Unsur emosi pasif dalam Hikayat Nakhoda Muda dan Hikayat Parang Puting

Kajian ini bertitik tolak daripada pandangan yang menjelaskan sastera adalah sumber yang kaya dengan nilai dan emosi. Malah, unsur emosi merupakan unsur pembantu dan pelengkap dalam menghasilkan sesebuah karya sastera. Hal ini kerana emosi adalah pemangkin dalam menambat keseluruhan karya saster...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Rahman, Nadiatul Shakinah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83264/1/FBMK%202018%2070%20-%20ir.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertitik tolak daripada pandangan yang menjelaskan sastera adalah sumber yang kaya dengan nilai dan emosi. Malah, unsur emosi merupakan unsur pembantu dan pelengkap dalam menghasilkan sesebuah karya sastera. Hal ini kerana emosi adalah pemangkin dalam menambat keseluruhan karya sastera kerana unsur tersebut merupakan bahan asas dalam menghasilkan karya sastera. Sastera juga dihubungkaitkan dengan fungsi catharsis iaitu dalam mendidik dan memandu emosi manusia menjadi lebih stabil apabila berhadapan dengan sesuatu tragedi, peristiwa, tekanan emosi dan kemelut hidup. Tambahan pula, sastera yang mengandungi adegan-adegan yang beremosi seperti kesedihan adalah lebih memuaskan dan jauh jangkauannya kerana kegembiraan bersifat dangkal dan hanya jelas di permukaan sahaja. Sehubungan itu, kajian ini akan berfokus kepada tiga objektif iaitu mengenal pasti jenis-jenis emosi pasif, membincangkan punca dan kesan emosi pasif terhadap watak dan perwatakan serta menganalisis rasionalisasi emosi pasif berlandaskan Islam terhadap watak dan perwatakan. Kajian ini menggunakan dua buah sastera hikayat zaman peralihan iaitu Hikayat Nakhoda Muda dan Hikayat Parang Puting sebagai data kajian. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan, analisis data kajian dan penerapan Model Terapi Terancang (MTT) yang diubahsuai daripada Rational Emotive Behaviour Therapy (REBT) dan Modul Nur Iman-REBT sebagai pengukuhan hujahan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat enam jenis emosi pasif iaitu sedih, nestapa (murung), pilu, malu, rasa bersalah dan hiba. Punca peristiwa yang menjadi penyebab kesan emosi pasif seperti pengembaraan, perkahwinan, fitnah, percintaan dan kemiskinan. Apabila emosi terganggu kaedah-kaedah untuk merasionalkan emosi pasif berlandaskan Islam digunakan sebagai langkah penyelesaian iaitu sedekah, reda (redha) dan pujukan. Justeru itu, kajian ini memperlihatkan bahawa gangguan emosi (emosi pasif) muncul akibat peristiwa-peristiwa yang dialami oleh watak dan kaedah berlandaskan Islam digunakan sebagai penyelesaian gangguan emosi.