Penyelewengan Jamaah Dar al-Arqam dan Usaha Pemurniannya
Kajian ini secara objektif mengkaji bagaimana Jamaah Dar al-Arqam yang ditubuhkan oleh Ustaz Ashaari Muhammad melaksanakan fungsi dan memainkan peranannya sebagai sebuah gerakan yang berasaskan kepada konsep pendidikan Islam dan aktiviti-aktiviti dakwah dalam usaha mencetuskan perubahan sosial da...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
1999
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8218/1/FEM_1999_1%20IR.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini secara objektif mengkaji bagaimana Jamaah Dar al-Arqam yang
ditubuhkan oleh Ustaz Ashaari Muhammad melaksanakan fungsi dan memainkan
peranannya sebagai sebuah gerakan yang berasaskan kepada konsep pendidikan Islam
dan aktiviti-aktiviti dakwah dalam usaha mencetuskan perubahan sosial dalam
masyarakat Islam di Malaysia. Justeru itu, tumpuan dalam kajian ini telah diberikan
kepada latar belakang, perkembangan, ideologi dan matlamat perjuangan serta sistem
pendidikan dan dakwah yang diperjuangkan oleh al-Arqam. Tumpuan seterusnya,
diberikan kepada sebab-sebab berlakunya penyelewengan Caqidah al-Arqam dan
fenomena-fenomenanya serta usaha-usaha pemurnian caqidah bekas ahlinya yang
dilaksanakan oleh pihak berwajib.Kaedah pengumpulan data menerusi perpustakaan dan temu bual serta
pemerhatian langsung digunakan bagi mendapat maklumat untuk tujuan kajian ini.
Maklumat juga diperolehi menerusi temu bual dengan beberapa infonnan pilihan
yang dipercayai mempunyai maklumat mengenai tajuk kajian. Untuk mencapai
objektif kajian, analisis data yang diperolehi dibuat menerusi tafsiran kualitatif atau
huraian secara deskriptif, dengan berpandukan landasan kajian dan objektif kajian
yang telah ditentukan.
Isu yang dibincangkan ialah tentang pembentukan dan perkembangan Jamaah
Dar al-Arqam. Di antaranya ialah corak dan sistem pendidikan yang dilaksanakan di
dalam Jamaah al-Arqam, pendekatan dakwah yang dijalankan serta peduasan konsep
pendidikan dan dakwahnya dalam membentuk sistem ekonomi, sistem
kemasyarakatan dan mencetuskan corak atau dasar politiknya. Turut dibincangkan
ialah beberapa masalah yang diperjuangkan oleh Ustaz Ashaari yang dianggap
terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar, sebab-sebab dan gejala penyelewengan
caqidahnya serta sebab-sebab pengharaman ke atas jamaahnya. Perbincangan
seterusnya ialah meneliti perkembangan Jamaah Dar al-Arqam sesudah pengharaman,
tennasuk tindakan bekas ahlinya menghidupkan semula jamaahnya yang telah
diharamkan. Analisis kajian mengenai keberkesanan strategi dan program kursus
pemurnian caqidah al-Arqam yang dijalankan oleh pihak berwajib dan kedudukan
bekas ahlinya masa kini juga tumt dibincangkan.Hasil kajian mendapati, pertama, kecintaan kepada agama,· ketaksuban
kepada jarnaah dan pemimpinnya serta kesediaan untuk berkorban di kalangan ahli
membuatkan al-Arqam pada suatu ketika dahulu berjaya membentuk imej al-Arqam
atau identitinya tersendiri. Kedua, keterlanjuran al-Arqam dalam beberapa masalah
yang berkaitan dengan kepercayaan telah membawa kepada penyelewengan
caqidahnya. Ketiga, kedudukan bekas ahli al-Arqam sesudah pengharaman jamaahnya
pada 1994, didapati masih kukuh pegangan mereka terhadap Jamaah al-Arqam dan
pemimpinnya, sehingga mereka bertindak menghidupkan semula jamaah itu pada
pertengahan 1996. Keempat, program dan strategi pemurnian caqidah yang
dilaksanakan oleh pihak berwajib, menerusi tindakannya menahan para pemimpin alArqam
di bawah tahanan ISA menyekat aktiviti-aktivitinya, menutup perkampungan
serta sekolah-sekolah milik mereka dan menganj urkan program kursus pemurnian
caqidah, sedikit sebanyak telah berjaya memberi kesedaran kepada bekas ahlinya.
Bagaimanapun kesedaran itu tidak berlaku kepada semua bekas ahlinya, sebaliknya
bekas-bekas ahlinya kini masih wujud yang mempercayai dan mengamalkan Aurad
Muhammadiah. |
---|