Tema keislaman dalam lirik Dikir Al-Burdah di Kampung Hulu, Sri Aman, Sarawak, Malaysia

Kajian ini bertitik tolak daripada pengamatan awal yang mendapati korpus penyelidikan ilmiah tentang persembahan dikir di Malaysia yang belum komprehensif. Dalam konteks ini, pengamatan awal mengenal pasti dua tulisan awal tentang kegiatan Dikir Al-Burdah di Sarawak, iaitu tulisan Raslie Sahar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ismail, Noryamisma
Format: Thesis
Language:Malay
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75575/1/FBMK%202018%2059%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertitik tolak daripada pengamatan awal yang mendapati korpus penyelidikan ilmiah tentang persembahan dikir di Malaysia yang belum komprehensif. Dalam konteks ini, pengamatan awal mengenal pasti dua tulisan awal tentang kegiatan Dikir Al-Burdah di Sarawak, iaitu tulisan Raslie Saharan (1988) yang menyatakan secara umum tentang adanya kegiatan Dikir Al-Burdah di Daerah Sri Aman. Selain itu ialah tulisan Hj. Muhammad Bukhari Lubis (1994) yang mendeskripsikan tentang kegiatan Dikir Al-Burdah di Kampung Sessang, Daerah Kecil Kabong. Selain tidak memberikan fokus terhadap isi kandungan lirik Dikir Al-Burdah di Sarawak, keduadua tulisan terutamanya tulisan Raslie Saharan (1988) mengundang penelitian khusus terhadap kegiatan Dikir Al-Burdah di Kampung Hulu, Daerah Sri Aman, Bahagian Sri Aman. Kajian ini dijalankan bagi merealisasikan tiga objektif. Pertama, mengenal pasti tema yang terdapat dalam lirik Dikir Al-Burdah yang dikaji. Kedua, menganalisis tema-tema keislaman berdasarkan lirik Dikir Al-Burdah yang dikaji. Dan ketiga, merumuskan tema-tema keislaman berdasarkan lirik Dikir Al-Burdah yang dikaji. Bagi mencapai kesemua objektif di atas, kajian ini mengguna pakai pendekatan kualitatif, khususnya wawancara, pengamatan (observation), dan analisis isi kandungan (content analysis). Kajian ini tertumpu pada kegiatan Dikir Al-Burdah di Kampung Hulu, Daerah Sri Aman, Bahagian Sri Aman. Kajian ini berhasil dalam mendeskripsikan kegiatan Dikir Al-Burdah di Kampung Hulu, Sri Aman yang sehingga kini didapati masih aktif dengan sejarah serta asal-usulnya yang jelas, mempunyai bentuk serta tata cara persembahannya yang tertentu, selain digiatkan pula oleh sesebuah persatuan kebudayaan iaitu Persatuan Sinar Budaya yang aktif serta diorganisasi secara terancang termasuk mempunyai perancangan masa hadapan yang jelas. Selain itu, kajian ini juga berhasil dalam mendokumentasikan 24 buah lirik Dikir Al-Burdah yang didendangkan di Kampung Hulu, yang kesemuanya dikepilkan dalam Lampiran A. Seterusnya, kajian ini berhasil dalam menganalisis lirik Dikir Al-Burdah yang telah didokumentasikan itu, serta mengenal pasti 10 tema yang digarap dalam lirik-lirik yang dianalisis. Akhir sekali, kajian ini berhasil dalam merumuskan bahawa lirik Dikir Al-Burdah di Sarawak yang dikaji memang mempunyai kaitan dengan Islam. Adalah menjadi harapan agar dapatan-dapatan kajian ini berupaya memperkayakan lagi korpus penyelidikan dan kesarjanaan, serta membuka jalan bagi usaha-usaha ilmiah yang selanjutnya.