Penggunaan peta minda dalam pembelajaran Balaghah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Perak, Melaka, Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui penerimaan pelajar Tingkatan Empat terhadap penggunaan peta minda berdasarkan prinsip Tony Buzan dalam pembelajaran Balaghah. Kajian ini juga dijalankan untuk mengenal pasti penerimaan pelajar terhadap penulisan nota Balaghah dalam bentuk peta minda. Selain...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abu Hasan, Erlind
Format: Thesis
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70033/1/FBMK%202014%2046%20-%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengetahui penerimaan pelajar Tingkatan Empat terhadap penggunaan peta minda berdasarkan prinsip Tony Buzan dalam pembelajaran Balaghah. Kajian ini juga dijalankan untuk mengenal pasti penerimaan pelajar terhadap penulisan nota Balaghah dalam bentuk peta minda. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisi sejauh manakah pelajar mampu mengingat istilah-istilah Balaghah melalui penulisan nota peta minda mengikut prinsip Tony Buzan. Kajian kualitatif ini menggunakan teknik pengumpulan data melalui temu bual kumpulan berfokus yang terdiri daripada tiga kumpulan pelajar Tingkatan Empat dan dua temu bual individu. Dapatan kajian juga diperolehi melalui analisis nota peta minda Balaghah pelajar. Data yang diperoleh dianalisis berdasarkan prinsip peta minda Tony Buzan. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran Balaghah sesuai digunakan bagi membantu meningkatkan minat dan prestasi pelajar dalam pembelajaran. Pelajar lebih memahami apa yang diajar oleh guru dan berjaya mengubah persepsi bahawa Balaghah mudah dikuasai. Kajian juga dapat mengenal pasti bahawa nota peta minda mampu membantu pelajar semasa mengulangkaji pelajaran dan semasa menjawab peperiksaan. Analisis terhadap nota Balaghah pelajar menunjukkan bahawa pelajar mampu mengingat dan menulis semula istilah-istilah Balaghah dalam bentuk peta minda. Terdapat beberapa masalah yang dapat dikesan semasa proses pengajaran dan pembelajaran Balaghah ini. Justeru, saranan dan cadangan juga dikemukakan pada bahagian perbincangan bagi menambah baik proses pembelajaran Balaghah menggunakan peta minda ini.