Nilai dan pengamalan patriotisme dalam kalangan masyarakat Sabah di Malaysia
Cabaran utama negara dalam membina negara-bangsa menjelang 2020 adalah membina bangsa yang patriotik namun berdasarkan pelbagai kejadian semasa yang memperlihatkan tingkah laku sebahagian masyarakat di Sabah menjadi persoalan. Kajian ini adalah untuk meneliti nilai dan pengamalan patriotisme dalam k...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/77667/1/FEM%202018%2047%20IR.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Cabaran utama negara dalam membina negara-bangsa menjelang 2020 adalah membina bangsa yang patriotik namun berdasarkan pelbagai kejadian semasa yang memperlihatkan tingkah laku sebahagian masyarakat di Sabah menjadi persoalan. Kajian ini adalah untuk meneliti nilai dan pengamalan patriotisme dalam kalangan masyarakat Sabah. Oleh itu, kajian ini mengenal pasti kefahaman, persepsi, kesedaran dan pengamalan nilai patriotisme masyarakat di Sabah; menentukan perbezaan antara pengamalan nilai patriotisme mengikut latar belakang responden; menentukan perkaitan kefahaman, persepsi dan kesedaran patriotisme terhadap pengamalan nilai patriotisme; dan menentukan jangkaan pengaruh antara kefahaman, persepsi dan kesedaran patriotisme masyarakat terhadap pengamalan nilai patriotisme. Patriotisme dalam kajian ini berasaskan kepada enam nilai, iaitu kesetiaan, pengorbanan, kebanggaan, kekitaan, berdisiplin, berusaha dan produktif. Bagi skala pengukuran domain persepsi dan kesedaran adalah berdasarkan 5 skala likert dan domain pengamalan menggunakan 5 skala frekuensi. Manakala domain kefahaman menggunakan 2 skala pengukuran, iaitu ‘Ya’ dan ‘Tidak’. Skor dapatan bagi domain kefahaman, kesedaran dan pengamalan dibahagikan pada tiga tahap, iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Manakala skor domain persepsi dibahagikan kepada dua katogori, iaitu positif dan negatif. Kajian ini melibatkan 500 responden yang terdiri daripada etnik Kadazan Dusun, Bajau dan Murut. Pendekatan kajian ini adalah kuantitatif dan kaedah persampelan menggunakan Probability Proportional to Saiz (PPS). Data diperolehi dengan menggunakan soal selidik yang diedarkan di daerah-daerah terpilih di negeri Sabah. Dapatan kajian ini dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Analisis secara deskriptif digunakan untuk mengenal pasti jumlah dan peratusan skor setiap domain utama. Manakala analisis secara inferensi digunakan untuk ujian ANOVA bagi menentukan perbezaan nilai patriotisme mengikut latar belakang terpilih serta analisis korelasi dan regresi digunakan untuk menentukan perkaitan dan pengaruh bagi hubungan antara kefahaman, persepsi dan kesedaran nilai patriotisme terhadap pengamalan nilai patriotisme responden. Hasil kajian ini, mendapati kefahaman, persepsi, kesedaran dan pengamalan responden terhadap nilai patriotisme berada pada tahap tinggi dan terdapat perkaitan dan hubungan yang signifikan antara kefahaman, persepsi dan kesedaran terhadap pengamalan serta domain persepsi yang paling mempengaruhi pengamalan dan dikuti domain kesedaran dan kefahaman. Dengan ini, tingkah laku patriotik seseorang individu dipengaruhi oleh dimensi orientasi terhadap nilai patriotisme. |
---|