Gerakbalas Penawaran Koko Malaysia

Salah satu strategi pembangunan yang digunakan oleh sektor pertanian ialah menggalak pelbagai tanaman dengan tujuan untuk menambahkan pendapatan negara. Tanaman koko mempunyai potensi yang baik sebagai satu tanaman perindustrian yang boleh dimajukan lagi. Memandangkan tanaman koko sebagai tanam...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ismail, A. Rahman
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 1987
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8006/1/FEP_1987_1_.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-upm-ir.8006
record_format uketd_dc
institution Universiti Putra Malaysia
collection PSAS Institutional Repository
language English
Malay
advisor Mohayidin, Mohd Ghazali
topic Cocoa - Malaysia


spellingShingle Cocoa - Malaysia


Ismail, A. Rahman
Gerakbalas Penawaran Koko Malaysia
description Salah satu strategi pembangunan yang digunakan oleh sektor pertanian ialah menggalak pelbagai tanaman dengan tujuan untuk menambahkan pendapatan negara. Tanaman koko mempunyai potensi yang baik sebagai satu tanaman perindustrian yang boleh dimajukan lagi. Memandangkan tanaman koko sebagai tanaman yang ketiga pentingnya selepas getah dan kelapa sawit, adalah wajar satu kajian gerakbalas penawaran koko dijalankan. Tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji dan menilai modelmodel yang telah digunakan oleh pengkaji-pengkaji gerakbalas penawaran koko dan memilih satu model yang paling sesuai untuk gerakbalas penawaran koko Malaysia. Di samping itu, kajian ini juga akan menentukan faktor-faktor penting yang akan mempengaruhi model gerakbalas penawaran tersebut dan implikasi polisi ke atas industri koko Malaysia. Empat model gerakbalas penawaran koko digunakan dalam kajian ini. Model Pertama adalah model yang telah dikemukakan oleh Marc Nerlove dengan keluasan tanaman koko semasa sebagai pembolehubah sandar. Model Kedua pula adalah model yang telah dikemukakan oleh Hossein Askari dan J.T. Cummings yang mana mereka telah mengubahsuaikan model Marc Nerlove dengan menggunakan output koko semasa sebagai pembolehubah sandar. Model Ketiga kajian pula akan menggunakan model yang dikemukakan oleh Sara S. Berry dengan keluasan tanaman koko semasa sebagai pembolehubah sandar. Sementara Model Keempat adalah model mudah yang dikemukakan oleh Robert M. (dipetik dari 'Supply Responses of Primary Producers' David Lim Lin Shu, 1975) di mana output koko semasa sebagai pembolehubah sandar. Model-Model Pertama , Kedua dan Ketiga kajian adalah mengambil kira jangkaan harga dan pengubahsuaian keluasan tanaman ataupun output koko. Data yang digunakan dalam semua model-model berkenaan adalah data siri masa. Beberapa proxy juga digunakan kerana data yang diperlukan tidak diperolehi. Analisa kajian adalah menggunakan 'teknik maximum Likelihood iteration' (M.L.I.T.) pemerosesaan data siri masa.Hasil dari kajian menunjukkan Model Ketiga penawaran koko Malaysia, yang telah dibentuk dari Model Sara S. Berry adalah model yang terbaik dan paling sesuai untuk model gerakbalas penawaran koko Malaysia, berbanding dengan Model Pertama. Harga adalah menjadi faktor utama di dalam menentukan keluasan tanaman koko dan ini bermakna yang industri tanaman koko Malaysia adalah bergerakbalas terhadap perubahan harga koko yang diterima. Selain dari harga, keluasan tanaman koko yang ditanam di tahun Ialu dan purata pendapatan pengeluar di tahun lalu, juga menjadi faktor di dalam menentukan keluasan tanaman koko semasa. Model Kedua dan Keempat tidak dapat menunjukkan keputusan yang dijangkakan dan harga koko tidak menjadi faktor di dalam menentukan jumlah pengeluaran koko Malaysia. Dari kajian ini juga menunjukkan bahawa faktor-faktor lain yang digunakan di dalam model-model kajian seperti purata air hujan tahunan dan purata hasil koko per faktor di dalam menentukan gerakbalas hektar tidak penawaran koko Walaupun Industri Koko Malaysia telah berkembang pesat dari segi jumlah keluasan dan jumlah pengeluaran tetapi kerajaan perlu berhati-hati di dalam menentukan polisinya terutamanya terhadap pertambahan keluasan tanaman koko di masa hadapan. Faktor-faktor lain yang utama dalam industri koko perlu diambil kira terutamanya dari segi mutu koko, purata hasil koko per hektar dan kos pengeluaran yang rendah bagi menjamin prospek industri ini di masa hadapan. Di samping itu, pembangunan industri berasaskan koko juga perlu diberikan tumpuan dan galakan supaya ianya boleh dibuat di Malaysia. Dengan itu, prospek industri koko Malaysia dapat dipertingkatkan lagi di masa hadapan serta boleh bersaingan dengan negaranegara pengeluar utama koko dunia.
format Thesis
qualification_level Master's degree
author Ismail, A. Rahman
author_facet Ismail, A. Rahman
author_sort Ismail, A. Rahman
title Gerakbalas Penawaran Koko Malaysia
title_short Gerakbalas Penawaran Koko Malaysia
title_full Gerakbalas Penawaran Koko Malaysia
title_fullStr Gerakbalas Penawaran Koko Malaysia
title_full_unstemmed Gerakbalas Penawaran Koko Malaysia
title_sort gerakbalas penawaran koko malaysia
granting_institution Universiti Pertanian Malaysia
granting_department Faculty of Economics and Management
publishDate 1987
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8006/1/FEP_1987_1_.pdf
_version_ 1794018712251006976
spelling my-upm-ir.80062023-12-01T07:51:23Z Gerakbalas Penawaran Koko Malaysia 1987-11 Ismail, A. Rahman Salah satu strategi pembangunan yang digunakan oleh sektor pertanian ialah menggalak pelbagai tanaman dengan tujuan untuk menambahkan pendapatan negara. Tanaman koko mempunyai potensi yang baik sebagai satu tanaman perindustrian yang boleh dimajukan lagi. Memandangkan tanaman koko sebagai tanaman yang ketiga pentingnya selepas getah dan kelapa sawit, adalah wajar satu kajian gerakbalas penawaran koko dijalankan. Tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji dan menilai modelmodel yang telah digunakan oleh pengkaji-pengkaji gerakbalas penawaran koko dan memilih satu model yang paling sesuai untuk gerakbalas penawaran koko Malaysia. Di samping itu, kajian ini juga akan menentukan faktor-faktor penting yang akan mempengaruhi model gerakbalas penawaran tersebut dan implikasi polisi ke atas industri koko Malaysia. Empat model gerakbalas penawaran koko digunakan dalam kajian ini. Model Pertama adalah model yang telah dikemukakan oleh Marc Nerlove dengan keluasan tanaman koko semasa sebagai pembolehubah sandar. Model Kedua pula adalah model yang telah dikemukakan oleh Hossein Askari dan J.T. Cummings yang mana mereka telah mengubahsuaikan model Marc Nerlove dengan menggunakan output koko semasa sebagai pembolehubah sandar. Model Ketiga kajian pula akan menggunakan model yang dikemukakan oleh Sara S. Berry dengan keluasan tanaman koko semasa sebagai pembolehubah sandar. Sementara Model Keempat adalah model mudah yang dikemukakan oleh Robert M. (dipetik dari 'Supply Responses of Primary Producers' David Lim Lin Shu, 1975) di mana output koko semasa sebagai pembolehubah sandar. Model-Model Pertama , Kedua dan Ketiga kajian adalah mengambil kira jangkaan harga dan pengubahsuaian keluasan tanaman ataupun output koko. Data yang digunakan dalam semua model-model berkenaan adalah data siri masa. Beberapa proxy juga digunakan kerana data yang diperlukan tidak diperolehi. Analisa kajian adalah menggunakan 'teknik maximum Likelihood iteration' (M.L.I.T.) pemerosesaan data siri masa.Hasil dari kajian menunjukkan Model Ketiga penawaran koko Malaysia, yang telah dibentuk dari Model Sara S. Berry adalah model yang terbaik dan paling sesuai untuk model gerakbalas penawaran koko Malaysia, berbanding dengan Model Pertama. Harga adalah menjadi faktor utama di dalam menentukan keluasan tanaman koko dan ini bermakna yang industri tanaman koko Malaysia adalah bergerakbalas terhadap perubahan harga koko yang diterima. Selain dari harga, keluasan tanaman koko yang ditanam di tahun Ialu dan purata pendapatan pengeluar di tahun lalu, juga menjadi faktor di dalam menentukan keluasan tanaman koko semasa. Model Kedua dan Keempat tidak dapat menunjukkan keputusan yang dijangkakan dan harga koko tidak menjadi faktor di dalam menentukan jumlah pengeluaran koko Malaysia. Dari kajian ini juga menunjukkan bahawa faktor-faktor lain yang digunakan di dalam model-model kajian seperti purata air hujan tahunan dan purata hasil koko per faktor di dalam menentukan gerakbalas hektar tidak penawaran koko Walaupun Industri Koko Malaysia telah berkembang pesat dari segi jumlah keluasan dan jumlah pengeluaran tetapi kerajaan perlu berhati-hati di dalam menentukan polisinya terutamanya terhadap pertambahan keluasan tanaman koko di masa hadapan. Faktor-faktor lain yang utama dalam industri koko perlu diambil kira terutamanya dari segi mutu koko, purata hasil koko per hektar dan kos pengeluaran yang rendah bagi menjamin prospek industri ini di masa hadapan. Di samping itu, pembangunan industri berasaskan koko juga perlu diberikan tumpuan dan galakan supaya ianya boleh dibuat di Malaysia. Dengan itu, prospek industri koko Malaysia dapat dipertingkatkan lagi di masa hadapan serta boleh bersaingan dengan negaranegara pengeluar utama koko dunia. Cocoa - Malaysia 1987-11 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8006/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8006/1/FEP_1987_1_.pdf text en public masters Universiti Pertanian Malaysia Cocoa - Malaysia Faculty of Economics and Management Mohayidin, Mohd Ghazali Malay