Bimbingan ibu bapa, persekitaran keluarga dan masalah kecelaruan sebagai pengantara hubungan kesediaan ibu bapa dengan prestasi remaja di sekolah dalam kalangan keluarga komuter
Peningkatan keluarga komuter di Malaysia semakin ketara. Gaya hidup keluarga komuter yang pisah berjauhan dengan keluarga asas serta berbeza dengan model keluarga konvensional di Malaysia telah mula dipersoalkan impak dan cabarannya ke atas kesejahteraan dan perkembangan keluarga. Sehubungan itu,...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70438/1/FPP%202014%2073%20-%20IR.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
id |
my-upm-ir.70438 |
---|---|
record_format |
uketd_dc |
institution |
Universiti Putra Malaysia |
collection |
PSAS Institutional Repository |
language |
English |
topic |
Child development Family |
spellingShingle |
Child development Family Siaw, Yan Li Bimbingan ibu bapa, persekitaran keluarga dan masalah kecelaruan sebagai pengantara hubungan kesediaan ibu bapa dengan prestasi remaja di sekolah dalam kalangan keluarga komuter |
description |
Peningkatan keluarga komuter di Malaysia semakin ketara. Gaya hidup keluarga
komuter yang pisah berjauhan dengan keluarga asas serta berbeza dengan model
keluarga konvensional di Malaysia telah mula dipersoalkan impak dan cabarannya ke
atas kesejahteraan dan perkembangan keluarga. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan
memperihal bentuk dan kesan pengantaraan bagi hubungan antara kesediaan ibu
bapa dengan prestasi remaja melalui tiga pengantara iaitu bimbingan ibu bapa,
persekitaran keluarga dan kecelaruan dengan masalah tingkah laku remaja. Kajian ini
turut meneroka profile responden, tahap pencapaian prestasi remaja, tahap
bimbingan ibu bapa, dimensi persekitaran keluarga komuter, pola kecelaruan dengan
masalah tingkah laku remaja, dan tahap kesediaan ibu bapa dalam gaya hidup
keluarga komuter. Model Pengantaraan Prestasi Remaja Keluarga Komuter
(PPRKK) dicadangkan dalam kajian ini.
Pendekatan kuantitatif yang melibatkan reka bentuk deskriptif, reka bentuk korelasi
dan reka bentuk sebab-akibat digunakan dalam proses penganalisisan. Analisis
deskriptif dan analisis inferensi dilakukan dengan program SPSS dan perisian grafik
AMOS. Sejumlah 217 keluarga komuter negeri Selangor dipilih sebagai sampel
kajian melalui persampelan rawak kelompok pelbagai peringkat.
Pengumpulan data dijalankan dengan menggunakan empat instrumen iaitu Inventori
Bimbingan Ibu Bapa, Skala Persekitaran Keluarga, Laporan Kendiri Remaja dan
Inventori Kesediaan Ibu Bapa. Prestasi remaja di sekolah diperoleh daripada pihak
pengurusan sekolah. Ujian korelasi, penganalisisan model pengukuran,
penganalisisan model struktur dan penganalisisan model pengantaraan dijalankan
bagi memperoleh hasil kajian.
Dapatan kajian melaporkan majoriti remaja (peperiksaan 71.4%; kokurikulum
95.4%) mencapai prestasi pada tahap gred B dan ke bawah. Remaja memberi
persepsi bahawa mereka jarang (n=84; 38.7%) dan tidak pernah (n=39; 18%)
menerima bimbingan ibu bapa yang secukupnya. Kehidupan sekeluarga lebih
berorientasikan pencapaian, agama dan moral. Aktiviti kebudayaan dan rekreasi
sesama anggota keluarga kurang namun kawalan ibu bapa ke atas pergerakan remaja
ditafsirkan ketat walaupun hidup pisah berjauhan. Bagi kecelaruan dan masalah
tingkah laku, remaja didapati mempunyai skor min tinggi dalam kecelaruan (lelaki
M=17.3), masalah tumpuan (lelaki M=6.5; perempuan M=5.7) dan masalah sosial
(lelaki M=6.8; perempuan M=6.4) jika dibandingkan dengan kumpulan subjek
rujukan (diperolehi daripada manual instrumen). Dapatan menjelaskan bahawa
66.7% responden ibu bapa berada pada tahap pertimbangan dan kesediaan untuk
menerima gaya hidup keluarga komuter. Ini menjelaskan bahawa pasangan ibu bapa
di Malaysia masih belum bersedia untuk menerima dan melibatkan diri dalam gaya
hidup berkomuter.
Ujian korelasi Pearson menunjukkan bahawa pemboleh ubah mempunyai hubungan
yang signifikan kecuali aspek kecelaruan dan masalah-masalah lain. Pemodelan
persamaan struktur melaporkan bimbingan ibu bapa, persekitaran keluarga, masalah
tingkah laku dan kesediaan ibu bapa merupakan peramal ke atas prestasi remaja.
Sumbangan Model PPRKK ke atas prestasi remaja adalah 38% dengan kesan
keseluruhan model 0.69. Kesemua peramal mempengaruhi pretasi remaja secara
signifikan kecuali masalah tingkah laku remaja (! =0.11; p=0.130). Model
merumuskan bahawa bimbingan ibu bapa memberi pengaruh terbesar ke atas prestasi
remaja di sekolah iaitu 0.41. Ini ikuti dengan kesediaan ibu bapa 0.32.
Ketiga-tiga pengantara memainkan peranan penting dalam memberi impak dan kesan
ke atas hubungan antara kesediaan ibu bapa dengan prestasi remaja. Model PPRKK
disahkan merupakan model pengantaraan yang diterima. Persekitaran keluarga dan
bimbingan ibu bapa masing-masing memberi kesan pengantaraan separa ke atas
hubungan antara kesediaan ibu bapa dengan prestasi remaja dalam Model PPRKK.
Jumlah pengaruh keseluruhan model cadangan dan sumbangan keseluruhan yang
tinggi telah menyokong kepentingan bentuk dan kesan model pengantaraan yang
dicadangkan. Secara kesimpulannya, kajian ini melaporkan kepentingan kesediaan
ibu bapa, bimbingan ibu bapa, persekitaran keluarga dan masalah tingkah laku
remaja ke atas prestasi remaja bagi keluarga komuter. Model Pengantaraan Prestasi
Remaja Keluarga Komuter (PPRKK) yang dicadangkan adalah sah, diterima dan
padan dengan data yang dicerap. |
format |
Thesis |
qualification_level |
Doctorate |
author |
Siaw, Yan Li |
author_facet |
Siaw, Yan Li |
author_sort |
Siaw, Yan Li |
title |
Bimbingan ibu bapa, persekitaran keluarga dan masalah kecelaruan sebagai pengantara hubungan kesediaan ibu bapa dengan prestasi remaja di sekolah dalam kalangan keluarga komuter |
title_short |
Bimbingan ibu bapa, persekitaran keluarga dan masalah kecelaruan sebagai pengantara hubungan kesediaan ibu bapa dengan prestasi remaja di sekolah dalam kalangan keluarga komuter |
title_full |
Bimbingan ibu bapa, persekitaran keluarga dan masalah kecelaruan sebagai pengantara hubungan kesediaan ibu bapa dengan prestasi remaja di sekolah dalam kalangan keluarga komuter |
title_fullStr |
Bimbingan ibu bapa, persekitaran keluarga dan masalah kecelaruan sebagai pengantara hubungan kesediaan ibu bapa dengan prestasi remaja di sekolah dalam kalangan keluarga komuter |
title_full_unstemmed |
Bimbingan ibu bapa, persekitaran keluarga dan masalah kecelaruan sebagai pengantara hubungan kesediaan ibu bapa dengan prestasi remaja di sekolah dalam kalangan keluarga komuter |
title_sort |
bimbingan ibu bapa, persekitaran keluarga dan masalah kecelaruan sebagai pengantara hubungan kesediaan ibu bapa dengan prestasi remaja di sekolah dalam kalangan keluarga komuter |
granting_institution |
Universiti Putra Malaysia |
publishDate |
2014 |
url |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70438/1/FPP%202014%2073%20-%20IR.pdf |
_version_ |
1747812838112493568 |
spelling |
my-upm-ir.704382019-10-30T07:11:02Z Bimbingan ibu bapa, persekitaran keluarga dan masalah kecelaruan sebagai pengantara hubungan kesediaan ibu bapa dengan prestasi remaja di sekolah dalam kalangan keluarga komuter 2014-11 Siaw, Yan Li Peningkatan keluarga komuter di Malaysia semakin ketara. Gaya hidup keluarga komuter yang pisah berjauhan dengan keluarga asas serta berbeza dengan model keluarga konvensional di Malaysia telah mula dipersoalkan impak dan cabarannya ke atas kesejahteraan dan perkembangan keluarga. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan memperihal bentuk dan kesan pengantaraan bagi hubungan antara kesediaan ibu bapa dengan prestasi remaja melalui tiga pengantara iaitu bimbingan ibu bapa, persekitaran keluarga dan kecelaruan dengan masalah tingkah laku remaja. Kajian ini turut meneroka profile responden, tahap pencapaian prestasi remaja, tahap bimbingan ibu bapa, dimensi persekitaran keluarga komuter, pola kecelaruan dengan masalah tingkah laku remaja, dan tahap kesediaan ibu bapa dalam gaya hidup keluarga komuter. Model Pengantaraan Prestasi Remaja Keluarga Komuter (PPRKK) dicadangkan dalam kajian ini. Pendekatan kuantitatif yang melibatkan reka bentuk deskriptif, reka bentuk korelasi dan reka bentuk sebab-akibat digunakan dalam proses penganalisisan. Analisis deskriptif dan analisis inferensi dilakukan dengan program SPSS dan perisian grafik AMOS. Sejumlah 217 keluarga komuter negeri Selangor dipilih sebagai sampel kajian melalui persampelan rawak kelompok pelbagai peringkat. Pengumpulan data dijalankan dengan menggunakan empat instrumen iaitu Inventori Bimbingan Ibu Bapa, Skala Persekitaran Keluarga, Laporan Kendiri Remaja dan Inventori Kesediaan Ibu Bapa. Prestasi remaja di sekolah diperoleh daripada pihak pengurusan sekolah. Ujian korelasi, penganalisisan model pengukuran, penganalisisan model struktur dan penganalisisan model pengantaraan dijalankan bagi memperoleh hasil kajian. Dapatan kajian melaporkan majoriti remaja (peperiksaan 71.4%; kokurikulum 95.4%) mencapai prestasi pada tahap gred B dan ke bawah. Remaja memberi persepsi bahawa mereka jarang (n=84; 38.7%) dan tidak pernah (n=39; 18%) menerima bimbingan ibu bapa yang secukupnya. Kehidupan sekeluarga lebih berorientasikan pencapaian, agama dan moral. Aktiviti kebudayaan dan rekreasi sesama anggota keluarga kurang namun kawalan ibu bapa ke atas pergerakan remaja ditafsirkan ketat walaupun hidup pisah berjauhan. Bagi kecelaruan dan masalah tingkah laku, remaja didapati mempunyai skor min tinggi dalam kecelaruan (lelaki M=17.3), masalah tumpuan (lelaki M=6.5; perempuan M=5.7) dan masalah sosial (lelaki M=6.8; perempuan M=6.4) jika dibandingkan dengan kumpulan subjek rujukan (diperolehi daripada manual instrumen). Dapatan menjelaskan bahawa 66.7% responden ibu bapa berada pada tahap pertimbangan dan kesediaan untuk menerima gaya hidup keluarga komuter. Ini menjelaskan bahawa pasangan ibu bapa di Malaysia masih belum bersedia untuk menerima dan melibatkan diri dalam gaya hidup berkomuter. Ujian korelasi Pearson menunjukkan bahawa pemboleh ubah mempunyai hubungan yang signifikan kecuali aspek kecelaruan dan masalah-masalah lain. Pemodelan persamaan struktur melaporkan bimbingan ibu bapa, persekitaran keluarga, masalah tingkah laku dan kesediaan ibu bapa merupakan peramal ke atas prestasi remaja. Sumbangan Model PPRKK ke atas prestasi remaja adalah 38% dengan kesan keseluruhan model 0.69. Kesemua peramal mempengaruhi pretasi remaja secara signifikan kecuali masalah tingkah laku remaja (! =0.11; p=0.130). Model merumuskan bahawa bimbingan ibu bapa memberi pengaruh terbesar ke atas prestasi remaja di sekolah iaitu 0.41. Ini ikuti dengan kesediaan ibu bapa 0.32. Ketiga-tiga pengantara memainkan peranan penting dalam memberi impak dan kesan ke atas hubungan antara kesediaan ibu bapa dengan prestasi remaja. Model PPRKK disahkan merupakan model pengantaraan yang diterima. Persekitaran keluarga dan bimbingan ibu bapa masing-masing memberi kesan pengantaraan separa ke atas hubungan antara kesediaan ibu bapa dengan prestasi remaja dalam Model PPRKK. Jumlah pengaruh keseluruhan model cadangan dan sumbangan keseluruhan yang tinggi telah menyokong kepentingan bentuk dan kesan model pengantaraan yang dicadangkan. Secara kesimpulannya, kajian ini melaporkan kepentingan kesediaan ibu bapa, bimbingan ibu bapa, persekitaran keluarga dan masalah tingkah laku remaja ke atas prestasi remaja bagi keluarga komuter. Model Pengantaraan Prestasi Remaja Keluarga Komuter (PPRKK) yang dicadangkan adalah sah, diterima dan padan dengan data yang dicerap. Child development Family 2014-11 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70438/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70438/1/FPP%202014%2073%20-%20IR.pdf text en public doctoral Universiti Putra Malaysia Child development Family |