Ilmu dalam novel popular karya Aisya Sofea berdasarkan persuratan baru

Tesis ini memfokuskan terhadap soal ilmu dalam novel-novel popular karya Aisya Sofea. Sebagai seorang novelis, novel-novel hasil nukilan Aisya Sofea sering dikaitkan dengan Alaf 21 Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat penerbitan swasta yang terkenal dengan penerbitan novel popular. Justeru, Alaf 21 Sd...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Che Shaffine, Nurul Hilwany
Format: Thesis
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68462/1/FBMK%202018%204%20-%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-upm-ir.68462
record_format uketd_dc
spelling my-upm-ir.684622019-05-14T01:43:40Z Ilmu dalam novel popular karya Aisya Sofea berdasarkan persuratan baru 2017-10 Che Shaffine, Nurul Hilwany Tesis ini memfokuskan terhadap soal ilmu dalam novel-novel popular karya Aisya Sofea. Sebagai seorang novelis, novel-novel hasil nukilan Aisya Sofea sering dikaitkan dengan Alaf 21 Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat penerbitan swasta yang terkenal dengan penerbitan novel popular. Justeru, Alaf 21 Sdn. Bhd. dikatakan cenderung terhadap selera penerbitan novel popular dan berorientasikan keuntungan material. Fokus terhadap soal ilmu dalam novel-novel popular karya Aisya Sofea bertitik tolak daripada sorotan literatur yang rata-rata menjelaskan adanya perbezaan pendapat dalam kalangan sarjana dan pengkaji sastera. Di satu pihak, beberapa sarjana dan pengkaji sastera berpendapat bahawa novel-novel popular karya Aisya Sofea hanya memanipulasi tema-tema cinta sebagai strategi komersial, dan justeru dianggap meminggirkan ilmu. Di pihak yang lain, ada yang berpendapat bahawa tema-tema cinta dalam novel-novel popular karya Aisya Sofea mengandungi ilmu yang bermanfaat kepada pembaca. Perbezaan pendapat ini dengan sendirinya menjadi permasalahan yang menuntut kepada pengkajian lanjut. Dengan permasalahan ini, kajian ini distrukturkan untuk mencapai dua objektif, iaitu menganalisis kedudukan ilmu dalam novel-novel popular Aisya Sofea berdasarkan gagasan Persuratan Baru, dan merumuskan kedudukan ilmu dalam novel-novel popular Aisya Sofea berdasarkan gagasan Persuratan Baru. Bagi mencapai kedua-dua objektif tersebut, kajian ini menganalisis tiga novel popular karya Aisya Sofea yang diterbitkan oleh Alaf 21 Sdn. Bhd. Kajian ini menerapkan gagasan Persuratan Baru (seterusnya PB) sebagai kerangka analisis. Pemilihan kerangka analisis ini diasaskan kepada prinsip PB yang membezakan antara “wacana” (discourse) dengan “cerita” (narrative), dan seterusnya mengutamakan “wacana” (discourse) dalam pengkonsepsian sesebuah karya kreatif seperti novel. Dengan menerapkan PB, analisis ini mencapai dua kesimpulan penting. Pertama, novel-novel popular karya Aisya Sofea yang dikaji rata-rata dibangunkan melalui manipulasi alat-alat penceritaan (narrative devices). Kedua, novel-novel popular karya Aisya Sofea yang dikaji mengutamakan “cerita”, berbanding “wacana” (discourse) atau ilmu. Hasil kajian ini diharap dapat menyumbang dalam merungkaikan permasalahan tentang ilmu dalam novel-novel popular karya Aisya Sofea khususnya, dan sekali gus memperkayakan lagi korpus penyelidikan tentang novel-novel popular di Malaysia. Literature - History and criticism Literature 2017-10 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68462/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68462/1/FBMK%202018%204%20-%20IR.pdf text en public masters Universiti Putra Malaysia Literature - History and criticism Literature
institution Universiti Putra Malaysia
collection PSAS Institutional Repository
language English
topic Literature - History and criticism
Literature

spellingShingle Literature - History and criticism
Literature

Che Shaffine, Nurul Hilwany
Ilmu dalam novel popular karya Aisya Sofea berdasarkan persuratan baru
description Tesis ini memfokuskan terhadap soal ilmu dalam novel-novel popular karya Aisya Sofea. Sebagai seorang novelis, novel-novel hasil nukilan Aisya Sofea sering dikaitkan dengan Alaf 21 Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat penerbitan swasta yang terkenal dengan penerbitan novel popular. Justeru, Alaf 21 Sdn. Bhd. dikatakan cenderung terhadap selera penerbitan novel popular dan berorientasikan keuntungan material. Fokus terhadap soal ilmu dalam novel-novel popular karya Aisya Sofea bertitik tolak daripada sorotan literatur yang rata-rata menjelaskan adanya perbezaan pendapat dalam kalangan sarjana dan pengkaji sastera. Di satu pihak, beberapa sarjana dan pengkaji sastera berpendapat bahawa novel-novel popular karya Aisya Sofea hanya memanipulasi tema-tema cinta sebagai strategi komersial, dan justeru dianggap meminggirkan ilmu. Di pihak yang lain, ada yang berpendapat bahawa tema-tema cinta dalam novel-novel popular karya Aisya Sofea mengandungi ilmu yang bermanfaat kepada pembaca. Perbezaan pendapat ini dengan sendirinya menjadi permasalahan yang menuntut kepada pengkajian lanjut. Dengan permasalahan ini, kajian ini distrukturkan untuk mencapai dua objektif, iaitu menganalisis kedudukan ilmu dalam novel-novel popular Aisya Sofea berdasarkan gagasan Persuratan Baru, dan merumuskan kedudukan ilmu dalam novel-novel popular Aisya Sofea berdasarkan gagasan Persuratan Baru. Bagi mencapai kedua-dua objektif tersebut, kajian ini menganalisis tiga novel popular karya Aisya Sofea yang diterbitkan oleh Alaf 21 Sdn. Bhd. Kajian ini menerapkan gagasan Persuratan Baru (seterusnya PB) sebagai kerangka analisis. Pemilihan kerangka analisis ini diasaskan kepada prinsip PB yang membezakan antara “wacana” (discourse) dengan “cerita” (narrative), dan seterusnya mengutamakan “wacana” (discourse) dalam pengkonsepsian sesebuah karya kreatif seperti novel. Dengan menerapkan PB, analisis ini mencapai dua kesimpulan penting. Pertama, novel-novel popular karya Aisya Sofea yang dikaji rata-rata dibangunkan melalui manipulasi alat-alat penceritaan (narrative devices). Kedua, novel-novel popular karya Aisya Sofea yang dikaji mengutamakan “cerita”, berbanding “wacana” (discourse) atau ilmu. Hasil kajian ini diharap dapat menyumbang dalam merungkaikan permasalahan tentang ilmu dalam novel-novel popular karya Aisya Sofea khususnya, dan sekali gus memperkayakan lagi korpus penyelidikan tentang novel-novel popular di Malaysia.
format Thesis
qualification_level Master's degree
author Che Shaffine, Nurul Hilwany
author_facet Che Shaffine, Nurul Hilwany
author_sort Che Shaffine, Nurul Hilwany
title Ilmu dalam novel popular karya Aisya Sofea berdasarkan persuratan baru
title_short Ilmu dalam novel popular karya Aisya Sofea berdasarkan persuratan baru
title_full Ilmu dalam novel popular karya Aisya Sofea berdasarkan persuratan baru
title_fullStr Ilmu dalam novel popular karya Aisya Sofea berdasarkan persuratan baru
title_full_unstemmed Ilmu dalam novel popular karya Aisya Sofea berdasarkan persuratan baru
title_sort ilmu dalam novel popular karya aisya sofea berdasarkan persuratan baru
granting_institution Universiti Putra Malaysia
publishDate 2017
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68462/1/FBMK%202018%204%20-%20IR.pdf
_version_ 1747812579456057344