Pemahaman bacaan bahan Bahasa Melayu dalam kalangan remaja
Kajian ini bertujuan untuk meneliti strategi pemahaman membaca bahan bahasa Melayu dalam kalangan kumpulan remaja. Dalam kajian ini, pengkaji mengkaji 60 orang remaja di Sekolah Menengah Kebangsaan (Model Khas) Batu Kikir, Negeri Sembilan, Malaysia. Mereka ialah pelajar tingkatan 1, 2 dan 3. K...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | Malay |
Published: |
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75548/1/FBMK%202018%2047%20IR.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk meneliti strategi pemahaman membaca bahan bahasa
Melayu dalam kalangan kumpulan remaja. Dalam kajian ini, pengkaji mengkaji
60 orang remaja di Sekolah Menengah Kebangsaan (Model Khas) Batu Kikir,
Negeri Sembilan, Malaysia. Mereka ialah pelajar tingkatan 1, 2 dan 3. Kaedah
eksperimen ujian pra dan pasca ditadbir ke atas ketiga-tiga kumpulan remaja.
Kriteria keberhasilan kemampuan memahami teks semua kumpulan remaja (13,
14 dan 15 tahun) meningkat selepas mengikuti pembelajaran yang menerapkan
strategi meta kognitif PQ4R. Analisis aras kognitif menunjukkan bahawa soalan
yang banyak dijawab dengan betul ialah soalan tahap literal, dengan sumber
jawapan yang jelas diperoleh daripada teks. Soalan ini hanya memerlukan
pembaca mengecam-mengingat maklumat dalam teks.Sebanyak 2 kategori
soalan sukar dijawab oleh semua kumpulan remaja. Kategori pertama ialah
soalan tahap inferens yang melibatkan keperluan untuk berfikir dan mencari
maklumat di luar kandungan teks. Kategori kedua ialah soalan interpretasi
dengan yang melibatkan pandangan serta alasan yang wajar berhubung isu
yang dibangkitkan.Kajian ini menerangkan juga pemilihan langkah-langkah strategi PQ4R dalam
pemahaman membaca dalam kalangan subjek kajian. Selepas aplikasi strategi
PQ4R, secara purata, pengkaji mendapati bahawa peratus penggunaan
langkah-langkah strategi meta kognitif adalah dalam lingkungan 71% - 85%.
Tahap keaktifan pemahaman membaca semua kumpulan remaja ditentukan
berdasarkan pemerhatian guru Bahasa Malaysia di sekolah, tempat kajian
dijalankan. Secara umum, tahap keaktifan pemahaman membaca kumpulan
remaja menurutklasifikasi standard pelaksanaan strategi meta kognitif
PQ4Radalah tinggi berbanding dengan kaedah konvensional.
Inventori kesedaran meta kognitif direka sebagai alat untuk membantu pengkaji
mengesan penggunaan meta kognitif dalam kalangan remaja semasa
membaca. Secara keseluruhan, tafsiran skor daripada ketiga-tiga kumpulan
menunjukkan bahawa mereka memilih strategi Penyelesaian Masalah.
Pemilihan ini sesuai dengan matlamat sebenar strategi pemahaman membaca
yang pada akhirnya bergerak ke tahap penyelesaian masalah secara sedar. |
---|