan terhadap kemahiran motor kasar kanak-kanak prasekolah. Terdapat perbezaan yang signifikan bagi min perkembangan motor kasar [F(3,46)=11.296;p<0.05, eta squared=.424] antara kumpulan kawalan dan rawatan. Analisis ujian Univariat F, menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor ujian pasca bagi pemboleh ubah bersandar GMDQ [F(1,48)=20.215; p<0.05, eta squared=.296], AEL [F(1,48)=21.324; p<0.05, eta squared = .308] dan AEM [(1,48)=24.71; p<0.05, eta squared = .340] bagi kumpulan rawatan dan kawalan. Perbincangan : Berdasarkan kajian ini didapati tahap perkembangan motor kasar kanak-kanak prasekolah tidak setara dengan umur lokomotor dan kawalan objek. Secara keseluruhannya tahap perkembangan motor kanak-kanak prasekolah berada pada tahap yang rendah. Keputusan analisis menyokong program intervensi yang menggunakan program permainan dapat membantu meningkatkan tahap kemahiran motor kasar kanak-kanak kumpulan rawatan. Oleh yang demikian, Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan Pendidikan Fizikal Dan Estetika perlu dikaji semula dengan menambah elemen-elemen yang berkaitan dengan kemahiran motor kasar kanak-kanak yang berbentuk permainan.