Penggunaan flora sebagai perumpamaan di dalam al-Quran

Allah S.W.T menggunakan flora sebagai perumpamaan untuk memberi pengaruh yang positif kepada jiwa manusia. Flora yang dinyatakan secara khusus dalam al-Qur’an al- Karim mempunyai kelebihan, keistimewaan dan terdapat juga hikmah yang tersendiri sehingga flora tersebut dinyatakan oleh Allah S.W....

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Saleh, Solehah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67391/1/FBMK%202017%2060%20%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Allah S.W.T menggunakan flora sebagai perumpamaan untuk memberi pengaruh yang positif kepada jiwa manusia. Flora yang dinyatakan secara khusus dalam al-Qur’an al- Karim mempunyai kelebihan, keistimewaan dan terdapat juga hikmah yang tersendiri sehingga flora tersebut dinyatakan oleh Allah S.W.T dalam al-Qur’an. Hal ini menimbulkan persoalan mengapa flora tertentu sahaja dijadikan sebagai perumpamaan dalam al-Qur’an? Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis flora, menghuraikan bentuk pembahagian perumpamaan flora serta menjelaskan hikmah penggunaan flora tersebut sebagai perumpamaan dalam al-Qur’an. Kajian ini berbentuk kajian kepustakaan melalui pendekatan kualitatif. Kaedah analisis kandungan digunakan bagi menganalisis ayat yang mengandungi perumpamaan dalam al-Qur’an dari aspek flora. Ayat-ayat ini dihuraikan secara deskriptif berpandukan pendekatan ‘Abd al- Rahmān Hasan Habannakah Al-Maidāniy. Analisis I'jāz bayānīy dan I‘jāz ‘ilmīy digunakan bagi menghasilkan kajian yang lebih mendalam. Dapatan kajian mendapati terdapat lapan jenis flora yang digunakan sebagai perumpamaan dalam al-Qur’an, iaitu: pokok kurma, biji benih, pokok, kayu, daun, rumput, tandan, dan tanaman. Kajian juga mendapati bentuk pembahagian perumpamaan flora tergolong dalam bentuk al-Basīt dan al-Murakkab. Bentuk pembahagian flora juga mengandungi dua pembahagian iaitu (ḥissīy- ḥissīy) (‘aqlīy-ḥissīy) dan (haqīqīy-khayālīy). Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat empat kategori hikmah dalam perumpamaan flora iaitu ganjaran baik, balasan buruk, bukti kekuasaan Allah S.W.T serta kemuliaan dan kehinaan.