Pengaruh penerimaan pesanan khidmat awam kempen keselamatan jalan raya dan hubungan antara penglibatan ego dan kesannya terhadap penunggang motosikal

Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kesedaran khalayak terhadap pesanan khidmat awam kempen keselamatan jalan raya yang diterbitkan oleh Kerajaan dan pemilihan pesanan khidmat awam yang dibuat oleh khalayak. Tujuan khususnya adalah untuk mengenal pasti penerimaan khalayak penunggang mo...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sheriff, Rossilawaty
Format: Thesis
Language:Malay
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75507/1/FBMK%202018%2036%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kesedaran khalayak terhadap pesanan khidmat awam kempen keselamatan jalan raya yang diterbitkan oleh Kerajaan dan pemilihan pesanan khidmat awam yang dibuat oleh khalayak. Tujuan khususnya adalah untuk mengenal pasti penerimaan khalayak penunggang motosikal terhadap pesanan khidmat awam kempen keselamatan jalan raya yang disiarkan di televisyen Malaysia dan mengenal pasti pengaruh penerimaan pesanan khidmat awam terhadap hubungan antara penglibatan ego dengan kesan pesanan khidmat awam kempen keselamatan jalan raya dari segi pemikiran (kognitif), perasaan (afektif) dan perlakuan (tingkah laku) khalayak Kaedah kajian melibatkan kajian kuantitatif. Data diperoleh daripada borang soal selidik yang diubah suai dan diedarkan kepada 500 orang responden. Mereka dipilih secara persampelan rawak berkelompok yang menunggang motosikal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berdasarkan lima kawasan Parlimen Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan. Responden dipertontonkan dengan tujuh buah pesanan khidmat awam sebelum melengkapkan borang soal selidik. Dalam kajian ini, tiga pemboleh ubah utama yang diukur iaitu faktor penglibatan ego iaitu kemalangan dan saman (pemboleh ubah bebas), kesan pesanan khidmat awam televisyen keselamatan jalan raya dari segi pemikiran, perasaan dan perlakuan (pemboleh ubah bersandar) dan penerimaan pesanan khidmat awam kempen keselamatan jalan raya (pemboleh ubah pengubah).Hasil kajian menunjukkan pesanan khidmat awam televisyen kempen keselamatan jalan raya disedari oleh responden. Kesemua pesanan khidmat awam diterima oleh responden kerana ia memberi pengetahuan, maklumat berguna dan kesedaran kepada mereka. Selain itu, ujian korelasi Pearson menunjukkan bahawa faktor penglibatan ego tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan kesan pesanan khidmat awam. Dengan menambah pemboleh ubah pengubah iaitu penerimaan pesanan khidmat awam, terdapat hubungan positif antara faktor penglibatan ego dengan kesan pesanan khidmat awam. Sehubungan itu, kajian ini mendapati faktor penglibatan ego tidak memberi kesan langsung kepada kesan pesanan khidmat awam, sebaliknya perlu melalui proses penerimaan terhadap pesanan khidmat awam terlebih dahulu untuk mendapat kesan yang ketara atau signifikan.