Intelektualisme dalam lima novel Anwar Ridhwan dari sudut persuratan baru
Tesis ini bertitik tolak daripada sorotan literatur yang mengenal pasti beberapa kecenderungan penting yang mengiringi resepsi kritis terhadap karya-karya Anwar Ridhwan. Ini merujuk kepada kecenderungan yang jelas dalam kalangan sarjana dan pengkritik sastera yang memperakukan adanya nilai-nilai...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70079/1/FBMK%202014%2058%20-%20IR.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tesis ini bertitik tolak daripada sorotan literatur yang mengenal pasti beberapa
kecenderungan penting yang mengiringi resepsi kritis terhadap karya-karya
Anwar Ridhwan. Ini merujuk kepada kecenderungan yang jelas dalam kalangan
sarjana dan pengkritik sastera yang memperakukan adanya nilai-nilai
intelektualisme dalam novel-novel Anwar Ridhwan. Perakuan ini seiring dengan
kenyataan Anwar Ridhwan sendiri yang memang mengakui pentingnya
intelektualisme dalam karya sastera termasuklah dalam karya-karya hasil
nukilan beliau. Sorotan ini turut mengenal pasti kecenderungan dalam kalangan
beberapa sarjana dan pengkritik sastera yang secara jelas meragui dan
mempertikaikan dakwaan tentang adanya nilai-nilai intelektualisme dalam karyakarya
Anwar Ridhwan. Adalah jelas daripada sorotan literatur ini bahawa dalam
soal intelektualisme dalam karya-karya Anwar Ridhwan, wujud percanggahan
pendapat yang memperlihatkan tiadanya kata sepakat dan kesimpulan yang jitu.
Dalam konteks ini, tesis ini memproblematikkan soal percanggahan pendapat
dengan memberikan fokus terhadap soal intelektualisme dalam novel-novel
Anwar Ridhwan. Untuk itu, tesis ini distrukturkan bagi mencapai dua objektif
penting. Pertama, menganalisis isian wacana dan isian cerita novel-novel Anwar
Ridhwan. Kedua, merumuskan soal intelektualisme dalam novel-novel Anwar
Ridhwan. Bagi mencapai kedua-dua objektif ini, tesis ini memilih untuk
menerapkan gagasan Persuratan Baru (seterusnya PB) cetusan Mohd. Affandi
Hassan, sebagai kerangka analisis. Pemilihan ini didasarkan kepada prinsip
penting PB yang memberikan keutamaan terhadap aspek ilmu termasuklah
intelektualisme dalam penghasilan dan penghayatan karya sastera. Tesis ini
menjadikan lima novel Anwar Ridhwan sebagai bahan kajian. Novel-novel ini
dipilih berdasarkan kepada resepsi kritis yang cenderung memperagakan novelnovel
ini sebagai novel yang membawakan nilai intelektualisme. Dengan
menerapkan PB, analisis ini mendapati novel-novel yang dikaji menyerlahkan
kecenderungan yang ketara dalam memanipulasi aspek cerita dan
menggembleng sepenuhnya alat-alat penceritaan. Penggemblengan ini didapati
telah meminggirkan aspek ilmu temasuklah intelektualisme yang menjadi fokus
kajian. Tesis ini menyimpulkan apa yang didakwa oleh sarjana dan pengkritik sastera sebagai intelektualisme itu pada hakikatnya merujuk kepada manifestasi
cerita, dan bukannya pemikiran yang dijana melalui pembinaan wacana intelektual. |
---|