Perkaitan antara perapatan ibu bapa-anak, pengaruh rakan sebaya, estim diri dan lokus kawalan dengan sikap seksual remaja hamil luar nikah

Memahami faktor luaran dan faktor dalaman yang akan mempengaruhi pembentukan sikap liberal terhadap tingkah laku seksual adalah sangat penting untuk diukur seterusnya membekalkan sumber maklumat untuk merangka intervensi yang bersesuai. Kajian ini menekankan kepada perspektif perkembangan untuk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Shahruddin, Nor Jum'awaton
Format: Thesis
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68533/1/FEM%202018%204%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-upm-ir.68533
record_format uketd_dc
institution Universiti Putra Malaysia
collection PSAS Institutional Repository
language English
topic Developmental psychology
Behaviorism (Psychology)

spellingShingle Developmental psychology
Behaviorism (Psychology)

Shahruddin, Nor Jum'awaton
Perkaitan antara perapatan ibu bapa-anak, pengaruh rakan sebaya, estim diri dan lokus kawalan dengan sikap seksual remaja hamil luar nikah
description Memahami faktor luaran dan faktor dalaman yang akan mempengaruhi pembentukan sikap liberal terhadap tingkah laku seksual adalah sangat penting untuk diukur seterusnya membekalkan sumber maklumat untuk merangka intervensi yang bersesuai. Kajian ini menekankan kepada perspektif perkembangan untuk memahami dan menjelaskan perkaitan pemboleh ubah bebas dengan sikap terhadap tingkah laku seksual. Teori kognitif sosial (Bandura, 1977) telah digunakan sebagai panduan dalam membina kerangka teoritikal kajian. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif menggunakan reka bentuk kajian korelasi. Responden kajian terdiri daripada 204 orang remaja hamil luar nikah berumur 14 hingga 19 tahun yang dipilih dengan menggunakan persampelan kluster pelbagai peringkat (muti-stage cluster sampling). Kajian ini melibatkan remaja hamil luar nikah di Semenanjung Malaysia yang berada di institusi perlindungan dan pemulihan di Taman Seri Puteri di Cheras Selangor, Taman Seri Puteri Batu Gajah, Perak,Raudhatus Sakinah Johor, Raudhatus Sakinah Pulau Pinang, Raudatus Sakinah Melaka, Raudatus Sakinah Kelantan dan Raudatus Sakinah Selangor. Lima instrumen yang digunakan dalam kajian ini iaituInventory Parent and Peer Attachment oleh Gay Armsden dan Mark Greenberg (1987), Brief Sexual Attitudes Scale oleh Hendrick, Hendrick, dan Reich, (2006), Rosenberg Self-Esteem Scale oleh Rosenberg (1965), Peer Pressure, Porpularity and Conformity Inventory oleh Santor, Messervey dan Kusumakar (2000), dan Rotter I-E Scale oleh Rotter (1966). Analisis statistik deskriptif, ujian korelasi Pearson, analisis regresi berganda, pengujian pengantara (mediator) dan penyerdehana (moderator) denganmenggunakan analisis bootstraping (perisian PROCESS Macro) diaplikasi dalam kajian ini. Dapatan analisis korelasi Pearson menunjukkan wujud perkaitan signifikan antara umur dengan sikap liberal terhadap tingkah laku seksual.Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perkaitan yang signifikan antara tahun pendidikan responden, tahap pendidikan bapa dan tahap pendidikan ibudengan sikap terhadap tingkah laku seksual. Seterusnya, wujud perkaitan yang signifikan antara perapatan ibu bapa-anak (komunikasi, kepercayaan dan pengasingan)dengan sikap liberalterhadap tingkah laku seksual.Selain itu wujud perkaitan yang signifikan antara pengaruh rakan sebaya (tekanan rakan sebayadan populariti rakan sebaya)dengan sikapliberal terhadap tingkah laku seksual. Dapatan kajian juga membuktikan estim dirirendah dan lokus kawalan luaran mempunyai perkaitan yang signifikan dengan sikap liberal terhadap tingkah laku seksual dalam kalangan remaja hamil luar nikah. Analisis regresi berganda menunjukkansikap liberal terhadap tingkah laku seksual dapat diramalkan oleh pemboleh ubah bebas (tekanan rakan sebaya, estim diri, lokus kawalan, populariti rakan sebaya, kepercayaan dan komunikasi dengan ibu bapa).Dapatan kajian membuktikan prediktor unik yang paling tinggi menyumbang kepada sikap liberal terhadap tingkah laku seksual adalah tekanan rakan sebaya. Analisis pengantara menggunakan bootstrapmendapati pengaruh tidak langsung perapatan ibu bapa-anak (komunikasi, kepercayaan dan pengasingan) atas sikap terhadap tingkah laku seksual melalui pengantara (estim diri) adalah tidak signifikan. Manakala pengaruh tidak langsung pengaruh rakan sebaya (tekanan rakan sebaya dan populariti rakan sebaya) atas sikap terhadap tingkah laku seksual melalui pengantara (estim diri) adalah signifikan.Analisis bootstrapperapatan ibu bapa-anak (komunikasi, kepercayaandan pengasinganan)ke atas sikap terhadap tingkah laku seksual melalui penyederhana (moderator) lokus kawalan menunjukkan kesan interaksi adalah tidak signifikan. Pengaruh rakan sebaya (tekanan rakan sebaya dan populariti rakan sebaya) ke atas sikap liberal terhadap tingkah laku seksual melalui penyederhana (moderator) lokus kawalan menunjukkan kesan interaksi adalah signifikan. Dapatan kajian membuktikan gaya masa kini membuktikan remaja terlalu mudah dipengaruhi oleh pengaruh rakan sebaya melalui aspek populariti serta tekanan daripada rakan sebaya. Hal ini menunjukkan faktor status sosial seharusnya diberi perhatian serius dan diambil kira dalam membangunkan program intervensi bagi menghalang serta mencegah fenomena hamil luar nikah daripada terus berleluasa. Selain itu terapi keluarga juga dilihat mampu dijadikan sebagai salah satu intervensi krisis serta pendekatan kemahiran penyelesaian masalah antara remaja dengan ibu bapa. Kajian ini mengesyorkan program kesihatan seksual dan reproduktif serta program intervensi yang bersifat pencegahan, perlindungan, pemulihan dan integrasi yang mensasarkan kepada faktor pembentukan sikap konservatif terhadap tingkah laku seksual yang selamat dipertingkatkan bagi remaja di Malaysia. Justeru, kajian ini memberi input langsung kepada dasar negara seterusnya menyumbang terhadap korpus ilmu serta advokasi sosial bagi penggubalan dasar negara demi kesejahteraan masyarakat khasnya kelompok remaja.
format Thesis
qualification_level Doctorate
author Shahruddin, Nor Jum'awaton
author_facet Shahruddin, Nor Jum'awaton
author_sort Shahruddin, Nor Jum'awaton
title Perkaitan antara perapatan ibu bapa-anak, pengaruh rakan sebaya, estim diri dan lokus kawalan dengan sikap seksual remaja hamil luar nikah
title_short Perkaitan antara perapatan ibu bapa-anak, pengaruh rakan sebaya, estim diri dan lokus kawalan dengan sikap seksual remaja hamil luar nikah
title_full Perkaitan antara perapatan ibu bapa-anak, pengaruh rakan sebaya, estim diri dan lokus kawalan dengan sikap seksual remaja hamil luar nikah
title_fullStr Perkaitan antara perapatan ibu bapa-anak, pengaruh rakan sebaya, estim diri dan lokus kawalan dengan sikap seksual remaja hamil luar nikah
title_full_unstemmed Perkaitan antara perapatan ibu bapa-anak, pengaruh rakan sebaya, estim diri dan lokus kawalan dengan sikap seksual remaja hamil luar nikah
title_sort perkaitan antara perapatan ibu bapa-anak, pengaruh rakan sebaya, estim diri dan lokus kawalan dengan sikap seksual remaja hamil luar nikah
granting_institution Universiti Putra Malaysia
publishDate 2017
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68533/1/FEM%202018%204%20IR.pdf
_version_ 1747812593435672576
spelling my-upm-ir.685332019-05-14T07:24:07Z Perkaitan antara perapatan ibu bapa-anak, pengaruh rakan sebaya, estim diri dan lokus kawalan dengan sikap seksual remaja hamil luar nikah 2017-10 Shahruddin, Nor Jum'awaton Memahami faktor luaran dan faktor dalaman yang akan mempengaruhi pembentukan sikap liberal terhadap tingkah laku seksual adalah sangat penting untuk diukur seterusnya membekalkan sumber maklumat untuk merangka intervensi yang bersesuai. Kajian ini menekankan kepada perspektif perkembangan untuk memahami dan menjelaskan perkaitan pemboleh ubah bebas dengan sikap terhadap tingkah laku seksual. Teori kognitif sosial (Bandura, 1977) telah digunakan sebagai panduan dalam membina kerangka teoritikal kajian. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif menggunakan reka bentuk kajian korelasi. Responden kajian terdiri daripada 204 orang remaja hamil luar nikah berumur 14 hingga 19 tahun yang dipilih dengan menggunakan persampelan kluster pelbagai peringkat (muti-stage cluster sampling). Kajian ini melibatkan remaja hamil luar nikah di Semenanjung Malaysia yang berada di institusi perlindungan dan pemulihan di Taman Seri Puteri di Cheras Selangor, Taman Seri Puteri Batu Gajah, Perak,Raudhatus Sakinah Johor, Raudhatus Sakinah Pulau Pinang, Raudatus Sakinah Melaka, Raudatus Sakinah Kelantan dan Raudatus Sakinah Selangor. Lima instrumen yang digunakan dalam kajian ini iaituInventory Parent and Peer Attachment oleh Gay Armsden dan Mark Greenberg (1987), Brief Sexual Attitudes Scale oleh Hendrick, Hendrick, dan Reich, (2006), Rosenberg Self-Esteem Scale oleh Rosenberg (1965), Peer Pressure, Porpularity and Conformity Inventory oleh Santor, Messervey dan Kusumakar (2000), dan Rotter I-E Scale oleh Rotter (1966). Analisis statistik deskriptif, ujian korelasi Pearson, analisis regresi berganda, pengujian pengantara (mediator) dan penyerdehana (moderator) denganmenggunakan analisis bootstraping (perisian PROCESS Macro) diaplikasi dalam kajian ini. Dapatan analisis korelasi Pearson menunjukkan wujud perkaitan signifikan antara umur dengan sikap liberal terhadap tingkah laku seksual.Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perkaitan yang signifikan antara tahun pendidikan responden, tahap pendidikan bapa dan tahap pendidikan ibudengan sikap terhadap tingkah laku seksual. Seterusnya, wujud perkaitan yang signifikan antara perapatan ibu bapa-anak (komunikasi, kepercayaan dan pengasingan)dengan sikap liberalterhadap tingkah laku seksual.Selain itu wujud perkaitan yang signifikan antara pengaruh rakan sebaya (tekanan rakan sebayadan populariti rakan sebaya)dengan sikapliberal terhadap tingkah laku seksual. Dapatan kajian juga membuktikan estim dirirendah dan lokus kawalan luaran mempunyai perkaitan yang signifikan dengan sikap liberal terhadap tingkah laku seksual dalam kalangan remaja hamil luar nikah. Analisis regresi berganda menunjukkansikap liberal terhadap tingkah laku seksual dapat diramalkan oleh pemboleh ubah bebas (tekanan rakan sebaya, estim diri, lokus kawalan, populariti rakan sebaya, kepercayaan dan komunikasi dengan ibu bapa).Dapatan kajian membuktikan prediktor unik yang paling tinggi menyumbang kepada sikap liberal terhadap tingkah laku seksual adalah tekanan rakan sebaya. Analisis pengantara menggunakan bootstrapmendapati pengaruh tidak langsung perapatan ibu bapa-anak (komunikasi, kepercayaan dan pengasingan) atas sikap terhadap tingkah laku seksual melalui pengantara (estim diri) adalah tidak signifikan. Manakala pengaruh tidak langsung pengaruh rakan sebaya (tekanan rakan sebaya dan populariti rakan sebaya) atas sikap terhadap tingkah laku seksual melalui pengantara (estim diri) adalah signifikan.Analisis bootstrapperapatan ibu bapa-anak (komunikasi, kepercayaandan pengasinganan)ke atas sikap terhadap tingkah laku seksual melalui penyederhana (moderator) lokus kawalan menunjukkan kesan interaksi adalah tidak signifikan. Pengaruh rakan sebaya (tekanan rakan sebaya dan populariti rakan sebaya) ke atas sikap liberal terhadap tingkah laku seksual melalui penyederhana (moderator) lokus kawalan menunjukkan kesan interaksi adalah signifikan. Dapatan kajian membuktikan gaya masa kini membuktikan remaja terlalu mudah dipengaruhi oleh pengaruh rakan sebaya melalui aspek populariti serta tekanan daripada rakan sebaya. Hal ini menunjukkan faktor status sosial seharusnya diberi perhatian serius dan diambil kira dalam membangunkan program intervensi bagi menghalang serta mencegah fenomena hamil luar nikah daripada terus berleluasa. Selain itu terapi keluarga juga dilihat mampu dijadikan sebagai salah satu intervensi krisis serta pendekatan kemahiran penyelesaian masalah antara remaja dengan ibu bapa. Kajian ini mengesyorkan program kesihatan seksual dan reproduktif serta program intervensi yang bersifat pencegahan, perlindungan, pemulihan dan integrasi yang mensasarkan kepada faktor pembentukan sikap konservatif terhadap tingkah laku seksual yang selamat dipertingkatkan bagi remaja di Malaysia. Justeru, kajian ini memberi input langsung kepada dasar negara seterusnya menyumbang terhadap korpus ilmu serta advokasi sosial bagi penggubalan dasar negara demi kesejahteraan masyarakat khasnya kelompok remaja. Developmental psychology Behaviorism (Psychology) 2017-10 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68533/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68533/1/FEM%202018%204%20IR.pdf text en public doctoral Universiti Putra Malaysia Developmental psychology Behaviorism (Psychology)