Kosa kata Al-Rabb dan perkaitan maknanya dengan ilmu akidah dan konsep ketuhanan dalam Surah Al-Baqarah

Kajian ini membincangkan analisis makna al-Rabb dalam surah al-Baqarah. Kajian ini penting dilakukan untuk menambah pengetahuan dalam bidang semantik dan ilmu akidah secara amnya dan secara khususnya memberi gambaran yang jelas kepada pengkaji tentang makna kosa kata al-Rabb dalam surah al-Baqarah....

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Noor, Awang Hat
Format: Thesis
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70028/1/FBMK%202014%2044%20-%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini membincangkan analisis makna al-Rabb dalam surah al-Baqarah. Kajian ini penting dilakukan untuk menambah pengetahuan dalam bidang semantik dan ilmu akidah secara amnya dan secara khususnya memberi gambaran yang jelas kepada pengkaji tentang makna kosa kata al-Rabb dalam surah al-Baqarah. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji perkaitan di antara ilmu semantik dengan ilmu aqidah dan konsep ketuhanan yang terdapat dalam surah al-Baqarah melalui kajian analisis kosa kata makna al-Rabb. Pengkaji menggunakan kaedah berbentuk deskriptif dengan pendekatan kuantitatif yang melibatkan kajian kepustakaan dan kajian korpus. Hasil dapatan kajian mendapati terdapat sebanyak 50 kosa kata al-Rabb dalam surah al-Baqarah dan terdapat lima makna yang berlainan bagi kosa kata al-Rabb, iaitu memelihara dan menjamin atau memenuhi keinginan yang dipelihara, membimbing serta mengawasi di samping memperbaiki dalam segala hal, tuan besar, majikan dan pemimpin, ketua yang diakui kekuasaannya dan raja atau pemilik. Hasil kajian memberikan implikasi kepada pengamal bahasa Arab secara khususnya dan kepada pelbagai lapisan masyarakat secara umumnya.