Faktor penentu penerimaan, penggunaan dan keterlibatan aplikasi mudah alih 'MClass' dalam kalangan pelajar universiti awam, Malaysia

Penggunaan peranti mudah alih dalam pendidikan telah membawa perubahan besar kepada sistem pendidikan tradisional melalui kemunculan pembelajaran mudah alih (m-pembelajaran). Peranti mudah alih dilihat berpotensi untuk menyokong pembelajaran yang lebih demokratik, fleksibel, autonomi, menyeluruh ser...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zaini, Syaza Hazwani
Format: Thesis
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70801/1/FPP%202017%2032%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penggunaan peranti mudah alih dalam pendidikan telah membawa perubahan besar kepada sistem pendidikan tradisional melalui kemunculan pembelajaran mudah alih (m-pembelajaran). Peranti mudah alih dilihat berpotensi untuk menyokong pembelajaran yang lebih demokratik, fleksibel, autonomi, menyeluruh serta menyokong pembelajaran formal dan tidak formal. Namun demikian, mpembelajaran di universiti awam merupakan bidang baru dan kadar penggunaannya perlahan. Ini disebabkan penolakan pengguna untuk menerima sesuatu teknologi yang mengakibatkan pelaksanaannya berakhir dengan kegagalan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor yang menentukan penerimaan, penggunaan dan keterlibatan pelajar dalam aplikasi mudah alih MClass dalam kalangan pelajar di universiti awam. MClass merupakan satu aplikasi mudah alih yang membolehkan capaian akses cepat kepada Internet dari peranti mudah alih kepada kandungan kursus. Konsep MClass mirip kepada Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) namun ia merupakan satu aplikasi yang perlu dimuat turun dari sistem operasi Android secara atas talian. Antara kategori maklumat yang ditawarkan menerusi MClass adalah pengumuman, bahan kursus, forum, kuiz atas talian, gred peperiksaan serta senarai pelajar. Kajian berpandukan Teori Bersepadu Penerimaan dan Penggunaan Teknologi (UTAUT) yang melibatkan pemboleh ubah seperti jangkaan usaha, jangkaan prestasi, pengaruh sosial, kondisi pemudahcara, hasrat perlakuan, tingkah laku penggunaan serta keterlibatan. Kajian korelasi dengan menggunakan soal selidik bagi tujuan pengumpulan data. Seramai 299 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) di Universiti Pendidikan Sultan Idris yang mengambil kursus Pengurusan Pembelajaran dan mendaftar sebagai pengguna MClass telah dipilih secara rawak. Data di analisis menggunakan Model Persamaan Berstruktur (SEM) menggunakan perisian AMOS bagi melaksanakan Analisis Faktor Penerokaan (EFA) dan Analisis Pengesahan Faktor (CFA). Hasil ujian model struktural menunjukkan lima daripada enam hipotesis kesan langsung adalah signifikan iaitu; a) jangkaan prestasi memberi kesan kepada hasrat perlakuan (β=.723, p<.001). b) jangkaan usaha memberi kesan kepada hasrat perlakuan (β=.346, p<.001). c) hasrat perlakuan memberi kesan kepada tingkah laku penggunaan (β=.543, p<.001). d) kondisi pemudahcara memberi kesan kepada tingkah laku penggunaan (β=.270, p<.001) dan e) tingkah laku penggunaan memberi kesan kepada keterlibatan (β=.530, p<.001). Bagi ujian kesan perantara pula, tingkah laku penggunaan merupakan pengantara separa hubungan antara hasrat perlakuan dan keterlibatan pelajar. Bagi ujian kesan penyederhanaan pula, tiga daripada empat laluan memberi kesan penyederhana. Laluan tersebut adalah a) gender memberi kesan penyederhana dalam hubungan antara jangkaan usaha dengan hasrat perlakuan, b) pengalaman memberi kesan penyederhana dalam hubungan antara jangkaan usaha dengan hasrat perlakuan dan c) pengalaman memberi kesan penyederhana dalam hubungan antara kondisi pemudahcara dengan tingkah laku penggunaan. Kesimpulannya, kajian ini telah membangunkan satu model empirik yang ditentusahkan dalam mengenal pasti faktor-faktor penerimaan, penggunaan dan keterlibatan aplikasi mudah alih MClass dalam kalangan pelajar di universiti awam. Justeru, model m-pembelajaran yang terbentuk dari kajian ini boleh dijadikan asas kepada penyelidikan yang sedemikian rupa pada masa akan datang dengan melibatkan ketujuh-tujuh pemboleh ubah tersebut. Hasil kajian ini diharap dapat memberi panduan kepada pihak penggubal dasar berkenaan pelaksanaan mpembelajaran serta menilai prospek penggunaan aplikasi mudah alih di university awam (UA) dalam memastikan kejayaan penggunaan teknologi mudah alih dalam konteks pendidikan.