Perubahan penulisan bersifat sejarah kepada penulisan kreatif dalam fiksyen Mahua berlatarkan Kampung Baru Cina

Kemunculan Kampung Baru Cina adalah disebabkan oleh factor sejarah berikutan pengisytiharan darurat oleh penjajah British.Rancangan penempatan semula setinggan Cina oleh pihak penjajah British pada dasarnya adalah satu strategi untuk menyekat aliran bekalan makanan,logistic,perubatan dan maklumat ke...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Wee, Jui Ngoh
Format: Thesis
Language:Chinese
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75555/1/FBMK%202018%2053%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kemunculan Kampung Baru Cina adalah disebabkan oleh factor sejarah berikutan pengisytiharan darurat oleh penjajah British.Rancangan penempatan semula setinggan Cina oleh pihak penjajah British pada dasarnya adalah satu strategi untuk menyekat aliran bekalan makanan,logistic,perubatan dan maklumat ke tangan PKM (Parti Komunis Malaya).Selepas berakhirnya darurat pada tahun 1960,kampung baru kekal sebagai rumah kediaman yang unik di Malaysia.Tesis ini bertujuan untuk mengkaji pandangan dan perasaan penulis-penulis Mahua yang mengolah isu-isu atau menyentuh latar belakang Kampung Baru Cina dalam karya masing-masing serta cara hidup yang terpancar melalui penulisan tersebut.Selain daripada itu,tinjauan tentang ciri-ciri keistimewaan penulisan kampung baru Cina oleh penulis-penulis Mahua dan penampilan suasana kampung baru Cina dalam beberapa tahap penempatan semula dan pasca zaman darurat turut menjadi fokus kajian. Selepas Perjanjian Perdamaian ditandatangani di antara pihak Kerajaan Malaysia,Thailand dan PKM pada tahun 1989,penekanan penulisan fiksyen Mahua juga mengalami perubahan iaitu dari realisme yang berlatarkan sejarah kepada pascamoden yang menekankan kreatif. Ini bermakna satu gambaran Kampung Baru Cina yang berwajah baru dan lebih kreatif telah berjaya dicipta oleh penulis-penulis Mahua terutamanya dari golongan penulis generasi baru.