Sikap kanak-kanak orang asli di Kuala Lumpur terhadap penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua

Hasil tinjauan awal, kanak-kanak Orang Asli (OA) menghadapi masalah dalam penguasaan Bahasa Melayu (BM). Memandangkan BM adalah bahasa kebangsaan, mereka mestilah menguasai BM dengan baik. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menghuraikan sikap kanak-kanak OA yang berumur 8 hing...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abu, Abdul Rahim
Format: Thesis
Language:Malay
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70952/1/FBMK%202015%2077%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Hasil tinjauan awal, kanak-kanak Orang Asli (OA) menghadapi masalah dalam penguasaan Bahasa Melayu (BM). Memandangkan BM adalah bahasa kebangsaan, mereka mestilah menguasai BM dengan baik. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menghuraikan sikap kanak-kanak OA yang berumur 8 hingga 11 tahun di Kuala Lumpur terhadap penguasaan BM sebagai bahasa kedua (B2). Untuk memudahkan pentadbiran soal selidik, pengkaji telah memilih agensi pendidikan rendah sebagai lokasi utama bagi mengesan bilangan kanak-kanak OA. Melalui data yang diperoleh daripada Jabatan Pendidikan Negeri Kuala Lumpur (JPNKL), terdapat 18 orang kanak-kanak OA yang berumur 10 hingga 11 tahun. Kajian menggunakan soal selidik yang terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian A adalah untuk mendapatkan maklumat demografi sampel iaitu jantina, etnik, suku kaum, umur dan tahap penguasaan BM. Bahagian B mengandungi pernyataan tentang sikap kanak-kanak OA terhadap BM. Borang kaji selidik disesuaikan semula daripada beberapa kajian terdahulu. Penganalisisan data dilakukan secara kuantitatif. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science for Windows (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan sikap responden terhadap BM adalah berbezabeza. Namun begitu, hampir keseluruhan responden bersikap positif terhadap BM. Penguasaan responden yang bersikap positif adalah lebih baik daripada responden yang bersikap negatif. Hasil kajian juga mendapati terdapat hubungan yang besar antara pentaksiran pemahaman dan penulisan dengan sikap responden terhadap BM. Penguasaan BM kanak-kanak perempuan pula adalah lebih baik daripada penguasaan kanak-kanak lelaki. Selain itu, kajian turut mendapati faktor sikap dipengaruhi oleh beberapa perkara seperti jantina, kaum, etnik, umur, pekerjaan ibu bapa, status ibu bapa, tempat tinggal, bahasa pertuturan di rumah, agama dan keturunan ibu bapa. Hasil kajian diharapkan dapat memberi gambaran menyeluruh berkaitan sikap kanakkanak OA terhadap BM. Selain itu, kajian ini dapat membantu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Kemajuan Hal Ehwal Orang Asli (JAKOA) untuk menyusun strategi dalam usaha membentuk sikap positif kanak-kanak OA terhadap BM. Kesimpulannya, kajian mendapati status sikap kanak-kanak OA terhadap penguasaan BM mempunyai kaitan serta memberi kesan terhadap pencapaian mereka dalam penguasaan BM.