Kesantunan berbahasa dalam drama Zahira

Kesantunan berbahasa merupakan penggunaan kata-kata yang sesuai dituturkan, tidak berkonflik dan sentiasa menjaga air muka pendengar. Akhir-akhir ini, kebanyakan drama yang dihasilkan mengabaikan aspek kesantunan ketika berbahasa. Biasanya drama yang ditayangkan mempunyai jalan cerita berkisarkan pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamad Bakari, Ayuni
Format: Thesis
Language:Malay
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70073/1/FBMK%202017%2072%20-%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kesantunan berbahasa merupakan penggunaan kata-kata yang sesuai dituturkan, tidak berkonflik dan sentiasa menjaga air muka pendengar. Akhir-akhir ini, kebanyakan drama yang dihasilkan mengabaikan aspek kesantunan ketika berbahasa. Biasanya drama yang ditayangkan mempunyai jalan cerita berkisarkan percintaan, konflik perkahwinan, penceraian, gejala sosial, dan sebagainya. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menghuraikan ujaran yang mengandungi maksim kesopanan serta Prinsip Kerjasama dalam drama Zahira. Pengkaji menggunakan kaedah analisis kandungan teks dan pendekatan kualitatif untuk menganalisis teks yang telah ditranskripsi berdasarkan drama tersebut. Prinsip Kesopanan Leech (1983) dan Prinsip Kerjasama Grice (1975) telah diguna pakai oleh pengkaji untuk menganalisis datam kajian yang diperoleh. Hasil kajian menunjukkan bahawa keenam-enam maksim dalam Prinsip Kesopanan Leech terkandung dalam drama Zahira dan ia menjadi sempurna apabila disertai dengan Prinsip Kerjasama Grice. Maksim Kesopanan Leech yang paling dominan dalam drama Zahira ialah maksim persetujuan, iaitu sebanyak 25%. Maksim persetujuan ditandai dengan persetujuan secara langsung oleh watak dalam drama dan kesepakatan tidak diabaikan ketika memberikan persetujuan. Situasi ini menjadikan komunikasi bertambah lancar dan salah faham dapat dielakkan. Pematuhan terhadap Prinsip Kerjasama, iaitu maksim kuantiti dan maksim relevan terbukti berupaya melancarkan perbualan, menambah kejelasan dan ketepatan maklumat yang diberikan oleh peserta sepanjang komunikasi berlangsung. Sebagai rumusan, drama menjadi salah satu medium terpenting dalam memberi nilai serta memupuk kesedaran berbahasa seseorang. Oleh itu, penggunaan bahasa yang baik perlu dititikberatkan terutamanya dari aspek kesantunan bahasa bagi membentuk masyarakat yang bersopansantun, berbudi bahasa dan berpekerti mulia.