Faktor penentu kesejahteraan kewangan dalam kalangan pengguna Kedai Rakyat 1Malaysia di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya

Inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara Menangani Kos Sara Hidup (NKRA- COL) Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dilaksanakan sejak tahun 2011 bagi meningkatkan kebolehcapaian rakyat kepada barangan harga patut, dalam usaha menangani kenaikan kos sara hidup kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana....

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ishak, Norashiken
Format: Thesis
Language:English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68557/1/FEM%202018%2011%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-upm-ir.68557
record_format uketd_dc
spelling my-upm-ir.685572019-05-16T06:01:05Z Faktor penentu kesejahteraan kewangan dalam kalangan pengguna Kedai Rakyat 1Malaysia di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya 2018-01 Ishak, Norashiken Inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara Menangani Kos Sara Hidup (NKRA- COL) Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dilaksanakan sejak tahun 2011 bagi meningkatkan kebolehcapaian rakyat kepada barangan harga patut, dalam usaha menangani kenaikan kos sara hidup kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana. Kesejahteraan kewangan perlu diberi perhatian kerana tekanan kewangan menyumbang kepada masalah dalam perhubungan keluarga dan isu sosial. Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan mengenal pasti tahap kesejahteraan kewangan dan faktor-faktor yang mempengaruhinya dalam kalangan pengguna KR1M di Wilayah Persekutuan (W.P.) Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kajian ini merupakan kajian tinjauan berbentuk deskriptif dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Sebanyak empat premis KR1M dipilih sebagai lokasi kajian iaitu tiga di W.P. Kuala Lumpur dan satu di W.P. Putrajaya menerusi kaedah pensampelan sistematik. Borang soal selidik seliaan sendiri diedarkan kepada 400 orang responden yang juga merupakan pengguna KR1M. Item soal selidik kajian ini diadaptasi daripada instrumen beberapa penyelidikan lepas dan diolah berdasarkan kesesuaian konsep dan matlamat inisiatif NKRA-COL KR1M. Penganalisaan data dibahagikan kepada analisis deskriptif dan inferensi yang melibatkan analisis ujian-t, ujian ANOVA Sehala, ujian korelasi Pearson dan ujian regresi pelbagai. Kajian mendapati lebih dua pertiga responden mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM3,000. Dua pertiga responden menyatakan KR1M menjadi lokasi membeli-belah barangan keperluan harian utama dan produk jenama 1Malaysia Kedai Rakyat (1MKR) adalah pilihan utama. Analisis deskriptif menunjukkan responden memiliki tahap kesejahteraan kewangan yang tinggi, tahap pengetahuan tentang KR1M yang sederhana-tinggi dan tahap persepsi yang positif terhadap KR1M. Manakala, tahap tingkah laku pembelian responden dilaporkan rendah. Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara pengetahuan tentang KR1M (p<.05) dan persepsi terhadap KR1M (p<.05) dengan kesejahteraan kewangan. Ini bermakna semakin tinggi pengetahuan dan semakin positif persepsi terhadap KR1M, semakin tinggi kesejahteraan kewangan yang diperoleh menerusi pembelian di KR1M. Keputusan juga menunjukkan tiada hubungan yang signifikan antara tingkah laku pembelian (p>.05) dengan kesejahteraan kewangan. Berdasarkan analisis regresi pelbagai, kesemua pemboleh ubah menjelaskan sebanyak 51.2% varians bagi kesejahteraan kewangan. Didapati kumpulan pendapatan bulanan individu kurang RM1,500 dan kumpulan pendapatan antara RM3,001-RM4,000 sebulan, pengetahuan tentang KR1M, persepsi terhadap KR1M dan tingkah laku pembelian signifikan menyumbang kepada kesejahteraan kewangan responden. Secara keseluruhan, persepsi terhadap KR1M (β=0.646, p<.05) adalah faktor utama yang mempengaruhi kesejahteraan kewangan. Usaha bersepadu perlu diteruskan oleh agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menyedarkan pengguna ke arah meningkatkan kemahiran pengurusan kewangan dan pengetahuan kepenggunaan dengan lebih agresif. Hal ini termasuklah modul khusus mengurus perbelanjaan secara cekap mengikut kumpulan pengguna serta kempen membudayakan gerakan pengguna dalam pasaran. Bagi memastikan inisiatif KR1M kekal relevan, penilaian dan improvisasi terhadap mekanisme pelaksanaan program disertai hebahan informasi yang berterusan kepada masyarakat wajar dilakukan oleh semua pemegang taruh. Home economics Cost and standard of living Grocery trade - Malaysia 2018-01 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68557/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68557/1/FEM%202018%2011%20IR.pdf text en public masters Universiti Putra Malaysia Home economics Cost and standard of living Grocery trade - Malaysia
institution Universiti Putra Malaysia
collection PSAS Institutional Repository
language English
topic Home economics
Cost and standard of living
Grocery trade - Malaysia
spellingShingle Home economics
Cost and standard of living
Grocery trade - Malaysia
Ishak, Norashiken
Faktor penentu kesejahteraan kewangan dalam kalangan pengguna Kedai Rakyat 1Malaysia di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
description Inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara Menangani Kos Sara Hidup (NKRA- COL) Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dilaksanakan sejak tahun 2011 bagi meningkatkan kebolehcapaian rakyat kepada barangan harga patut, dalam usaha menangani kenaikan kos sara hidup kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana. Kesejahteraan kewangan perlu diberi perhatian kerana tekanan kewangan menyumbang kepada masalah dalam perhubungan keluarga dan isu sosial. Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan mengenal pasti tahap kesejahteraan kewangan dan faktor-faktor yang mempengaruhinya dalam kalangan pengguna KR1M di Wilayah Persekutuan (W.P.) Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kajian ini merupakan kajian tinjauan berbentuk deskriptif dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Sebanyak empat premis KR1M dipilih sebagai lokasi kajian iaitu tiga di W.P. Kuala Lumpur dan satu di W.P. Putrajaya menerusi kaedah pensampelan sistematik. Borang soal selidik seliaan sendiri diedarkan kepada 400 orang responden yang juga merupakan pengguna KR1M. Item soal selidik kajian ini diadaptasi daripada instrumen beberapa penyelidikan lepas dan diolah berdasarkan kesesuaian konsep dan matlamat inisiatif NKRA-COL KR1M. Penganalisaan data dibahagikan kepada analisis deskriptif dan inferensi yang melibatkan analisis ujian-t, ujian ANOVA Sehala, ujian korelasi Pearson dan ujian regresi pelbagai. Kajian mendapati lebih dua pertiga responden mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM3,000. Dua pertiga responden menyatakan KR1M menjadi lokasi membeli-belah barangan keperluan harian utama dan produk jenama 1Malaysia Kedai Rakyat (1MKR) adalah pilihan utama. Analisis deskriptif menunjukkan responden memiliki tahap kesejahteraan kewangan yang tinggi, tahap pengetahuan tentang KR1M yang sederhana-tinggi dan tahap persepsi yang positif terhadap KR1M. Manakala, tahap tingkah laku pembelian responden dilaporkan rendah. Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara pengetahuan tentang KR1M (p<.05) dan persepsi terhadap KR1M (p<.05) dengan kesejahteraan kewangan. Ini bermakna semakin tinggi pengetahuan dan semakin positif persepsi terhadap KR1M, semakin tinggi kesejahteraan kewangan yang diperoleh menerusi pembelian di KR1M. Keputusan juga menunjukkan tiada hubungan yang signifikan antara tingkah laku pembelian (p>.05) dengan kesejahteraan kewangan. Berdasarkan analisis regresi pelbagai, kesemua pemboleh ubah menjelaskan sebanyak 51.2% varians bagi kesejahteraan kewangan. Didapati kumpulan pendapatan bulanan individu kurang RM1,500 dan kumpulan pendapatan antara RM3,001-RM4,000 sebulan, pengetahuan tentang KR1M, persepsi terhadap KR1M dan tingkah laku pembelian signifikan menyumbang kepada kesejahteraan kewangan responden. Secara keseluruhan, persepsi terhadap KR1M (β=0.646, p<.05) adalah faktor utama yang mempengaruhi kesejahteraan kewangan. Usaha bersepadu perlu diteruskan oleh agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menyedarkan pengguna ke arah meningkatkan kemahiran pengurusan kewangan dan pengetahuan kepenggunaan dengan lebih agresif. Hal ini termasuklah modul khusus mengurus perbelanjaan secara cekap mengikut kumpulan pengguna serta kempen membudayakan gerakan pengguna dalam pasaran. Bagi memastikan inisiatif KR1M kekal relevan, penilaian dan improvisasi terhadap mekanisme pelaksanaan program disertai hebahan informasi yang berterusan kepada masyarakat wajar dilakukan oleh semua pemegang taruh.
format Thesis
qualification_level Master's degree
author Ishak, Norashiken
author_facet Ishak, Norashiken
author_sort Ishak, Norashiken
title Faktor penentu kesejahteraan kewangan dalam kalangan pengguna Kedai Rakyat 1Malaysia di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
title_short Faktor penentu kesejahteraan kewangan dalam kalangan pengguna Kedai Rakyat 1Malaysia di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
title_full Faktor penentu kesejahteraan kewangan dalam kalangan pengguna Kedai Rakyat 1Malaysia di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
title_fullStr Faktor penentu kesejahteraan kewangan dalam kalangan pengguna Kedai Rakyat 1Malaysia di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
title_full_unstemmed Faktor penentu kesejahteraan kewangan dalam kalangan pengguna Kedai Rakyat 1Malaysia di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
title_sort faktor penentu kesejahteraan kewangan dalam kalangan pengguna kedai rakyat 1malaysia di wilayah persekutuan kuala lumpur dan putrajaya
granting_institution Universiti Putra Malaysia
publishDate 2018
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68557/1/FEM%202018%2011%20IR.pdf
_version_ 1747812595658653696