Bongai sebagai manifestasi bahasa dan budaya berdasarkan pendekatan semiotik

Tesis ini membincangkan satu daripada bentuk kesenian masyarakat Melayu Negeri Sembilan iaitu Bongai. Aspek yang diteliti adalah dari segi makna tersirat dan gambaran isi serta falsafah pemikiran orang Melayu yang terkandung dalam pantun Bongai. Teori pendekatan semiotik yang melihat kepada pengguna...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Shamsudin, Faiziah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/82943/1/FBMK%202015%2090%20ir.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-upm-ir.82943
record_format uketd_dc
spelling my-upm-ir.829432022-01-11T04:41:38Z Bongai sebagai manifestasi bahasa dan budaya berdasarkan pendekatan semiotik 2014-10 Shamsudin, Faiziah Tesis ini membincangkan satu daripada bentuk kesenian masyarakat Melayu Negeri Sembilan iaitu Bongai. Aspek yang diteliti adalah dari segi makna tersirat dan gambaran isi serta falsafah pemikiran orang Melayu yang terkandung dalam pantun Bongai. Teori pendekatan semiotik yang melihat kepada penggunaan lambang-lambang tertentu dalam sesebuah karya atau hasil tulisan digunakan untuk menganalisis pantun-pantun Bongai. Lambanglambang tersebut membawa maksud tertentu dan bukan seperti maksud yang tersurat. Pantun yang telah dikutip daripada pelbagai sumber telah dianalisis dan dibahagikan kepada beberapa jenis atau kategori temanya iaitu berkisar pada percintaan dan kasih sayang, hormat-menghormati, usik-mengusik, agama Islam dan juga sindiran. Maksud atau makna pada lambang-lambang berkenaan sama ada diketahui atau mungkin asing bagi pembaca dianalisis bagi menghuraikan makna yang tersirat disebaliknya. Semiotik yang mengkaji sistem tanda dalam bahasa juga berupaya mengkaji wacana yang mencerminkan budaya dan pemikiran masyarakat yang mendukungnya. Kajian ini melibatkan kaedah kepustakaan, temubual dengan informan dan pemerhatian di lapangan. Sebanyak 100 rangkap pantun Bongai dikumpul dan dianalis bagi memperoleh makna tersirat. Temubual bersama-sama informan juga dijalankan di Kampong Lonek, Batu Kikir Jempol, N. Sembilan. Dalam masa yang sama pemerhatian dijalankan semasa menyaksikan persembahan Bongai di Kampong Lonek. Maklumat yang diperoleh direkod menggunakan perakam audio dan video untuk dianalisis sebagai bahan kajian. Tesis ini disempurnakan dengan menggunakan teori pendekatan semiotik. Teori semiotik merupakan pendekatan yang melihat kepada penggunaan lambang-lambang tertentu dalam sesebuah karya atau hasil tulisan. Lambanglambang tersebut membawa maksud tertentu dan bukan seperti yang tersurat. Maksud atau makna pada lambang-lambang berkenaan sama ada diketahui atau mungkin asing bagi pembaca, dan di sinilah peranan pengkaji atau penganalisis karya menjadi penting. Model pendekatan ini diasaskan oleh de Saussure (1959). Menurut de Sausser, lambang linguistik terdiri daripada dua bahagian, iaitu penanda ((significant) dan petanda (signifie). Data-data yang diperoleh dalam kajian ini diklasifikasikan mengikut tema yang tertentu. Bagi tujuan pendokumentasian, data-data ditulis semula mengikut penggunaan bahasa Melayu standard dan seterusnya diberikan tafsiran makna. Data-data kajian dianalisis berpandukan pendekatan semiotik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Bongai merupakan lagu rakyat bagi masyarakat Melayu di Negeri Sembilan. Bongai sangat popular satu ketika dahulu. Rata-ratanya lirik lagu Bongai yang dilagukan bukan sekadar sebagai untuk menghibur, tetapi lebih daripada itu adalah untuk mendidik dan memberi nasihat kepada masyarakat. Selain itu menurut Aripin Said (2006:101) lagu rakyat mempunyai saham yang cukup tinggi dalam memberikan sumbangannya terhadap pembangunan pemikiran bangsa di samping memberikan kelembutan jiwa kepada masyarakat. Terdapat lambang-lambang bahasa seperti simbol, ikon dan indeks yang digunakan dalam pantun Bongai yang memberi maksud yang tersirat daripada kata yang tersurat. Kesimpulannya pantun yang dilagukan dalam Bongai menjadi penyampai idea dan pemikiran masyarakat Melayu untuk menyatakan perasaan disamping menjadi cerminan kepada falsafah dalam kehidupan masyarakat yang mengamalkannya. Semiotics and folk literature Language and culture 2014-10 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/82943/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/82943/1/FBMK%202015%2090%20ir.pdf text en public doctoral Universiti Putra Malaysia Semiotics and folk literature Language and culture Daing Melebek, Abdul Rashid
institution Universiti Putra Malaysia
collection PSAS Institutional Repository
language English
advisor Daing Melebek, Abdul Rashid
topic Semiotics and folk literature
Language and culture

spellingShingle Semiotics and folk literature
Language and culture

Shamsudin, Faiziah
Bongai sebagai manifestasi bahasa dan budaya berdasarkan pendekatan semiotik
description Tesis ini membincangkan satu daripada bentuk kesenian masyarakat Melayu Negeri Sembilan iaitu Bongai. Aspek yang diteliti adalah dari segi makna tersirat dan gambaran isi serta falsafah pemikiran orang Melayu yang terkandung dalam pantun Bongai. Teori pendekatan semiotik yang melihat kepada penggunaan lambang-lambang tertentu dalam sesebuah karya atau hasil tulisan digunakan untuk menganalisis pantun-pantun Bongai. Lambanglambang tersebut membawa maksud tertentu dan bukan seperti maksud yang tersurat. Pantun yang telah dikutip daripada pelbagai sumber telah dianalisis dan dibahagikan kepada beberapa jenis atau kategori temanya iaitu berkisar pada percintaan dan kasih sayang, hormat-menghormati, usik-mengusik, agama Islam dan juga sindiran. Maksud atau makna pada lambang-lambang berkenaan sama ada diketahui atau mungkin asing bagi pembaca dianalisis bagi menghuraikan makna yang tersirat disebaliknya. Semiotik yang mengkaji sistem tanda dalam bahasa juga berupaya mengkaji wacana yang mencerminkan budaya dan pemikiran masyarakat yang mendukungnya. Kajian ini melibatkan kaedah kepustakaan, temubual dengan informan dan pemerhatian di lapangan. Sebanyak 100 rangkap pantun Bongai dikumpul dan dianalis bagi memperoleh makna tersirat. Temubual bersama-sama informan juga dijalankan di Kampong Lonek, Batu Kikir Jempol, N. Sembilan. Dalam masa yang sama pemerhatian dijalankan semasa menyaksikan persembahan Bongai di Kampong Lonek. Maklumat yang diperoleh direkod menggunakan perakam audio dan video untuk dianalisis sebagai bahan kajian. Tesis ini disempurnakan dengan menggunakan teori pendekatan semiotik. Teori semiotik merupakan pendekatan yang melihat kepada penggunaan lambang-lambang tertentu dalam sesebuah karya atau hasil tulisan. Lambanglambang tersebut membawa maksud tertentu dan bukan seperti yang tersurat. Maksud atau makna pada lambang-lambang berkenaan sama ada diketahui atau mungkin asing bagi pembaca, dan di sinilah peranan pengkaji atau penganalisis karya menjadi penting. Model pendekatan ini diasaskan oleh de Saussure (1959). Menurut de Sausser, lambang linguistik terdiri daripada dua bahagian, iaitu penanda ((significant) dan petanda (signifie). Data-data yang diperoleh dalam kajian ini diklasifikasikan mengikut tema yang tertentu. Bagi tujuan pendokumentasian, data-data ditulis semula mengikut penggunaan bahasa Melayu standard dan seterusnya diberikan tafsiran makna. Data-data kajian dianalisis berpandukan pendekatan semiotik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Bongai merupakan lagu rakyat bagi masyarakat Melayu di Negeri Sembilan. Bongai sangat popular satu ketika dahulu. Rata-ratanya lirik lagu Bongai yang dilagukan bukan sekadar sebagai untuk menghibur, tetapi lebih daripada itu adalah untuk mendidik dan memberi nasihat kepada masyarakat. Selain itu menurut Aripin Said (2006:101) lagu rakyat mempunyai saham yang cukup tinggi dalam memberikan sumbangannya terhadap pembangunan pemikiran bangsa di samping memberikan kelembutan jiwa kepada masyarakat. Terdapat lambang-lambang bahasa seperti simbol, ikon dan indeks yang digunakan dalam pantun Bongai yang memberi maksud yang tersirat daripada kata yang tersurat. Kesimpulannya pantun yang dilagukan dalam Bongai menjadi penyampai idea dan pemikiran masyarakat Melayu untuk menyatakan perasaan disamping menjadi cerminan kepada falsafah dalam kehidupan masyarakat yang mengamalkannya.
format Thesis
qualification_level Doctorate
author Shamsudin, Faiziah
author_facet Shamsudin, Faiziah
author_sort Shamsudin, Faiziah
title Bongai sebagai manifestasi bahasa dan budaya berdasarkan pendekatan semiotik
title_short Bongai sebagai manifestasi bahasa dan budaya berdasarkan pendekatan semiotik
title_full Bongai sebagai manifestasi bahasa dan budaya berdasarkan pendekatan semiotik
title_fullStr Bongai sebagai manifestasi bahasa dan budaya berdasarkan pendekatan semiotik
title_full_unstemmed Bongai sebagai manifestasi bahasa dan budaya berdasarkan pendekatan semiotik
title_sort bongai sebagai manifestasi bahasa dan budaya berdasarkan pendekatan semiotik
granting_institution Universiti Putra Malaysia
publishDate 2014
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/82943/1/FBMK%202015%2090%20ir.pdf
_version_ 1747813333005762560