Sikap kanak-kanak orang asli di Kuala Lumpur terhadap penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua

Hasil tinjauan awal, kanak-kanak Orang Asli (OA) menghadapi masalah dalam penguasaan Bahasa Melayu (BM). Memandangkan BM adalah bahasa kebangsaan, mereka mestilah menguasai BM dengan baik. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menghuraikan sikap kanak-kanak OA yang berumur 8 hing...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abu, Abdul Rahim
Format: Thesis
Language:Malay
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70952/1/FBMK%202015%2077%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-upm-ir.70952
record_format uketd_dc
spelling my-upm-ir.709522019-11-12T07:39:58Z Sikap kanak-kanak orang asli di Kuala Lumpur terhadap penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua 2015-02 Abu, Abdul Rahim Hasil tinjauan awal, kanak-kanak Orang Asli (OA) menghadapi masalah dalam penguasaan Bahasa Melayu (BM). Memandangkan BM adalah bahasa kebangsaan, mereka mestilah menguasai BM dengan baik. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menghuraikan sikap kanak-kanak OA yang berumur 8 hingga 11 tahun di Kuala Lumpur terhadap penguasaan BM sebagai bahasa kedua (B2). Untuk memudahkan pentadbiran soal selidik, pengkaji telah memilih agensi pendidikan rendah sebagai lokasi utama bagi mengesan bilangan kanak-kanak OA. Melalui data yang diperoleh daripada Jabatan Pendidikan Negeri Kuala Lumpur (JPNKL), terdapat 18 orang kanak-kanak OA yang berumur 10 hingga 11 tahun. Kajian menggunakan soal selidik yang terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian A adalah untuk mendapatkan maklumat demografi sampel iaitu jantina, etnik, suku kaum, umur dan tahap penguasaan BM. Bahagian B mengandungi pernyataan tentang sikap kanak-kanak OA terhadap BM. Borang kaji selidik disesuaikan semula daripada beberapa kajian terdahulu. Penganalisisan data dilakukan secara kuantitatif. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science for Windows (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan sikap responden terhadap BM adalah berbezabeza. Namun begitu, hampir keseluruhan responden bersikap positif terhadap BM. Penguasaan responden yang bersikap positif adalah lebih baik daripada responden yang bersikap negatif. Hasil kajian juga mendapati terdapat hubungan yang besar antara pentaksiran pemahaman dan penulisan dengan sikap responden terhadap BM. Penguasaan BM kanak-kanak perempuan pula adalah lebih baik daripada penguasaan kanak-kanak lelaki. Selain itu, kajian turut mendapati faktor sikap dipengaruhi oleh beberapa perkara seperti jantina, kaum, etnik, umur, pekerjaan ibu bapa, status ibu bapa, tempat tinggal, bahasa pertuturan di rumah, agama dan keturunan ibu bapa. Hasil kajian diharapkan dapat memberi gambaran menyeluruh berkaitan sikap kanakkanak OA terhadap BM. Selain itu, kajian ini dapat membantu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Kemajuan Hal Ehwal Orang Asli (JAKOA) untuk menyusun strategi dalam usaha membentuk sikap positif kanak-kanak OA terhadap BM. Kesimpulannya, kajian mendapati status sikap kanak-kanak OA terhadap penguasaan BM mempunyai kaitan serta memberi kesan terhadap pencapaian mereka dalam penguasaan BM. Malay language - Study and teaching - Kuala Lumpur Malay language - Rhetoric 2015-02 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70952/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70952/1/FBMK%202015%2077%20IR.pdf text ms public masters Universiti Putra Malaysia Malay language - Study and teaching - Kuala Lumpur Malay language - Rhetoric
institution Universiti Putra Malaysia
collection PSAS Institutional Repository
language Malay
topic Malay language - Study and teaching - Kuala Lumpur
Malay language - Rhetoric

spellingShingle Malay language - Study and teaching - Kuala Lumpur
Malay language - Rhetoric

Abu, Abdul Rahim
Sikap kanak-kanak orang asli di Kuala Lumpur terhadap penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua
description Hasil tinjauan awal, kanak-kanak Orang Asli (OA) menghadapi masalah dalam penguasaan Bahasa Melayu (BM). Memandangkan BM adalah bahasa kebangsaan, mereka mestilah menguasai BM dengan baik. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menghuraikan sikap kanak-kanak OA yang berumur 8 hingga 11 tahun di Kuala Lumpur terhadap penguasaan BM sebagai bahasa kedua (B2). Untuk memudahkan pentadbiran soal selidik, pengkaji telah memilih agensi pendidikan rendah sebagai lokasi utama bagi mengesan bilangan kanak-kanak OA. Melalui data yang diperoleh daripada Jabatan Pendidikan Negeri Kuala Lumpur (JPNKL), terdapat 18 orang kanak-kanak OA yang berumur 10 hingga 11 tahun. Kajian menggunakan soal selidik yang terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian A adalah untuk mendapatkan maklumat demografi sampel iaitu jantina, etnik, suku kaum, umur dan tahap penguasaan BM. Bahagian B mengandungi pernyataan tentang sikap kanak-kanak OA terhadap BM. Borang kaji selidik disesuaikan semula daripada beberapa kajian terdahulu. Penganalisisan data dilakukan secara kuantitatif. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science for Windows (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan sikap responden terhadap BM adalah berbezabeza. Namun begitu, hampir keseluruhan responden bersikap positif terhadap BM. Penguasaan responden yang bersikap positif adalah lebih baik daripada responden yang bersikap negatif. Hasil kajian juga mendapati terdapat hubungan yang besar antara pentaksiran pemahaman dan penulisan dengan sikap responden terhadap BM. Penguasaan BM kanak-kanak perempuan pula adalah lebih baik daripada penguasaan kanak-kanak lelaki. Selain itu, kajian turut mendapati faktor sikap dipengaruhi oleh beberapa perkara seperti jantina, kaum, etnik, umur, pekerjaan ibu bapa, status ibu bapa, tempat tinggal, bahasa pertuturan di rumah, agama dan keturunan ibu bapa. Hasil kajian diharapkan dapat memberi gambaran menyeluruh berkaitan sikap kanakkanak OA terhadap BM. Selain itu, kajian ini dapat membantu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Kemajuan Hal Ehwal Orang Asli (JAKOA) untuk menyusun strategi dalam usaha membentuk sikap positif kanak-kanak OA terhadap BM. Kesimpulannya, kajian mendapati status sikap kanak-kanak OA terhadap penguasaan BM mempunyai kaitan serta memberi kesan terhadap pencapaian mereka dalam penguasaan BM.
format Thesis
qualification_level Master's degree
author Abu, Abdul Rahim
author_facet Abu, Abdul Rahim
author_sort Abu, Abdul Rahim
title Sikap kanak-kanak orang asli di Kuala Lumpur terhadap penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua
title_short Sikap kanak-kanak orang asli di Kuala Lumpur terhadap penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua
title_full Sikap kanak-kanak orang asli di Kuala Lumpur terhadap penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua
title_fullStr Sikap kanak-kanak orang asli di Kuala Lumpur terhadap penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua
title_full_unstemmed Sikap kanak-kanak orang asli di Kuala Lumpur terhadap penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua
title_sort sikap kanak-kanak orang asli di kuala lumpur terhadap penguasaan bahasa melayu sebagai bahasa kedua
granting_institution Universiti Putra Malaysia
publishDate 2015
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70952/1/FBMK%202015%2077%20IR.pdf
_version_ 1747812943218606080