Penggunaan strategi metakognitif pelajar institut pengajian tinggi awam dalam membaca teks Arab

Isu kelemahan pelajar dalam memahami teks bacaan berbahasa Arab sering berlaku bukan hanya kepada pelajar sekolah, malah turut melibatkan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam. Dalam hal ini, para sarjana berpendapat permasalahan ini amat berkait rapat dengan penggunaan strategi metakognitif dalam...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Baharudin, Qurratu 'Aini
Format: Thesis
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70082/1/FBMK%202014%2061%20-%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Isu kelemahan pelajar dalam memahami teks bacaan berbahasa Arab sering berlaku bukan hanya kepada pelajar sekolah, malah turut melibatkan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam. Dalam hal ini, para sarjana berpendapat permasalahan ini amat berkait rapat dengan penggunaan strategi metakognitif dalam proses membaca sesuatu teks. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penggunaan strategi metakognitif pelajar dalam membaca teks Arab, membezakan penggunaan strategi ini mengikut jantina pelajar, dan juga mengukur perbezaan penggunaannya mengikut tahun pengajian. Kajian yang menggunakan pendekatan kuantitatif ini melibatkan seramai 256 orang pelajar Melayu. Mereka merupakan pelajar pengkhususan bahasa Arab yang dipilih secara rawak dari empat buah universiti di Malaysia. Instrumen berbentuk soal selidik yang merangkumi tiga kategori utama metakognitif, iaitu strategi global, strategi penyelesaian masalah, dan strategi sokongan telah dibina untuk mengumpul data kajian. Selain itu, strategi metafizik turut ditambah ke dalam instrumen kajian sebagai sub kategori baharu. Data yang diperoleh telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian Statistical Packages for The Social Science (SPSS). Hasil analisis deskriptif menunjukkan pelajar menggunakan strategi metakognitif secara keseluruhannya pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan strategi global merupakan strategi yang paling banyak digunakan oleh pelajar, diikuti oleh strategi sokongan. Strategi penyelesaian masalah pula berada pada kedudukan ketiga, manakala strategi metafizik mencatatkan rekod yang terendah penggunaannya. Namun begitu, penemuan baharu ini membuktikan kewujudan strategi metafizik dalam penggunaan pelajar terhadap strategi metakognitif semasa membaca teks Arab. Selain itu, ujian-t dan ujian ANOVA memperlihatkan ketiadaan hubungan yang signifikan antara strategi metakognitif dengan jantina dan juga tahun pengajian. Hal ini bermakna tiada perbezaan dalam penggunaan strategi metakognitif walaupun jantina dan tahun pengajian para pelajar adalah berlainan.